Saturday, June 7, 2014

Penang part 1

Holla.

3 June - 5 June. 
Percutian sempena cuti semester di Penang bersama kawang-kawang.
Lepas habis exam 2 june, malam tu terus ikut mummy bertolak balik Penang. huhu seronok gak ah, mummy cakap nanti sampai kat jalan Grik pening lah pusing2 lah. Kemain beli asam, stand by minyak cap kapak apa semua. Siap simpan plastik kfc takut muntah lol.Tapi sepanjang perjalanan tak sedar pon, tido je. haha. 
Dah lama kitorang plan percutian ni, tak boleh blah bukan mummy yang ajak. Kitorang yang pepandai plan sendiri pastu ajak diri sendiri. Kalau nak tunggu orang ajak sampai bila pon tak dapat pegi haha. Yang join ni just aku, piya ngan wani. Wa tak jadi ikut.
Dan kitorang plan datang Penang nak makan je. Je !
Tujuan utama untuk makanan, shopping jeruk tujuan kedua. Tujuan ketiga nak enjoy haha.
Tahukah anda Penang merupakan tempat ketiga terbaik di seluruh dunia untuk kategori makanan ? haha haruslah makannnn je.

Sampai Penang pukul 5 pagi. Sampai je terus ayah mummy ajak makan nasi kandaq. Amboih bukak mata nasi kandaq naa. Makan jelah dengan muka selebet mengantuk apa semua. Selama ni aku ingatkan makan nasi kandaq dengan ayam je, baru tahu ada gak lauk telur, daging apa semua haha.

Para pelancong di jambatan Pulau Pinang.

Nasi beriyani kapitan. enak bangett.

Roti nan. Ni pun sedap gak haha. walau kenyang tapi sedaya upaya nak makan semua benda.

Penang street art.








Tak beli apa-apa, cuma jalan2 nak buang balik kalori terlebih time makan sebelum ni haha.

zohor kat sini. OMG sorry i cant remember what this masjid called. hehe

lepas shopping jeruk apa semua, minum ais tingkap !
Kitorang siap interview penjual tu kenapa ais tingkap ? bukan ais pintu ? lol Kekonon kitorang nak buat research kahkah. Pastu dia siap bagi pamplet. Sila like ais tingkap di facebook ! haha.
ais tingkap-ada kelapa, ais ofcourse, kembang semangkuk, biji selasih, etc. Sedap gakk. haha semua yang sodap parah ni. Tapi rasa macam sirap je kot lol.

Padang kota lama.





Fort cornwillis. 
Masuk RM 2.
Takde apa, cuma tempat bersejarah macamtu. Ambik-ambik gamba jela.







Pasembur !
Dulu masa pi penang ngan family, ada member tanya "tak makan pasemboq ke?"
tak tau lak ada bende tu, terus terkeliuq tak makan pasembuq. Akhirnya dapat makan, sedap! kahkah. Boleh pilih nak letak apa . Dengan tamaknya kitorang ambik tu ambik ni ambik kau sepinggan RM36. Tapi share berempat lahh.
Yang paling lawak masing2 cakap dah kenyang, dah sendawa, dah sengkak. Tapi bila menghadap benda alah ni dalam masa 10 minit dah habis without stop. Amboi menakutkan betul selera kitorang ni hahaha.



Balik rumah, sambung lagi supper. Mee kuah ketam. Ketam dikisar sekali campur kulit kerangnya sekali. Sedap jugak ! haha.
Pastu zzzzzz.

Okay baru satu entry ambik masa yang lama, so second part akan menyusul kemudian !
Sebab this is special entry, letak satu2 gamba. Tak edit guna collage.
hehe.
Stay tuned ! lol


No comments:

Post a Comment