Tuesday, July 16, 2013

Diari ramadhan 2 : puding icecream oreo

Annyeong !

Actually aku teringin nak buat puding oreo ni sebab akak2 kat tempat aku kerja tu sibuk borak pasal puding oreo, puding oreo. Sampai aku terfikir, eh macam sedap je. Lalu aku terliur lah di bulan puasa ni. Kalau tak try buat, tak dapat rasa. Kalau malas memang kempunan lah aku. Lalu aku merajinkan diri menggoogle. Zaman moden lah kata kan. 

Terima kasih kepada akak-akak tempat kerja yang rajin bercerita macam2 hal masakan. Sampai aku terpengaruh sekali.
Harini diorang bincang pasal nasi ayam pulak. Kalau tetiber aku nak masak nasi ayam mahu terkejut agaknya ibu aku kekeke.

Walaupun aku tak suka bab2 masak, tapi aku suka baca myresipi.com haha. banyak cara nak buat puding oreo ni, ikut kreativiti dan tahap kerajinan masing2. Macam tahap aku ni, yang paling simple sekali ler,tak kuasa aku nak buat berlapis dengan milo lah, horlicks lah. Masuk perut akan digest jugak seterusnya menjadi feces. lol. 
Alasan malas dan tak reti sebenarnya kahkah.

Aku plan nak buat waktu malam tapi harini habis kerja awal lah pulak, maka dengan eksaitednya balik je rumah terus try buat.
Hasilnya ?


Yang belah kiri lebih gelap sebab oreo dah terhancur lebih banyak berbanding 
belah kanan lol.

Aku buat puding oreo ni sensorang jer tauu. Kalau tak sedap/tak berapa nak jadi kira ampun jelah kan. Aku turun ke dapur pun kira hebat dah tu kahkah.
Tapi takleh buat selalu, sejak kebelakangan ni aku main makan je semua benda tanpa menghiraukan kalori. Kalau lepas raya aku gemuk mahu menangis aku nak diet balik haha.

 Aku main agak-agak je buat benda ni, maklumlah first time nak try haha :D
Masak agar-agar. Letaklah gula sesedap rasa. Pastu blender kan 6 scop aiskrim  + esen vanila + susu cair + sebiji telur. Krim biskut oreo pun aku blender skali nak elak membazir haha. Pastu campurkan dengan agar2 tadi. Then masukkan oreo yang dah dihancurkan. Kacau-kacau, siapp. Letak dalam peti ais. Tunggu beberapa jam dan bolehlah dimakan.

Mula2 seram jugaklah menunggu jadi ke tak puding aku ni, maklumlah aku ada pengalaman buat puding lembik sehingga aku jadi malas nak buat puding lagi lepastu.
haha.


Hasilnya ?


nyummmyyy. sedapp tauu, tak manis sangat pun. aku takde niat nak puji diri sendiri tapi dah memang sedap terpaksa lah aku jujur huhuhuh.
Gula tak banyak sangat aku letak, oreo dengan aiskrim tu dah manis. Gula ni bahaya tau, kalau terlebih ianya akan diconvert kan kepada fat. Nanti gemuk. Maka kurangkanlah gula dalam masakan kahkah.

Tapi aku buat terlampau banyak ler pulokk, tah sapa nak makan taktau lahh. Kat rumah ni bukan ada orang pun =,=

Senang kan ? sebab senang lah aku try buat. Kalau leceh, takdo makno den nak buat. hahahah.
btw nak guna icecream perisa apa pun boleh jer, i love vanilla ! 

selamat berpuasa sambil menternak lemak lol.

3 comments:

  1. wah sedapnya puding ice cream oreo..:)

    ReplyDelete
  2. complicated nyerr cara2 akk tu..atam buat main campak2 jer..x de blend2 bagaai...hahaha..oreo patah2 jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. complicated ke ? Ni resipi paling senang akak jumpaaa . kalau tak blend buat cemana ? resipi yg lain lagi leceh nak buat haha

      Delete