Thursday, June 14, 2012

sunnah vs adat

Assalamualaikum.

setiap malam jumaat.
Kat surau-surau atau masjid-masjid mesti ada bacaan yassin(mungkin tak semua, tapi kebanyakkannyelahh) Kalau kat asrama plak,
setiap malam jumaat wajib turun surau, sebab ada bacaan yassin.

Kadang-kadang dah macam satu kewajipan pulak baca yaasin malam jumaat.
Sebenarnya, baca yaasin malam jumaat itu adalah ADAT sahaja.
Ya, ADAT melayu kita lahh. 
Padahal boleh je nak baca yaasin tetiap hari pun . Tak semestinya nak kena tunggu malam jumaat 
baru lahh nak baca yaasin.

Surah yang diSUNATkan baca pada malam jumaat atau hari jumaat pula sebenarnya adalah,
surah AL-KAHFI.



berikut adalah copy and paste tentang amalan membaca surah al-kahfi malam jumaat:-

Hadits pertama:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ
Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah. (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)
Hadits kedua:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ
Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)



Point aku kat sini bukanlah nak cakap jangan baca yaasin malam jumaat lagi. Tidak.
Cuma, bukankah lebih baik kalau kita mengutamakan
yang sunnah dulu, barulah kita mengamalkan yang lain-lain ?
Kalau mampu nak baca dua-dua pun lagi bagus :)
Lagipun surah yaasin bila-bila pun kita boleh baca.

Mungkin ada yang cakap, surah al-kahfi agak panjang.
ya, agak panjang kalau nak dibandingkan dengan surah yaasin.
kalau tak mampu, baca separuh malam jumaat. Sambung selebihnya pada hari jumaat(esok harinya).
Kalau berjaya, alhamdulillah.
Satu lagi sunnah berjaya diikuti !





2 comments:

  1. Dinie setuju dengan your opinion. 100 percent totally agree with that. Tapi daripada tak amalkan baca pape, that's better right :)

    ReplyDelete