CLICK HERE

Sunday, January 27, 2013

durian crepe, finally !

Assalamualaikum.

Aku dah pernah merasa durian crepe sebelum ni,
dan ianya amatlah tidak sedap sama sekali.
tepung + krim + durian = muntah.
cepat muak.

Hasil hari ini !


Namun, itu tidak sedikit pun memudarkan hasrat aku yang nak
jugak buat sendiri durian crepe nih.
Ibu pun layan je kan permintaan aku yang mengada nih.
apa salahnya mmencuba, ye dak ?

bahan-bahan.

Sepatutnya guna santan, tapi ibu ganti dengan susu sebab 
ibu cakap kena kurangkan kolesterol.
Hahh! ni paling saya setuju.
Well, sebagai perempuan normal, semestinya kolesterol merupakan 
musuh kita. Kalau anda rasa kolesterol tu kawan baik anda, anda bukan perempuan normal.
kahkah.

Langkah-langkah.
Kalau nak tahu resipi, boleh buka blog ibu kat sini - Klik.
Kalau ibu update lahh. Tak kuasa aku nak tulis resipi bagai hahaha.
Atau google je heheh.

Ni ibu yang buat, aku penolong chef jeh heheh.
macam-macam bentuk terhasil maklumlah first time buat.
ada yang panjang, pendek, gemuk, kurus.

Tapi bentuk tak penting pun, masuk perut hilang juga bentuknya.
Kalau nak jual barulah kena buat cecantik. betul tak ?
haha *ayat sedapkan hati*

Lepastu durian crepe cacat nih disejukkan dalam peti ais. Sapa nak makan nihh ?Saya suruh ibu buat bukan untuk makan, untuk saje je. haha punn boleh.
Lalu bagi lah Liah bawak balek asrama, makan sikit, suruh uwan bawak umah atam sikit.
Sedap tak ? kahkah.

Pastu kebetulan pi rumah uwan, tertengok tv1 rancangan usahawan ape tah.
Tengok ada usahawan jual durian crepe.
Macam senang je dia buat.
Cantik je, elok terletak.
untunglah kan pandai buat bentuk cecantik hewhew.


Haritu saya terbaca dalam novel hero tu ajar heroin buat pai epal.
Pastu saya terfikir, ''eh macam sedap je! ''.

Ibu, jomlah buat pai epal pulak !









1 comment:

  1. ehmm...bolehla....rasa mcm mkn durian jer...baik mkn durian...hahaha...

    ReplyDelete