Tuesday, December 15, 2015

New Product Development, Foodtech 2015

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, tamat sudah projek besar dalam sejarah Food tech cewah, iaitu new product development (PD). selama 14 minggu semester ini, hanya tuhan saja yang tahu betapa kami sangat berusaha keras semata-mata sebab PD haha.
Akhirnya, pemenang tempat pertama untuk product development ialah ? jeng jeng jeng. kena baca sampai habis. strategi sgt kan nak tambah traffic blog kekeke.

As for a short briefing, new product development is one of our subject for this semester, and it have 4 credit hours. Dan PD bukan unisza saja, mana2 student foodtech di universiti seluruh malaysia akan ambik subjek ni. Dah hujung2 sem ni aku tgk kawan2 foodtech Uni lain dah sibuk upload gambar2 teaser produk dan company masing2. Subjek ini sgt memerlukan kreativiti dan daya imaginasi yang tinggi, di mana kita perlu brainstorming together new product yang tiada di pasaran. Yang tak pernah lagi orang buat. Yang orang takkan terfikir. serta ada nilai aesthetic dan uniqueness. amboi sangat kan.
Dan ianya bukan semata-mata subjek saja, kalau ada potensi, produk kita boleh dipasarkan/dikomersialkan. Hahh gitu kan. best kann.

antara kenangan sepanjang minggu buat PD hahaha. Rasa nak tergelak pun ada. Macam2 idea yang kitorang sumbangkan, sampai melalut ke laut. setiap kali nak buat perjumpaan, mesti ktorang akan warning dulu, "perjumpaan malamni jangan mengarut banyak sangat. kita banyak keje, buang masa je ". Hasilnya ? tetap mengarut haha.

Kronologi PD kami :
Masa ni buntu sangat2 taktau nak buat produk apa, kitorang senaraikan aje 10 produk terbaik, then lecturers short list kan kepada 3 produk terbaik.
Tak perlulah aku menyenaraikan kembali apakah 10 produk itu, sebab banyak yang merepek je hahaha.
3 produk terbaik ktorang adalah banana daffle, mayonis pumpkin dan carrot flakes haha. ketiga-tiga produk ni ada masalah yg tersendiri, masa tu ktorang buntu sangat2 cari jalan penyelesaian. Yelahh, nama pon produk baru kan. Mana boleh fikir je terus dapat. Fikir je terus jadi, terus settle problem. kan ?
akhirnya kitorang proceed je dan present je kesemua produk tu, dan produk idea dari Azim, "mayonis pumpkin" terpilih. hahaha.
Rasa nak tergelak pun ada, dalam banyak2 produk, mayokin jugak yang diorang pilih. Kitorang punye lah marah Azim sebab bagi idea yang konon2 merepek, last2 itu jugak yang terpilih lol.

Kalau nak diceritakan kesusahan sepanjang buat produk mayonis pumpkin ni, memang banyakkk. Nampak macam senang elehhhh tapi kalau tak buat mana nak tahu kann. And im sure group lain pon ada masalah diorang sendiri, cuma aku taktahu lah apa masalah diorang. Dah group sendiri tak settle lagi, takkan nak jaga tepi kain orang pulak kan. hahah.
setiap kali ada masalah baru, ktorang try settle, alhamdulillah. Allah permudahkan, setiap masalah itu ada jalan penyelesaian. 

Road to PD day :

Shooting for video. 
aku ditugaskan untuk buat video, beberapa hari tak cukup tidur sebab nak siapkan video dan study for tests. Dan aku yakin teammates aku pon bersusah payah untuk siapkan part masing2 as we divide our works. sebab kitorang bukan ada subjek PD je, banyak lagi subjek lain yang memerlukan perhatian, minggu tu sangat banyak test. sangat stress. dengan ini tak siap, itu tak study lagi :|
dan kitorang jugak busy dengan FYP proposal. 
Tapi aku cuma fikir satu je, susah mana pun kita, cuba buat juga sedaya upaya dan usaha saja, selebihnya kita serah saja pada Allah.


Kitorang change the name from mayokin to mayoking sebab ada bunyi terengganu sikitlahh kan kononnya kekeke.

basically product kami adalah :
1) all purpose dipping sauce, boleh makan dengan keropok lekor, fries, nugget, bread spread dan sukahati koranglahh !
2)  pedas sebab ktorang tambah chilli flakes, so kita tak payah lagi letak sos cili with mayonnaise mcm selalu. senang dan jimat kan ?
3) warna kuning adalah kerana we replace water with pumpkin slurry, so it's natural coloring guys ! pumpkin juga ada contribute to some health benefits like antioxidant.

4) Have 3 cute packagings- jar, squeeze bottle and sachet. choose your favorite !

5) Low fat, because instead of using egg yolk, we are using the whole egg. and we are using canola oil in our formulation, as canola oil is the cheapest and low fat content compared to other soft oils. we also using less amount of egg, and replace it with a stabilizer from plant, carboxymethylcellulose(CMC).

6) Murah dari mayonnaise biasa di pasaran. 

7) delicious ! heheh.

 
Teaser from us ! Orang lain sibuk teaser kat fb, ktorang paling senyap. Dah habis PD day baru aku nak post teaser kat blog. Laggard sangat hahaha.
Kalau aku mmg malas nak upload2 gamba kat fb ke ape, kat insta pon asal ada sekeping dua dah lahh. haha. because i love my blog more, i will put as many pictures as i want. walau lambat sikit, bagi aku yang penting adalah memory.
Feeling memories never die sgt kan.

the preparations. sehari sebelum PD day, ktorg lepak kat bilik aktiviti sampai petang.
dahlah kepala pening sebab malam tidur lewat ada test, lepastu nak buat preparation lagi adui. gigih lipat kertas wkwkwk. Tak sangka dah final year pon masih melipat kertas macam budak darjah satu buat homework seni haha. esoknya pun, sebelum majilis ktorg masih menghias. tapi aku suka this moment, mengingatkan aku pada zaman sekolah, hias khemah untuk hari sukan. walau penat tapi benda ni lah yang buat kita akan kenang sampai bila-bila.

product presentation dan majlis perasmian di auditorium. berdebar gile lol padahal aku tolong tekan slide je kahkah. ktorang bertiga masuk audi, yang lagi tiga kat lab goreng fries dan keropok lekor serta set up meja. Good job Azim sebab berjaya present dengan bagus dan yg penting tak meleret haha.

 bebudak kat dapur sempat selfie, jangan hanguih sudah, menjerit mak mertua hihihi.

our decorations. simple je sebab taktahu nak letak ape haha. 

tadaaa. our booth. dalam banyak2 booth, ktorg nya booth paling simple kekeke.
risau jugak tgk meja org lain penuh dan cantik pulak tuu. 

co-t berry. terung pipit (turkey berry) coated with chocolate. 
First time aku dengar tentang terung pipit ni, the taste sangat pahit. dan im quite
impressed with them because mereka berjaya buang rasa pahit terung pipit tu kepada rasa masam masam manis. well done girls !

daiet to bite slimming bar. macam sneakers bar tapi ingredients yang mereka guna adalah
kacang kuda dan makanan sunnah etc. sedappp ! 

boost gummy. target for children, kalau kat pasaran banyak gula2 yang menggunakan articial coloring, tapi mereka gunakan natural coloring, contohnya mereka gunakan roselle, dan halal gelatine. good job girls !

bombastick. biscuit stick, main ingredient mereka adalah from spinach.
sedap gilerrr. hehe. Group ni tempat kedua, congrates korang !

tembiland waffle. Spicy ready to eat waffle, ingredient yang mereka guna adalah
potato dan pumpkin. Sedap dan spicy, dan group ni adalah pemenang tempat ketiga, congratulations !

Cala, sparkling calamansi juice with aloe vera. As a natural coloring, mereka gunakan 
bunga biru yang orang buat nasi kerabu tu (bunga telang kot nama dia. yeke?).
group ni gigih tanam aloe vera kat depan bilik haha, dan they replace sugar with honey.
sedap, sebab aku suka air rasa masam2 manis gitu heheh. good job !

sorry aku tak sempat pon ambik pamphlet setiap group, busy sangat kat booth 
sendiri so aku just explain roughly about each product apa yg aku ingat heheh. Tapi each product ada uniqeness mereka yang tersendiri.


Few of the judges are from MARDI and KKM. banyak juga lah orang KKM tu komen about our product, masa ni ktorg dah feeling like wuuu sedihnye hahaha. takpelah, asalkan dah buat yang terbaik.

Dan saat keputusan diumumkan..aku awal2 dah cakap "konfem tak menang". sebab group lain hebat2 belaka! ktorang rasa produk ktorg ni biasa2 je. Bila no 3 diumumkan, terus dah putus harapan sebab ktorg rasa kalau ada rezeki pon mungkin no 3. 
Tak sangka, bila dia umumkan juara, Fluffylicious sdn bhd !
Ya Allah alhamdulillah serius tak sangka, ktorang tergamam 3 saat sekejap. haha. mesti lawak gila muka ktorg terkejut hahaha.


Alhamdulillah, all of our hard works already paid off, memang rezeki sungguh kami menang. Jujurnya kami taktahu apa pandangan judges atau orang2 lain pada produk kami. sebab memang ktorang rasa produk ni biasa2 je, takde lah WOW sangat kan. haha.
somebody pls tell us lol.


Lepastu ? sesi photoshoot lah ape lagi heheh.



with pemenang no 2, bombastick.


Apa pun, kemenangan ini adalah salah satu kenangan manis buat ktorang. hehe. Malamnya, ktorg celebrate makan kat luar. dari semester satu lagi dah berangan fikir nak buat produk apa. tak sangka sampai pun hari kemuncak ni. so, goodluck juniors !

Lastly, 
terima kasih kepada semua pensyarah, staffs, seniors, classmates, our family dan semua yang telah membantu dan memberi pandangan, sokongan, kritikan kepada kami,
thank you so much.
terima kasih.
kamsahamnida.
arigato.
syukran jazilan.


And for all foodtecheroes sem 7 2015,
CONGRATULATIONS !
semua telah buat yang terbaik, tinggal satu semester je, 
sekarang boleh dah fokus for final exam and final year project.
fighting !

special thanks to my teammates - mummy, wahida, azim, piya and wani. terima kasih banyak banyak, aku kuat kerana korang, dan minta maaf salah silap terlanjur bicara selama ni, friends forever !

updated :
sinar harian, 18 dec 2015. hahaha.



p/s,
Alhamdulillah my family safely arrived today.
Tasabarrr nak balikk !

p/s
For cute DIY gifts, just click the banner on the top of my blog to purchase now!

2 comments: