Friday, January 23, 2015

SEM 6 : Internship !

Hello everibadeyhhh !

So this is how my 6th semester start ! wuuhoooo ! Lagi 2 hari start ;) lub dap lub dap.
Seriously tak excited pon -,-
Sebab sorang2 forever alone. Dan aku akan berpraktikal di Pacific Food Products Sdn Bhd, Quality Assurance department.  Atau boleh kata Mamee. Pacific food ni proses produk2 mamee lah. 




Ceritanya begini, kitorang hantar resume bulan 9 tapi Mamee senyap je takde apa2 feedback pon. So ktorang proceed lah ke kilang lain, dapat buat praktikal di H5,Nilai. dont know much about this company's products, yang aku tahu sauces and something like that lah. So dah sibuklah fikir nak tinggal kat mana apa semua. Suddenly dah bulan 12 baru Mamee bagi feedback tapi dia ambik aku sorang je lol. Entah2 ada sisa satu kekosongan dia tengok resume budak ni macam senang je kita nak buli okay campak je aku masuk situ wkwk. Aku pon dalam dilema, ibu ngan ayah suruh aku pergi Mamee sebab yelahh kat Melaka. Esok2 nak keje tempat tu jugaklah yang diintai dulu(kalau intern okay, boleh lah fikir nak proceed keje situ atau tempat lain haha) Lagipun Piya kat H5 ngan wani, kalau dia sorang2 memang aku reject jelah terus Mamee ni. 

Bagi aku, aku sentiasa fikir apa yang ditetapkan itu yang terbaik. Kita usaha je, tak payah fikir dulu dapat yang mana. hehe betapa banyaknya kitorang hanta resume. Nasib baik tak dapat semua(feeling perasan) kalau tak jenuh nak buat surat satu2. So bila sesuatu itu datang pada kita, mesti ada hikmahnya ;) Kenapa aku sorang je yang dapat? Hikmahnya, belum start intern lagi aku dah nampak. First, Driving. aku takut driving tapi terpaksa lah memberanikan diri. Sebab aku tak suka menunggu, Lubok China-Ayer Keroh ambik masa sejam lebih so tak larat aku nak tunggu ayah ambik setiap hari woi. Baik aku pergi sendiri, aku bukan takde lesen cuma kena get rid perasaan penakut dan tak confident, tu je. 

Second, ini first time aku bersendirian seumur hidup aku lol. Selama ni mana2 tempat baru yang aku masuk- sekolah menengah, PLKN, matrik, unisza  sentiasa ada orang yang aku kenal, kalau aku susah atau tak tahu nak buat sendiri because of the new environment, i have friends to rely on them. How lucky my life is ? LOL.  Aku tak pernah perasan pon tapi bila aku cuba fikir apa hikmahnya baru aku nampak (cewah). Simple, pengalaman itu mematangkan diri. NAK CAKAP KEKONON LEPASNI KO MATANGLAH KAN !  - I hope so.
Aku harap aku mampu berdikari, mampu buat semuanya sendiri tanpa perlu depends pada orang lain. I jelly dengan kawan2 yang mampu berdikari, kita boleh nampak sisi kematangan mereka, if you know what i mean. Bila tengok orang macamtu mesti rasa haih bila aku nak jadi macam dia. 

So sebelum pergi praktikal ni, ada beberapa perkara yang perlu disettle kan. Bukak akaun bank untuk elaun dan ambik typhoid injection. (possibly medical check up for certain company)
Semua pengendali makanan perlu ambik thyphoid injection (peniaga,budak praktikal macam kita,banglas kat kilang dan sesapa jelah yang rasa2 dia mengendalikan makanan). Kalau kerja kat lab (work with salmonella ) pon perlu injection ni. 
Kerana ? Typhoid is a serious disease, caused by Salmonella Typhi. Kita boleh dapat typhoid ni dari makanan/air yang dah tercemar/kemungkinan kita boleh jadi carrier. Kalau kita dah jadi carrier pastu contoh jual nasi lemak - berapa ramai pulak orang boleh terkena penyakit disebabkan kita ? Ni lah satu punca kenapa mak ayah aku membantah keras pembelian makanan di pasar malam kahkah, terutama bazaar ramadhan. Orang yang tak pernah berniaga, out of nowhere muncul menjual murtabak haha. Dahlah tak sedap sebab first time memasak, pastu food poisoning pulak. 
Tak semua klinik ada vaccine ni. Kalau macam kat Alor Gajah, aku ambik kat klinik keluarga RM45. sebelum tu kena beli buku injection kat MPAG. 


So inshaaAllah aku akan update pengalaman internship aku selama 6 bulan. Lama, mesti banyak pengalaman kan. Apa yang aku tulis adalah berniat untuk sharing saja, kalau lah. aku cakap kalau ada unsur2 tidak diingini seperti riak dan sebagainya, im so sorry for that. kahkah. Padahal apekedehal nak puji diri sendiri pun. Senang je, tak suka tak payah baca. I never force you to read my blog anyway. Bukan setakat force, ask to baca my blog pon tak penah. kekeke.
Btw kitorang ada diary/buku log untuk tulis daily activities. Beza blog dan diary aku adalah, kat diary tu in english dan lebih skema. Kat blog pula lebih bebas menulis ayat gila2 ke apa haha. aku lebih prefer blogging ;)

Majulah industri blogging untuk negara =,=


Untuk kawan-kawan semua.
Selamat berpraktikal. Sama-sama lah kita menimba sebanyak mungkin ilmu sepanjang 6 bulan semester ini. Apa pun cabaran yang kita hadapi, moga dapat sama2 tempuh dengan jaya nya. FOODTECHEROES power !

P/s
Bestnya ! Lama tak tulis panjang-panjang. 

25 comments:

  1. berapa eh elaun dye bg?? hee sedang mnecari ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. foodtech jugak ke ? heheee. rm20/day

      Delete
    2. Assalam. Mnta nombor mamee.atau email mamee? Nk wat Li. Wasup sy ye 0137519527. Urgent plz

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam.. Cmne ye nk apply praktikal kt situ ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. You just hantar resume dan surat dari fakulti kat HR mamee..kalau tak boleh nak hantar terus ke HR, you call mamee dan boleh minta email person in charge.
      harap membantu ;)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  4. Salam..nak tanye...yg injection tu mmg company tu suruh ke amek sndiri?? Sbb dpt prktikal kat situ..pas2 dy mmg amek sorg je eh stdnt practical?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..awak department mana? company tak suruh pon tapi sebab sy QA department, so memang uni sendiri yang wajibkan kitorang amik thyphoid injection..

      dan stdnt praktikal depends pada kekosongan..

      Delete
    2. Ooo...QA dept gak..ssh x agk2??haha...takot plak rasenye..

      Delete
    3. QA dept kat pacific food eah ? hehe. kalau rajin baca la experience sy 24 weeks intern kat sana. hihi. okay jee kadang2 banyak keje, kadang2 stress, kadang2 takde keje ahaha andd boss garang hahaha. goodluckk :D

      Delete
  5. boleh emailkan ke aixyahfuaad@gmail.com resume dengan cv ? nak tanya lagi macam mana kita nak apply kalau tak tahu position apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau internship ada surat daripada universiti. So hanta surat tu dengan resume je. Kalau position, diorg akan letakkan kita dkt bahagian kos kte. Cth mcm foodtech bhg QA/production. Kalau akaun maybe bhg purchasing

      Delete
  6. Nak tanya , Kalau degree HR boleh apply jugak ke ?

    ReplyDelete
  7. Salam.. Nak tanya, medical check up untuk kilang mamee perlu ker untuk student LI 😊

    ReplyDelete
  8. Salam.. Nak tanya, medical check up untuk kilang mamee perlu ker untuk student LI 😊

    ReplyDelete
  9. Saya pon bakal berpraktikal dekat kilang mamee ni dekat department seasoning. Nervous. 😅

    ReplyDelete
  10. Saya pon bakal berpraktikal dekat kilang mamee ni dekat department seasoning. Nervous. 😅

    ReplyDelete
  11. assalammualaikum.
    boleh minta email mamee?
    terima kasih,,

    ReplyDelete
  12. Hai boleh share email hr mamee tu tak? m.hilmi.hazim@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum , boleh saya tahu bagaimana memohon untuk internship di Mamee , saya pelajar kos kewangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya walk in ke hr. hantar resume dan surat daripada universiti.

      Delete