Sunday, June 15, 2014

Cuti Buat apa ?


Annyeong !
Aku dah bercadang nak duduk goyang kaki di rumah cuti ni. Ada jugak terfikir haritu nak belajar masak hahaha. Tapi apa pon tak boleh. Bila dah lepak dalam bilik ni nak melangkah kaki ke dapur pun malas lol. Tetiba dapat pula peluang kerja dengan Peladang. Ini lah kerja yang aku impikan tahun lepas kahkah. Sebab sebelum ni nureen dengan echa pernah kerja Peladang, dia cakap okay je kerja situ. Kedai pon takdelah besar mana. That means kerja pon takdelah penat sangat. Dan aku selalu masuk kedai tu, takdelah ramai gilo customer. Tapi tahun lepas takde kosong, sebab tu aku kerja kat kilang kerepek. 

Tapi seriously best kerja kat kilang kerepek tu. Gaji banyak gila, kerja senang, dan takde waktu kerja tetap. Dan dua minggu kerja, sesuka hati je aku dua hari ponteng. Sehari sebab malas, sehari lagi nak pergi shopping raya hahaha. Tapi i dont like the environment lagipon aku nak cari pengalaman lain pula. 

Apa pon kalau best aku akan bertahan sampai habis bulan 8. Kalau aku rasa dah tak tahan aku akan berhenti habis bulan 7 nanti. Kalau kena shift malam, aku akan kerja seminggu saja hahaha. i'll update soon ;P

Okay selingan, 

Ini pula aktiviti2 selama lebih kurang dua minggu ini.

Celebrate besday dak beng. malas nak tulis, Ibu dah update sini - besday amal.
Hantar Liah balik USIM. Shopping tikar kat Nilai lol.
Hantar Nunun balik Beranang. 
Hantar Amal balik Mersing.

Tinggal aid ngan aku je kat rumah. Amer busy entah bilo nak balik rumah taktau.



 Lama gila tak 'swimming!' haha.
Aku terpaksa teman aid mandi sebab dia takde kawan. Kalau aku taknak teman dia merajuk. aigoo so pondan. hahaha.
Tapi apahal muka aku macam takde muka kena paksa ? hahaha. Okay actually aku pon nak gak main air. haha.

Pantai Air Papan, Mersing. 
Nostalgic gila tau, Mersing tempat aku plkn dulu. Nampak dah signboard kem Teluk Sari tapi ayah malas nak lalu -,-
Apa pon i do miss you, Mersing. 3 bulan plkn kat sini, eceh. Bukannya ada keluar, terkurung je dalam kem tapi ada lah jugak kekadang keluar buat aktiviti2 kemasyarakatan,menembak,kayak dll. Tapi forgot the place, mungkin kena baca balik entry plkn dulu hehehe.


No comments:

Post a Comment