CLICK HERE

Thursday, June 26, 2014

Part time Work Part II : Salam Ramadhan 2014

Assalamualaikum.



Selamat menyambut Ramadhan semua !
Moga Allah beri aku kekuatan untuk beribadah sepanjang ramadhan ini hehe.
Di kesempatan ini mohon ampun dan maaf di atas kekhilafan diri ini sama ada secara sedar atau tidak sedar. 

Hari ini jugak, 2 Ramadhan buat pertama kalinya semenjak dua minggu aku cuti. Nikmat gila dapat berehat haha. First Ramadhan semalam ramai gila orang, waktu puncak adalah pukul 3-6 pm. Fuhh sesak dengan orang. 
Haritu aku kena jadi cashier, selamat time ramai orang aku tak kena jadi cashier. Dan aku tak suka jadi cashier lol. Penat pastu ada jugak aku tersalah tekan mesin kira tu sampai kurang 80 hengget. Janganlah dia tolak gaji aku. Gaji dahlah ciput, tolak 80 nak beli handbag carlo rino pon tak lepas. LOLLL kerja peladang tapi nak gak pakai carlo rino kahkah. Tapi kalau tolak gaji aku pon tak kisah, belajar dari kesilapan. Memang salah aku pon, tak reti cancel. Punya sengal sebab ramai orang tekan cash terus =,=
K ape aku merepek taktau.

Semalam first time kerja time bulan puasa. Penat dan mengantuk gila, sampai tersalah tekan kod. Bawang besar jadi papadom kahkah. Rasa nak tergelak pon ada. Nasib baiklah budak cashier perasan. Pastu tetiba je rasa nak emo bila ramai orang pastu semua benda nak tanya kita. Carilah sendiri barang tu takleh ke ? haha. Tapi cuba jugakk kawal emosi, selamatlah bulan ramadhann.

Tapi kerja penat, gaji tak berapa banyak. Sekurang-kurangnya dapat juga aku merasai kesusahan. Itu pentingnya ilmu, ko bayangkanlah aku tak belajar. Terpaksa kerja berat akhirnya gaji paling banyak seribu je sebulan. Ada sorang budak ni, kerja pagi sampai malam  buat overtime angkat barang berat takde rehat. Seribu je gaji dia. Seriously aku kesian kat dia dan pekerja2 kat situ. 
Sebab tu lah mak bapak kita suruh kita belajar, jangan dok malas merewang banyak sangatt haha.

Tinggal 28 hari lagi di peladang. Konfem hari terakhir aku adalah 30 ramadhan. Mak tak sanggup lagi nakk oii. Aku lagi sanggup buat esaimen bertimbun haha.


Btw result sem 4 dah keluar. Alhamdulillah even turun sikit, tapi boleh dikatakan result ini adalah unexpected result dan still in dean's list :P 
sem 4 adalah zaman kejatuhan lol, carry mark sikit, pernah ada satu subjek tu carry mark aku paling rendah dalam kelas. Study last minit, banyak tidur, asyik tengok korea, malam exam pon layan exo xoxo dan tidak struggle macam sem 3. Final exam tunggang langgang banyak takleh jawab. Mungkin Allah nak uji aku.
Apa pun aku akan cuba yang terbaik untuk sem seterusnya. Ya Allahh tinggal 4 sem lagi !


Happy ibadah everyone ! 

No comments:

Post a Comment