CLICK HERE

Tuesday, January 15, 2013

Dari dapur uwan : lempeng pisang.

Assalamualaikum.

 Macam biasalah, kalau hujung minggu. Overnight kat umah uwan.
Di malam yang hening,

Uwan tanya aku : "Nak uwan buatkan cekodok pisang ? "

semestinya aku nak sebab
bila uwan sebut cekodok pisang, tetiber terasa nak makan sebab dah lama
tak makan cekodok pisang.
sedihnya hidup di perantauan :P

Kusangkakan 'cekodok', rupanya lempeng pisang.
sedapp bangat.

 taddaaa. inilah lempeng pisang untuk saya dari uwan.
macam roti canai pun ada gak nih.

Aku pun pi lah tengok cara cemana nak masak lempeng pisang ni.
Lol noob gila kau qila oi.

 uwan letak lempeng tu tengah2 daun pisang lepastu hempap
dengan benda berat, eg : cerek berisi air.
uwan cakap nak bagi lebih rasa sedap akibat aroma dari daun pisang tu.
betul ke?
betullah sedap, yang penting aku makan sepinggan. burrrrppp.
taktahulah habis sepinggan sebab sedap sangat ke sebab lapar sangat bhaha.

Lepastu bagi Aid rasa.
Aid cakap ,





hahaha.
hiperbola sungguh si mok mok ni.
ayat jujur atau ayat bodek mungkin ? :P


Semoga uwan dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang
baik selalu, aminn.

*Nanti nak bagitahu uwan, lempeng pisang uwan masuk blog kiteww*
hewhew.





No comments:

Post a Comment