Saturday, January 31, 2015

Internship : #week1

 mamee :
Pacific food - process mamee monster snack dan instant noodles.
Mamee Double Decker - process potato chips.
Mamee kat Subang - drinks - yg aku ingat jenama nutrigen.
Dan ada gak kat Kuantan, produced drinks (brand:cheers) dan ada kilang kat luar Malaysia tak silap aku lah haha.

Disebabkan aku budak intern jeh, aku masuk office hour. masuk 8 pagi, balik 5.30 ptg. Sabtu adalah half day tapi  2 kali je sebulan untuk sabtu dan of course cuti hari ahad wohooo. Malas giler nak kena bangun pagi meredah jammed, petang lagi lah malas. Dengan mengantuk dan malasnya kena drive lagi aduhai. Bak kata ayah, "ekau ingat senang ke nak dapat ijazah" kahkah. Betul jugak tu, bila dah tamat study nanti baru lah teringat balik kesusahan sepanjang bergelar student cewah. Susah lah sangat. Padahal malas, kira untung lah ayah bagi kereta haha. foinnee..


Monday

First day - paling nervous. Ayah hantar dan aku sampai Mamee pukul 7.50 pagi. aku straight pergi HR then isi2 borang semua. Ada sorang budak chinese intern sama baru daftar pagi tu tapi another department. The HR manager rasa macam garang time aku call haritu tapi she welcomed us dengan baik lol. Dia perkenalkan siapa founder, CEO, company background, tengok slides, video etc. Then baru lah kitorang dibawa ke production office. Kat sini, diorang bagi lab coat, mask dan topi. Maklumlah nak jadi pekerja kilang haha. Then executive jemput kami ke department office masing2. Executives kat department aku busy gilos, so yang bawak aku ialah En Azhar, lab executive. Dia perkenalkan sikit2 organization chart, peraturan semua then dia bagi aku documents related about qc/qa, suruh baca. Bila dia nampak aku macam mengantok jeh (lol. ngantok gila kot ada ke suruh aku membaca pepagi tu, ko ghase? haha) dia suruh aku masuk lab. Kat lab diorang check microbes, water activity, water content, check minyak semua lahh. 
So kat situ kenal2 lah dengan 2 lagi budak intern ( diorang akan habis bulan 2 nanti) dan lab assistants. Then aku jumpa Ms Chia, senior executive. Dia briefing sikit2 lah tapi dia macam busy. Bukan macam, sentiasa busy haha. Dia cakap nanti dia akan bagi aku dan other interns to do some projects. Katanya ada budak intern baru nak masuk bulan depan. Then, aku tolong dia key in secara online the weight of noodle's cake. Then aku highlight kan lah mana2 weight yang tak ikut specification. 
Petang, lepas rehat aku duduk lab tengok orang buat keje haha. Mengantok gilooo. 
Aku penat sebab takde keje dan bosan. hahaha.

kesimpulan first day : bosan dan mengantuk :P

Tuesday

1) prepare slides about standard product display. Back end line and cartoning is located very far away so they install LED tv on the middle of the process. So slide yang aku prepare tu lah akan display kat LED tv tu. Aku kena ambik gambar contoh2 carton. Jumpa Kinah, budak sekolah aku ! Dia baru habis diploma dan kerja sebagai QI. Lega kejap dapat jumpa orang yg aku kenal haha

 2) Ms Chia bawa melawat sekitar production area. From raw material to mixer to steamer to blower sampailah packaging aku dapat tengokk haha. Terbaik kilang ni, they really practised GMP. Eksaited kejap guna pembersih kasut(lupa apa nama dia haha) just berdiri je atas tu then ada berus gosok2 kasut kita hikhik. Sinki pon just kena pijak je kat bawah, that means lepas basuh tangan tak payah pegang kepala paip. setiap kali nak masuk dalam kilang kena cuci tangan, pakai lab coat, topi dan mask. Kat sepanjang dinding kilang tu ada hand sanitizer. Office pon kena sentiasa bersih.

3) Kena membaca lagi ! haha. aku disuruh baca dan pahamkan check packing quality control. It involved before , during and after operation. Maksudnya kena pastikan semua machine berfungsi contohnya soup detector dan metal detector. During operation pulak, kena make sure takde packaging yang double, not air tight, folded, wrong wrapper etc. Kena check date code, ada seal leak atau tidak etc..

 4) Waktu petang macam biasa aku masuk lab. Tolong check moisture content pastu tolong lah gunting2 kertas, merayau2 ke apa. kahkah. I hate waktu petang, semua kerja aku dah siap lepastu bosan.

Wednesday
1) Pest control adalah salah satu tanggungjawab QA. So kilang akan buat pest control secara monthly. Ada 2 jenis pest control yang diorang guna, ILT dan TRBS. General pest control pula untuk ant dan cockroaches. So setiap 3 bulan diorang akan buat analysis, so aku kena buat pest control trend analysis untuk bulan Oct, Nov dan Dec. 
How many insects trapped, type of insects and the place where the insects paling suka lol. They dont used electric to trap insects sebab nanti body of the insects will spread to the production area ( guna apa tah, lupa. nanti aku update balik haha)
2) Data compilation for weight of chicken instant noodle

Thursday
1) I need to take 20 samples for 2 type of new soups, hourly. I need to weighed and checked whether each soup follow their specification or not. Determine how many percentage underweight, follow spec and overweight. Susah giler nak kena cakap ngan bangla ke nepal tah. Aku cakap melayu tarak paham, cakap english pon lagi tarak guna. kahkah. Aku nak blaja bahasa nepal lah lol.
2) Tolong lab assistant check the moisture content and water activity untuk samples. Bosan asyik key in data jeh. Menyibuk jap ngan diorang haha.

Friday
1) QA manager tanya aku, "Qila, you tahu tak buat statistik ?" lol terus teringat biostat. Kahhh. Walau tak berapa konfiden aku cakap boleh je saya buat kahkah. Penat je Prof Ishak bagi A kat biostat aku (tq prof, walau saya banyak jawab merepek sajo ) . So aku buat statistik untuk yesterday's sample weight. Banyak gak yang tak ikut spec. 

Saturday

1) Kak ida( QA executive ) ajak aku pergi tengok tempat mixing soup. Soup ni akan digunakan untuk showering the noodles sebelum kita blow to remove excess moisture.
Mamee monster snack tu, kan bila kita makan ada perisa..Soup ni lah yang akan buat kan snack tu berperisa.  
RnD sekarang sedang buat perisa soup yang baru. So harini kita nak test sama ada lebihan soup semalam still safe to be used or not, to cut cost. Bayangkan, banyak lebihan soup lagi. Kalau buang, kan dah membazir. so aku kena ambik sample soup semalam dan hantar ke lab untuk test microbe. Kalau still okay, kita akan mix dengan soup yang baru. Gitu lah menurut explanation kak ida..hehe.
Sabtu half day jeh, so aku sambung kerja hari Jumaat semalam yg tak siap. Key in the steamed noodle weight. Dan key in weight untuk produk di setiap production line.
Ni je aku sempat snap sebelum balik tadi. Tu pon sebab balik awal, sebab sabtu half day haha.


Aku selalu masuk lab dan masuk production line, so aku memang simpan je phone dalam locker sobs. Takde ambik gamba pong haha. Tapi rilek lahh. baru first week kan. 6 bulan lagi kott. Dan mereka kat sini sentiasa kerjaaa je. Aku perhatikan mereka, memang takde masa bersembang minum kopi ke apa. Cina punya style kerja kann pepaham jelah. Nanti kalau aku kerja industri, macam tu lah agaknya erk, hurm. 

End of first week !
InshaaAllah, aku akan sentiasa keep strong. Niat nak belajar ;)

Bye !

16 comments:

  1. Thx for sharing..... intern sy start esok. Kurg skit nervous after bc post nie. ;)

    ReplyDelete
  2. Salam :) sy pun dapat praktikal kt mamee double decker tapi dpt department seasoning. Awk tau tk mcm mana aktiviti dprtment seasoning? Sy nak tanya jgak, awk pakai bj macam mana ye kt mamee tu? Sbb sy tau dia suruh pakai bj tshirt tp sy takut kalau bj yg sy pakai ni tk sesuai. Esok sy dah start praktikal so mcm nervous pula -shasha

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kalau ikut bebudak intern seasoning dulu, diorang duduk dalam office and nanti supervisor ade lah bagi kerja/projek sikit2, contohnye buat test seasoning ke apa2, test tu semua awk kena buat kat lab (nanti diorg tunjukkan la kat mana lab) . Tapi tu semua depends pada supervisor.

      Untuk pakaian, bebudak intern pakai tshirt biasa je, dan seluar jeans/slack. Biasanya kitorg semua pakai jeans je huhu. Dan wajib pakai sport shoes/kasut bertutup. Tshirt apa2 pon boleh awakk .

      Btw goodluck !

      Delete
    2. Salam.. Saya pun akan LI dekat department seasoning.. Best x ea?

      Delete
    3. Salam.. Saya pun akan LI dekat department seasoning.. Best x ea?

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hi. Saya dapat intern kat mamee juga. Tapi office side, Sales Operation- (Accounting Department) . Boleh share sikit experience dekat office ataupun overall company dan staff? Boleh belajar banyak tak kalau pergi sana? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaaAllah banyak benda yg boleh awak belajar. Pengalaman sy, supervisor sy super busy so kena pandai2 berdikari dan jgn harapkan sv saja. Pandai2 lah cari sendiri ilmu dan pengalaman tu

      Delete
    2. ok, thank you =) =) Hopefully it will be a great experience .

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hi, awak.. saya nak tanya kalo budak buochemist boleh ke intern dekat situ nanti? Btw, awk amik course ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. not sure. mungkin boleh kot bahagian lab ? . sy foodtech

      Delete
  7. assalamualaikum akak, saya nak tanya since saya tak banyak tshirt (kalau ada pun tshirt labuh) boleh ke eh ? or kemeja labuh ? boleh ke ?

    ReplyDelete
  8. Thanks and that i have a keen offer: Where To Start House Remodeling home renovation in canada

    ReplyDelete