CLICK HERE

Monday, August 20, 2012

Diari Raya 2012

Assalamualaikum.

bila dah ada diari ramadhan, haruslah ada diari raya jugak.heuheu.
first raya kat Lubok China.
Dah 2 tahun raya kat Lubok China, pastu ayah cakap sampai bila2
raya first kita kat LC lol. sebab nak raya kat rumah sendiri dulu. tak kesahlah
even kat lubok ni kemeriahan raya tak terasa pongg.
pergi kubur, pastu pegi umah uwan salam-salam ape sumer.
pastu balik rumah, TIDUR. haha.
pastu bebudak kecik entah cucu siapa ''semekom kami datang nak rayaaa''
hambek kau.
bukan susah, kasik air. suruh makan kuih. kalau air tak habis tak dapat duit raya.
*sambil buat muka jahat, isi air yang dah tawar penuh2 harharhar
kembung perut budak tu nak habeskan

bila diorang nak balik, hulur lah duit raya. 
bebudak tu nak duit raya je tuu. kalau tak buat hape nak datang raya, ye dak ? huahua.
pastu kalau dedulu bebudak datang yang tak kenal ni kasik seringgit dah cukup, tapi
zaman skang ni takkan nak kasik singgit lagi, kan. paling koman pon
kasik dua hengget.

takbir raya di malam raya kat rumah hj hasan :P

 sesi lakonan bersalaman oleh aid. 

aid gemuk sangat sporting. tahun lepas dan tahun sebelumnya melalak
di pagi raya sebab kena pakai baju melayu.tahun ni takyah dipaksa, dia dengan
sporting nye pakai baju melayu.


first raya. bergambar di 'studio'
rumah aku ada studio. jangan memain. 

the gediks girls.
yang boys mesti tension sebab these girls asyik memekak
tak kira dalam kereta atau kat rumah.
pastu bergaduh lols.




sesi fotografi.

raya kedua kat Bukit Piatu.
tak banyak gambar, malas dah nak snap gamba bagai.
raya pertama kat bukit piatu best sebab nampak suasana raya,
pagi lepas subuh jalan dari rumah ke rumah salam-salam. dapatlah singgit dua. haha. pastu masjid depan rumah tu je.
so dapatlah kitorang dengan bahagianya pergi solat sunat hari raya
dengan jalan kaki je.

tu saja cerita raya untuk dua hari ni.
sebab raya 2 hari je yang meriah, masuk raya ketiga dah pakai baju tidur balik dah.

selamat hari raya.

p/s- raya minggu ketiga dah beraya kat terengganu !
can't wait for that.
will miss the home, the family, will miss everything!



No comments:

Post a Comment