CLICK HERE

Friday, August 17, 2012

raya ^^

Assalamualaikum.

salam 28 ramadhan :)
28 ramadhan sudahh, that means last terawih tonight.tapi bukan last ibadah ^^
sedihnyaaaa :(
tak tau lah kenapa sedih nak meninggalkan bulan ramadhan tahun ni.
perasaan nak raya pun kejap ada, kejap tak.
nak ucap selamat hari raya pun malas. huahua.

trend di facebook : tangkap gambar sendiri edit2 sikit kasik ucapan pastu 
tagged kat ramai2 orang. 
sebab dah trend, maka aku terima jela walau rimas dengan notificationssss yang
tak berhenti. luckily ada butang 'unfollow post'.
baik juge abe mark ni.LOL.

tahun ni satu kad raya ponn tak dapat. haha.
apa nak heran, aku sendiri tak terfikir nak kasik kad raya kat orang.
zaman moden. kuih raya pon dah moden.
baju pon makin moden. moden-moden pun, harapnya masih
mengekalkan syariat islam dalam berpakaian.
tudung menutup dada, baju tidak ketat dan jarang. sebab selalunya aidilfitri je,
akan ramai yang pakai baju kurung moden ketat dengan alasan raya
'setahun hanya sekali. apa salahnyaa. time ni laa nak 
berfesyen bagai'.

tutorial kat youtube pon sama. cara-cara lilit shawl. haha.
tutorial tu ajar cara lilit shawl yang tak tutup dada
plak tuu. adehh banyaklah dosa ekau kalau ramai orang mengikut cara ekau tu.
nak ajar org, biarlah yg dapat menyumbang pada pahala .
antara tutorial yang bagus, tutorial Dena Bahrin.
Dia mengajar cara ikatan tudung dan shawl yang menutup dada.
kalau bukak majalah2 pun sama, ada 10 tutorial, hanya satu
yang betul2 menepati syariat islam. aduhh, susah dehh nak pakai shawl ni.
biarlah tak bergaya macam orang lain, asalkan maruah terjaga :P
maka tahun ni jom beraya pakai tudung bawal. hahaha. aku lah tuu-,-

okay lah aku bukan bagus baik sangat pun nak tulis benda2 macamni.
masih banyak yang perlu diperbaiki, masih banyak yang berlubang sana sini.
aku tulis benda yang basic dalam menutup aurat je. 
baju longgar dan labuh , tudung dilabuhkan menutupi dada.
as simple as that.
bukan suruh pakai jubah, tudung labuh terus. kalau mampu macamtu, alhamdulillah :)


selamat hari raya aidilfitri ,
maaf zahir dan batin.
kepada semua muslimin dan muslimat.

p/s- cuba kita tanya pada diri sendiri, berapa banyak amalan yang dilakukan
sepanjang bulan ramadhan ni. jika menemui ajal pada 1 syawal nanti,
sudah cukupkah amalan sepanjang ramadhan ni melayakkan diri kita untuk ke syurga ?
astaghfirullahalazim .




2 comments:

  1. salam Aidilfitri. mai singgah lagunamerbok ambil kad raya.

    ReplyDelete
  2. didiey setuju..didiey pown pernah tegur ttg etika pakaian n bertudung kt blog didiey tu..:)

    selamat hari raya qila:)

    ReplyDelete