CLICK HERE

Friday, December 18, 2015

Chiang Mai Mobility Program 2015 : Day 2

continue from previous entry..

For second day, kita akan ke Lanna Agro Industry company.
Sebelum sampai sini, aku taktahu pon kilang ni menghasilkan produk apa,
from the name itself aku rasa macam kilang menghasilkan produk2 makanan
berasaskan tumbuh-tumbuhan. yekeee.


Lobi hotel. first day tak sempat tangkap gambaq kat depan lobi haha.



Ktorang divide to few groups, so half dengar taklimat, half students lagi pergi melawat kilang. Tapi takde gambar dalam kilang sebab we were not allowed to bring camera inside. waaaa. Pergh banyak betul step nak masuk dalam kilang tu.
Kalau contoh mcm kilang kat mamee tmpt aku intern tu cuma pakai cap, mask dan lab coat je. Tapi diorang siap pakai baju khas, dengan cap ntah hape bende aku taktau nak panggil ape, sampai kalau kau pakai satu suit lengkap tu memang tak kenal antara satu sama lain haha.

antara produk Lanna Agro Industry ialah frozen edamame, choco fruiz, filling for yogurt dan banyak lagi frozen foods yang lain.

This is frozen green soybean atau mereka panggil sebagai 'edamame'.
Kita cuma perlu thaw saja at room temperature, dan lepastu bolehlah dimakan.
From the packaging, sangat menarik, aku tak sabar2 rasanya
nak bukak dan try sendiri edamame ni hahaha. But for me, i cant really accept
the taste lol, rasa macam kekacang sayur sayuran gitu argh susah nak describe tapi
senang cerita, not my taste. Tapi ramai je yang cakap sedap, ramai jugak yang macam aku. so i think it depends on preference masing2. Lidah pon lain, anak tekak pon lain kan.

Tapi yang ni sangat sedap ! frozen Mango/strawberry/banana coated with chocolate, makan sejuk2 gitu pergh mana tak sedap. Lagipun ianya free hehehe. Tapi kalau kena bayar pon tetap sedapp ! bila kita makan tu, sampai terpejam mata menikmati kesedapan tu amboi overnya. Macam biasa, i love mango! Diorang jugak vote perisa mana yang paling kitorang suka, mango lah pemenangnya ! but for me, banana flavour macam off taste sikit, macam ada rasa berasid. tapi still sedap. arroyy (sedap in thailand).

Btw this company got halal certificate so no worries, inshaaAllah every products that they manufactured here are halal. 

Delicious lunch, lauk ayam ape tah, lupa dah. with edamame soup. Disebabkan aku tak suka edamame, bagi aku edamame soup ni pon aku tak berapa suka. But i still can eat that with rice.

Kat sini susah cari masjid, masjid yang terdekat pun jauh jugak, 
so untuk jimatkan masa solat atas pentas ni
pon boleh. We told them, we just need some newspapers as our sejadah, 
Islam adalah agama yang mudah, takde alasan untuk tidak solat walaupun tiada masjid. 

Infront of their office.

Group photo. Thanks for the delicious lunch, delicious frozen fruit, great
experiences, useful knowledges and....edamame. lol

Bye bye Lanna Agro industry..

Next, kita ke kilang memproses madu, Supha bee farm.


Intro to the company, sesi soal jawab etc. Dia bawak jugak ktorg tengok 
honey packing process dan melawat honey gallery. ke bee's gallery? haha

honey drink and honey cookies, sedappp !

memberanikan diri pegang lebah lol. Nasib baik muka tak kena sengat haha.



Shopping madu lahh. Disebabkan aku malas nak berat2 bawak balik honey dalam jar,
aku beli yang dalam squeez bottle ni je. wild honey, longan honey, lychee honey, sesame honey and sunflower honey. Yang paling sedap ialah wild honey !
Dan botol comei ni jugak ktorang recycle untuk display product PD day haritu, bawak tuah betul botol ni hihi.
aku tak ingat harga, rasanya 25 baht for 100 ml (lebih kurang RM2.50) satu tiub, kalau jar besar tu harga antara 70-180 baht tak silap aku. Tapi memang murah! sebab ianya madu asli, mana nak dapat madu asli botol besar semurah itu di malaysia ?

madu bagus untuk kesihatan tau, selain untuk dimakan, kita juga boleh jadikan madu sebagai masker kekeke. atau untuk hilangkan jerawat/parut jerawat, campurkan madu with bedak sejuk, it's really worked girls ! try it now lol. *tetiba bagi tips*
tak salah mencuba, muka kita mencerminkan siapa diri kita dan ianya adalah anugerah Allah, jagalah ia sebaik-baiknya hahh gitu kan.

sebelum balik ke sirinart hill, singgah wet market. 

Kat sini takde beli apa2 pon, sebab semua makanan tak halal. Nak pegang pon takut haha, ntah apa2 makanan yang diorang jual taktahu aku. Nampak sedap je kann, tapi tahan jelah, hanya mampu memandang. Kitorang cuma melawat saja, sebab esoknya kita akan ke Chiang Mai Provincial Public health office. so kita buat observations, esok bole beri komen/pendapat dan dapatlaa gambaran sikit tentang how they observed or control kebersihan. Tapi their market sangat bersih, takde pon lopak2 air atau bau busuk macam kat sini. Habis basah seluar, kotor selipar sebab tu aku tak pernah pergi pasar. Cuba kalau pasar Malaysia macam kat Thailand, konfem aku volunteer pergi pasar wkwkwkw ko menipu je lebih.

Balik ke Sirinart Hill, lepak2 makan kat bilik je. Tak ingat lak aku makan ape, tapi kitorang pilih je antara 3 menu yang diorang senaraikan then diorg bungkus dan ktorg makan kat bilik. Tapi tak silap aku makan nasi lauk ayam cam tu laa.

will be continue with day 3 soon. hehe.

Disclaimer : some of the pictures used here are not personally taken by me. I put my own link because im doing the editing myself, thank you ! 

p/s
For cute DIY gifts, just click the banner on the top of my blog to purchase now!

No comments:

Post a Comment