CLICK HERE

Tuesday, August 14, 2012

ramadhan 2012

Assalamualaikum.

salam 25 ramadhan :)
bulan pose ni memang jarang update blog. maklumlahh...blablabla. 
tak tahu nak update apa.
takkan setiap hari aku nak update aku sahur makan apa, berbuka makan apa.
annoying kot post2 macamtu.
ehh terasa ? sorry, jangan marah. bulan puasa :P


dah 6 tahun tak puasa full kat rumah sebab duduk asrama.5 tahun sekolah+setahun matrik.
Memang heaven lah dapat puasa kat rumah sebulan. hewhew.

entah kenapa tahun ni rasa syahdu nak raya, seakan taknak meninggalkan bulan ramadhan.
padahal tahun sebelum ni kemain tak sabar nak raya.
Mungkin sebab terkenangkan lepas raya nak pegi terengganu belaja, tinggalkan rumah,
takde enjoy lagi. buat hati sedih.  terasa macam, kan best kalau masa terhenti.
i need doraemon noww pehlisss.

okay lah, takkan aku nak upload baju raya, kasut raya, beg raya, spender raya sumer. haha.
kesian kat orang yang takde baju raya langsung,kan.
bila tiba hari raya ni makin terkenang kat kawan gua, Baayah.
entah ada baju raya ke tidak. entah apa khabar dia sekarang.
dia hidup susah tau, hidup aku berkali ganda lagi baik dari dia. nasib masing-masing, kan.
tapi still she's my bestfriend forever. kawan aku sejak dari
darjah tiga ke darjah dua.

mempunyai kawan yang hidup susah,
kita akan makin bersyukur dengan kehidupan kita yang jauh lebih baik
dari mereka.
Ni tidak, nak kawan dengan orang kaya je.
ada kan, orang macam tu. kawan sekeliling dia semuanya yang kaya-kaya je.
kawan kaya dia tu dilayan baik-baik, kawan yang tak berapa nak kaya
tu dilayan macam hape je.
maklumlah, tak setaraf kan.
tapi tak heran pon orang macamni.

di mata Allah kita semua ni sama saja, bukan kekayaan dan kecantikan yang
Allah pandang, tapi keimanan dan amalan kita.

di hari raya begini, beringatlah pada orang2 yang tak berkemampuan.
contohnya macam aku yang tak mampu nak membeli
henset raya. 
selamat hari raya:)




okay tu je diari ramadhan ntok tahun ni.
Moga bertemu lagi, ramadhan tahun depan, insyaallah :)


No comments:

Post a Comment