CLICK HERE

Wednesday, January 6, 2016

Baby tingkatan satu : SBPI Rawang

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kepada semua adik2 yang daftar SBP 6 Jan 2016 harini, uolls soo lucky! And our youngest bro aka our baby, Aid also daftar hari ni ! Di SBPI Rawang.
From 800+ students yang pergi interview, hanya 100+ students yang terpilih dan salah seorangnya ialah Aid, alhamdulillah. Allah telah berikan yang terbaik buat Aid. 

Kakak-kakak cakap saya masih baby, tapi sebenarnya saya dah tingkatan satu okay !

Semua kakak-kakak gorjes ikut hantar Aid harini ! haha. Liah tak habis exam lagi sanggup balik kejap. Ayah cakap, kemain ramai lagi dayang dayang dia ! 

Aid anak bongsu dan manja, semua benda ibu yang settle kan. Dia taktau ape pon, semua orang risau dia tak jumpe barang2 dia hahaha.

Ibu label, agaknye takut aid mandi tersalah pakai sabun kahkah!

Baju siap label, hanger siap letak reben hahaha kalah pempuan.

Stokin siap pasang butang lol.

Kitorang semua duk asrama takde pon labelling cenggini sekali hahh. sampai spender dia pon ibu letak reben haha comel kan ?!

Aid sedih nak tinggalkan kucing2 kesayangan dia..sebelum bertolak jumpa kucing dulu.

Aid with his dayang-dayang.


Sesi pendaftaran.

sesi taklimat, nunun ngan liah temankan, kitorang mereput kat luar. Yang pasti, sebab bosan menunggu ktorang 2,3 kali beli makanan kat kantin haha.

Macam biasa style sbpi, dorm ikut rumah sukan. Aid dapat sapphire blue!

Dorm aid. Nasib baik dapat katil bawah, takut roboh jeh katil tu kekeke.

Kesayangan ibu dan ayah.
Kesian ayah, takde orang teman pergi masjid lagi. Kesian ibu, takde baby untuk dimanjakan lagi. Dan kesian ibu ayah, dekat rumah dah takde orang. 
semua anak2 jauh menuntut ilmu :D

Kesayangan kakak-kakak. Kesayangan abang dia jugak, dun worry amer sentiasa ingat dan sayang aid even dia heartless LOL.

Terima kasih kepada dayang2 yang banyak menyibuk berjasa harini.


Bonus : Baby ibu.

Sedikit info,
Aid adalah batch yang kedua mengikuti program tahfiz Ulul Albab di SBPI Rawang. InshaaAllah, dalam masa lima tahun di sini, 30 juzuk Al quran ada dalam kepala, Allahu untungnya Aid. Bukan semua dan bukan mudah untuk dapat peluang macam ni. Kita yang bersekolah agama 5 tahun nak hafal satu juzuk pun payah :( 
Bagus sangat diorang buat program ulul albab, sekarang ni makin banyak sekolah yang buat program ni. Rebutlah peluang ni kalau boleh, untuk bakal anak-anak/adik-adik kita nanti :D

Kelebihan seorang penghafal Al-Quran :
  • Orang istimewa Allah
  • Hati tidak diseksa
  • Memberi syafaat kepada keluarga
  • Ibubapa memperoleh pahala khas
  • Dapat tingkat syurga tertinggi
  • Ahli Al quran adalah orang yang arif di syurga
  • Disayangi rasulullah s.a.w
Dan banyak lagi..inshaaAllah. Aid soo lucky *happy tears*



Untuk tingkatan satu ni, mereka akan menghafaz 6 juzuk alquran, tak silap diorang akan bermula dengan juzuk 30. Roughly rutin harian aid kat sini adalah,

1) Bangun sebelum subuh, mandi dan bersiap
2) solat subuh
3) lepas subuh, menghafaz al quran - hingga 10 pagi.
seorang tenaga pengajar = 10 pelajar
4) sesi persekolahan akan bermula pada pukul 10 pagi - 4 ptg
5) setiap hari akan ada qailullah(tidur seketika sebelum zuhur) 
6) Prep malam 9-10 malam


For Aid, 
akak wish you all the best. Jaga amanah yang Allah bagi kat aid, jangan persiakan. Moga mampu memberi qudwah hasanah kepada semua, semoga menjadi pemimpin dan pentarbiyah yang berjaya dunia akhirat. We will always pray for youuu huwaaa.
sunyi je rumah aid takde. rinduuu kitty cheeky boy baby kuu :( :(
Moga kurus dan mampu berdikari hihi.

P/s
Harap-harap Aid tak menangis bawah selimut malamni.

No comments:

Post a Comment