CLICK HERE

Tuesday, June 3, 2014

Habis dah second year..

Selfie lepas exam terakhir. haha.

Malas nak cerita pasal exam, sem ni banyak gilo paper yg aku hentam keromo sebab taktahu nak jawab ape lol. 
Masuk sem 4 dah pure subjek foodtech, memang killer habis. Nasiblah aku tak terkiller sekali, masih hidup alhamdulillah haha.
Tawakal jelah, dah buat yang terbaik. Kalau result okay, okaylah.
Tak okay, nak buat apa. Takkan nak melalak pula, terima jelah sambil pasang azam baru sem depan. kahkah.

Genap dua tahun.
Genap empat semester.
Baki dua tahun.
Baki empat semester lagi.
Kejap sangat, rasa macam baru semalam daftar.

Haritu ada dapat info, student kampus tembila stay je dekat hostel, bilik yang sama sampai habis final year. Tetiba je intake ramai pulak sem depan,
so kitorang terpaksa bagi laluan pada first dan final year. Maka
kitorang terpaksa kosongkan bilik sekarang, last minit lak tu. Sem depan tak tahu lagi duk mana lol.
Yang aku sedih, selama dua sem aku bertapa kat bilik ni, sorang-sorang without roommate. Heven gila kot, semua aku conquer haha.
Baru berangan sem depan nak beli tikar, pasang cadar doraemon, tampal sana hias sini lol.
Poyo je, macamlah aku rajin sangat hahahaha.
Dan akhirnya semua impian berkecai, sobs :(

Okay selamat bercuti semua kawan-kawan foodtecheroes !
selamat berpuasa, selamat hari raya, selamat masuk third year sem depan hihi.

Dan kitorang kena cari tempat untuk praktikal sem 6 nanti,
aigooo nak praktikal kat mana niiiii !

anyone yg ada connection dengan kilang2 makanan yang besar, best, memproses makanan yang menyihatkan serta tidak menggemukkan boleh inform pada aku. 
kahhh.



No comments:

Post a Comment