CLICK HERE

Monday, June 25, 2012

alhamdulillah, sahabat saya sudah berhijrah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, seorang kawan yang rapat dengan aku.
seorang yang freehair. akhirnya mengakui dia sudah bertudung.
dan sangat tidak disangka bila dia cakap,

''thanks weh. selalu bagi tazkirah kat aku tyme kite lunch dinner semua''

ya allah, bila masa pulak aku ber'tazkirah'.
Mana aku tau nak bertazkirah bak ustazah ni kan. Cuma mungkin kekadang aku
ada cakap sesuatu yang mungkin menyentuh hati dia. kot laa.
Sungguh aku tak sempurna, masih banyak kekurangan dalam diri. Sebagai kawan,
kekadang aku menegur.

Bagi aku, aku bukan menegur atau memberi nasihat tetapi lebih kepada
berkongsi. Ya, berkongsi sesuatu yang mungkin mereka tak tahu.
Berkongsi sesuatu yang aku dapat sepanjang 5 tahun bersekolah agama dan duduk di asrama.
Dan entah berapa kali aku nak ulang, aku tak pandai nak bagi nasihat.
Apa yang aku tahu, aku sampaikan. Tapi nak bermanis lidah memang aku tak tahu.
Kesudahannya, aku hanya mampu mendoakan agar Allah bukakan
pintu hatinya untuk bertudung. Dan Alhamdulillah Allah buka 
pintu hatinya akhirnya.

Sebab, kawan aku ni aku tengok baik je.
Solat tak tinggal dan banyak juga pengetahuan agamanya. Tapi mungkin nasib
tak menyebelahi dia. Dikelilingi oleh sanak saudara dan ibunya yang semuanya freehair.

Pernah dia bertanya pada aku, minta nasihat aku macamana nak
kuatkan hati dan dikuatkan imannya. katanya,

''Aku tak nak mak aku segan kalau dia tak pakai tudung, tapi anak dia pakai tudung plak''

"macamana aku nak pakai tudung kalau sedara mara aku semua tak pakai tudung.
Yang pakai tudung pun makcik-makcik je''.

Aku tak tau nak cakap ape. Lebih kepada mendengar,selebihnya
aku kata pada dia, berdoa pada Allah agar dikuatkan iman dan berdoa agar ibunya berubah satu hari nanti.
Pakai je tudung, mana tahu ibunya terbukak pula hati bila tengok
anaknya dah bertudung. Tentang saudara mara pulak, kalau diorang menyindir atau
gelakkan, biarkan. Yang penting Allah tahu niat kau.
Aku doakan kau bertudung satu hari nanti.

Alhamdulillah. Doa kesemua mereka yang sayangkan dia diterima Allah.
Harapnya dia beristiqamah dan dikuatkan iman.
Aku faham bukan senang nak berubah, lagi-lagi kalau environment dia lagilahh
menyukarkan dia untuk berubah.

#cerita pengajaran. Moga aku pun akan mampu berubah menjadi lebih baik.
aminn.









No comments:

Post a Comment