Thursday, June 21, 2012

novel | kejora di langit cinta

Assalamualaikum.


Novel Anis Ayuni yang latest. semua novel anis ayuni aku dah baca.
dan juga novel aku yang entah keberapa. Kalau nak diikutkan, mungkin yang keseratus
something. Tapi tolak yang pinjam akan dipulangkan, pinjam takkan pulang,
kena rampas blablabla tak sampai seratus kot. sedih =.=

sebab tu kena buat entry, bila baca balik baru lah aku teringat,
''ehh dah pernah beli novel ni!"
tapi carik kat lemari takde pon. kemana agaknya? wallahua'lam.
otak aku tak mampu nak memerah ingat balik tah kemana agaknya novel tu semua.

oke stop mengarut. cekidaut the sinopsis:


NUR FARADILA bahagia bersama mama dan adik perempuannya walaupun papa sudah pergi buat selama-lamanya. Walaupun berdepan dengan kenakalan murid-murid, dia tetap gembira menyandang tugas seorang guru. Malah, hidupnya semakin ceria dengan kehadiran Khalish di ruang yang sangat istimewa.

Memang Khalish lelaki dambaannya sejak empat tahun lalu. Sejak bertemu di Kota Makkah ketika menunaikan umrah, langit jiwanya dipenuhi kejora cinta buat si dia. Namun, dipendamkan rasa itu kerana malu. Bimbang hanya bertepuk sebelah tangan. Jejaka itu terlalu memukau akal dan fikirannya.

Namun, kemunculan Datuk Azlan mencurigakan. Baiknya berganda-ganda sehingga menimbulkan tanda tanya. Apakah lelaki itu ada hati terhadapnya? Tidak mungkin! Dia hanya mengaggap lelaki itu sebagai bapa anak muridnya. Apatah lagi seluruh hatinya sudah ditawan oleh Khalish. Tetapi anak Datuk Azlan, Ibrahim Hakimi yang suatu ketika dahulu ‘liar’ berubah baik disebabkan dirinya. Barangkali Ibrahim Hakimi mendambakan kasih seorang ibu.

“Ya ALLAH... jadikanlah kejora di langit cintaku hanya untuk dia yang aku sayang.”

Haha, agak-agak faradila kawen dengan siapa ? Mungkin dengan Datuk Azlan,
atau mungkin dengan Khalish ?
Novel kedua Anis Ayuni yang menceritakan kisah seorang guru lepas Gemersik Kalbu.
Overall memang best.
Best sebab berkualiti. maksud aku, dari penulis berpengalaman bukannya novel
dari penulis yang entah dari ceruk mana yang tak habis sekolah lagi, tulis novel pun
banyak kesalahan fakta yang menunjukkan kebodohan sendiri. lol.

Dan untuk novel ni, penulis diajak untuk 
'mengembara' ke tanah suci makkah. Macam novel Anis Ayuni sebelum ni,
'mengembara' ke Turki (Cinta yg kurasa) dan Cairo(manisnya cinta).
Penulis bijak menyusun ayat dan mengadunnya menjadi cerita hingga pembaca
macam terasa-rasa je di sana. ewahh macam gud gud je aku komen. kahhkahhh.

Dan, penulis tak menggambarkan watak utama cantik gilerrr sampai 3 orang minat sekaligus macam sesetengah  novel.kutuk lagi.lol.
kekurangan novel ni, dah boleh agak dahh ending nye.

Arghhh asyik novel ja.

so, memperkenalkan

buku ni best dan banyak ilmu yang kita boleh dapat.

Tapi nak komen lebih-lebih tu tak bolehlah sebab aku tak habis baca lagi,
walau seminggu telah berlalu haha!
insyaallah akan aku baca sampai habis, biar masa yang menentukan. heheh.



No comments:

Post a Comment