Penang day 2.
Kalau kat Penang tak sah lah kalau tak ke Bukit Bendera, ye dak ? huhu.
Kali ni pagi2 dah keluar untuk mengelakkan kesesakkan orang ramai. Pepaham jelahh cuti sekolah. Confirm penuh train dengan manusia.
Pagi atas feri. Kitorang je pelancong, keluar ambik gambar. Yang lain2 semua nak pi kerja kot, duduk dalam kereta sambil baca suratkhabar haha. sorry ada dua je gambar atas feri dan dedua gambar semua macam tak ready je hahah.
Nasib kitorang baik, tak ramai orang lagi. Siap boleh pilih nak duduk mana. Apa lagi, duduk depan sekali lah haha.
Harga tiket RM 8 dewasa. Tapi kitorang tunjuk kad student, dapat harga kanak2. RM4 je.
Bak kata piya boleh naik lagi sekali lolll. Tak sanggup mak aii. Time nak turun penuh macam sardin kott train ni.
Lejen gila ambik gambar kat depan tulisan besar ni.
Masa pergi sini 2012 dulu, takde benda teropong ni. Sekarang dah ada, kena masuk RM1 untuk tengok pemandangan seluruh Penang kot.
Tapi malangnya time ni kabus belaka. Sebab hujan lebat ! So kalau tengok pun tiada gunanya.
Kitorang buat inai lukis kat sini. Aku sebenarnya tak minat benda2 camni tapi disebabkan kenangan kan, try jelah. Sekali seumur hidup mungkin ? haha.
Segan gila, time nak balik melaka aku naik train. Duduk sebelah india. Agaknya dia nampak tangan aku mesti dia cakap dalam hati "aku yang india ke budak ni yang india?". hahaha.
Okay. entah2 dia tak fikir apa2, aku yang terlebih fikir lol.
Jujurnya aku ragu2 dengan hukum pemakaian inai lukis ni. Sebab aku pernah dengar dulu haram hukumnya. Tapi im not so sure, tak berani nak pandai2 keluarkan hukum kalau tak pasti. so aku cuma diam jela masa bebudak kelas ramai2 main lukis2 ni. haha.
Lepastu masa balik rumah, ayah ada tegur. Haritu ayah dengar ceramah dia cakap haram hukumnya. So aku dah search di e-fatwa.
Katanya,
"Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula,corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang".
Klik sini - Sumber.
Mungkin ceramah yang ayah dengar tu maksudkan corak2 yang dilarang. So tak haram pon sebab kat tangan aku ni bentuk bunga je. Cuma kena beware lah, make sure apa yang diorang lukis tu tak ada lambang2 bertentangan syarak. we never know anyway :)
Okay back to Bukit Bendera story.
Siapa tengok exo's showtime ? haha. Episod 7, masa korean member bawak chinese line jenjalan kat Namsan Tower. OMG tempat ni sebijik macamtu hahaha.
Kerusi kayu bengkok tengah2 tu dan love lock ? haha.
Maksudnya kita dah kunci our love kat situ so akan kekal sampai bila2 kononnn. Ada jual kunci mangga kat situ tapi kitorang takdelah membazir duit nak beli, kalau tahu baik awal2 bawak dari rumah kahkah.
Exo di Bukit Bendera Namsan Tower.
Ni kunci yang ditulis oleh Exo di Namsan Tower. Mereka harap Exo kekal OT12 selamanya, tapi tak sampai setahun Kris dah tinggalkan Exo.
Itu namanya kunci ni tak boleh dipercayai, hanya Allah yang memegang jodoh pertemuan kihhhkihhh. So tak payah percaya sangat, tapi boleh je untuk letak nama kita kat situ sbg kenangan.
Ni lagi satu tempat wajib ambik gambar.
Pantai Batu Feringhi.
Taman Rimba. Kot. hehe.
Payung bukan sebab panas, tapi sebab hujan! Gigih juga berjalan haha. Kat sini takde apa, cuma ada air terjun, jambatan gantung, macam tu laa. Untuk berkelah/jungle trekking/jogging.
Lunch nasi kandaq. Alhamdulillah.
Makan buah-buahan segar di Balik Pulau. Ini pinggan medium RM20. Tapi rasa agak mengecewakan sebab just nanas je yang aku rasa sedap lol. Yang lain tawar haktuih. Semoga makin maju lah ye hidang buah tawar kahkah.
Sempat interview makcik tu, macam mana cara dia buat limau asam kering dan durian kering. Habis solar drying pon keluar tetiber kahhkahh.
Maklumlah foodtech, dahlah baru habis exam hahaha.
Makan durian atas bukit paling best. Enak bangat durian. Segar bukak terus ngap kat kedai.
Durian sini terbaik, dahlah tak berapa berbau. Sodap lak tu. Tapi banyak lebah, bak kata apek tu diorang tak letak any pesticide nak halau lebah/pests sebab tu banyak lebah. Okay nice job apek haha.
Dam.
Haruslah bergambar atas bukit haha.
Lepastu window shopping kat Sunway Carnival (betul tak eja ? haha) dan malamnya
pergi pasar malam.
End of second day.
Last day, balik rumah.
Naik train. Piya sorang balik naik bas. Even aku ngan wani naik train yang sama, tempat duduk jauh2. So kira mcm first time aku sorang2. Masa sampai Tampin pon sorang2. Yeay saya dah besar ! kahkah. Sabar jelah masa dalam train, bising gila sebab ramai bawak family.
Terima kasih Dayah ( official name) dan keluarga !
Jasamu dikenang, semoga Allah memurahkan rezeki kalian. Mummy(unofficial name) dan keluarga baik sangat dengan kitorang, bawak jalan, belanja makan, tumpang rumah. OMG taktahu nak cakap apa, cuma Allah yang mampu balas semuanya. hihi.
Inshaallah ada rezeki kitorang datang Penang lagi :)
Okay
so siapa berminat nak baca entry kanak2 aku dua tahun lepas di Penang, silakan klik link di bawah. haha.
Annyeong !
No comments:
Post a Comment