Tuesday, June 17, 2014

Part Time work part I : Dua hari

Assalamualaikum.

Hari ini adalah hari kedua aku kerja.
 Penat memang penat, tapi aku banyak belajar benda baru ! 
Aku ditugaskan bahagian sayur/ikan/barang-barang runcit semua. 

Contohnya kalau ada customer nak beli barang2 runcit macam bawang/halia/kentang etc aku kena timbang untuk diorang, then lekat harga ikut harga timbangan tuh. Setiap barangan runcit ada nombor/kod. Kena hafal lah kod tu kalau nak senang. Sebab kalau tak hafal kod, time timbang barang, terkial-kial cari 
"ehh kentang kod berapa?". "bawal kod apa ?" . Nasiblah yang beli barang2 tu semua makcik2 atuk2 nenek2 je. Kalau pakwe hensem tak ke malu ikan pon taktahu lol.
Tapi bila dah biasa, naturally akan ingat sendiri. 
Aku baru 2 hari dah hafal beberapa common kod. 
Harapnya seminggu mampu hafal semua yeay.

Kerja aku senang je, pagi2 pilih sayur yg dah rosak, mana sayur yang dah habis keluarkan dari peti sejuk. Sambil tu timbang barang customer. Pastu tengahari stok sayur/tomato/terung/cili bende2 alah tu semua sampai. Hahh time ni banyak keje, kena packing semua benda tu, letak harga etc. Penat walaweh dahlah tak cukup pekerja, tapi still enjoy jugak sebab aku cuba sedaya upaya fikir positif. Aku nak belajar, cari pengalaman. Nanti dah jadi food technologist(aminn) lagi penat, ye dak ? hihi.

Pastu belajar jugak soft skill haha. Sebab banyak kena berkomunikasi dengan customer. Kalau atuk2 nenek2 tu lagilahh. kita kena siap layan diorang tengok tarikh luput lah, cari kan barang lahh. haha. Dahlah aku tak reti layan orang tua. Aku tengok pekerja kat situ semua friendly OMG im so jeles u know. Aku harap aku juga mampu jadi friendly satu hari nanti. hahaha. 

To be honest aku taktahu mana satu sengkuang, lengkuas, jenis2 ikan, perut, jenis2 sayur semua. Serius taktahu sebab aku mana masuk dapur hahaha. Selamba je aku mengaku kat sini. haha sebab aku rasa tak perlu tulis yang baik2 saja tentang diri kita, walhal kita banyak kekurangan. Hakikat. 

Tapi dua hari ini aku dah tahu banyak benda alhamdulillah.
Tak sia-sia cuti aku. haha.
Atleast ada sesuatu, sebenarnya segan jugak bila keluarkan statement "cuti duduk rumah makan tidur je". Rasa diri sendiri macam tak berguna pon ada haha. 
Dua hari ini buat aku sedar aku dah belajar tinggi sampai masuk Universiti, tapi rupanya ilmu itu masih tak cukup. Masih kurang. aku masih perlu belajar dan terus belajar. Benarlah kata pepatah tuntut ilmu hingga ke liang lahad heheh.

Apa pon aku tak rasa aku akan kerja sepanjang cuti ni, mungkin sebulan dua ke berenti la. haha. sebab aku cuma nak pengalaman, dah ada pengalaman okay lah babai kekeke.

Aku dah share experinced aku, moga bermanfaat untuk siapa yang baca. haha.
Have a nice day everyone !

1 comment: