CLICK HERE

Thursday, May 9, 2013

Matrikulasi

aku nak share beberapa perkara di matrik.
Sebab juniors dan adik2 ku baru saja dapat tahu tentang kemasukkan ke matrikulasi.
Kalau dah taktahu nak masuk mana sangat, masuk je matrik haha !

  • semua pelajar wajib duduk asrama walau rumah kau sebelah matrik je
  •  satu bilik 4 orang. Setiap satu floor ada cerek dan iron.Kalau nak bawak sendiri punya, kena pandai sorok sebab memang tak boleh bawak pon.Kalau kena denda padan muka.
  • Satu bilik agak besar juga bersyukur lah oi. Setiap orang dapat katil single, almari dan meja belajar.cukuplah tu, dari kena belajar atas lantai. Meja study agak besar jugak.
  • Takde yuran bulanan. Time daftar je bayar Rm400, then setiap bulan dapat elaun Rm250. best kan? 
  • ada washing machine, nak basuh baju secara manual pun boleh. Kalau dapat matrik dekat ngan rumah cam aku ni, kumpul seminggu punya baju,basuh kat rumah haha
  • peraturan agak ketat, tapi takdela seketat peraturan sekolah, kalau dah biasa duk asrama paham maksud aku
  •  Pergi kuliah wajib berbaju kurung bagi perempuan, berkemeja bagi lelaki.Rasanya tie tak wajib kot? kasut bertutup tak kisah kaler apa pun (ppuan). Lelaki kena pakai kasut kulit hitam tak silap aku. sorry tak ingat. Yang ppuan sukahati nak pakai tudung apa pun. bawal,shawl,apa-apalah tapi jangan over sangat. ko nak blaja ke nak pi shopping complex ?
  • kelas dari pukul 8 pagi - 4 petang.Rehat depends pada jadual, 12 tghari-2 ptg atau 1-2 petang. sangat pack, especially kos sains
  • kelas dipanggil praktikum. satu praktikum ada lebih kurang 20-25 org. Kuliah macam kat U tu, ada lebih kurang 7 praktikum. Time tutorial dan lab baru lah blaja ikut praktikum
  • Untuk sains, ada 3 modul.

                                  modul 1 - bio, fizik, kimia, math
                                  modul 2 - fizik, sc komp, kimia, math
                                  modul 3 - kimia, math, sc komp, biology

Akan diberi time pendaftaran, ikut result spm masing2. 
Tapi jangan risau, contohnya dapat modul 2 tapi tak minat fizik, boleh je tukar ke modul 3.
  •  Ada 2 program untuk sains - program satu tahun dan program dua tahun.
Mengikut result spm juga, kalau addmath tak kredit, even dapat 7A pun, akan diberi
program 2 tahun. program satu tahun boleh buat permohonan tukar ke program dua tahun
kalau rasa-rasa tak mampu nak catch up dalam masa setahun je. Pendapat peribadi aku, kalau dapat program dua tahun baik ambil dip je then sambung degree. Lagi banyak advantages tapi depends laa pada diri masing2
  • Ada kuliah dan tutorial ( untuk jurusan sains, ada lab)
  • satu semester ada 2 kali je exam, ujian pertengahan semester ( UPS ) dan peperiksaan semester program matrikulasi ( PSPM ) . UPS - 10% , PSPM - 80 % , kuiz dan lab report - 10 % . Carry mark tak banyak sangat, so kena skor lebih pada final. 
  • Banyak kuiz ! depends pada lecturer jugak, kalau aku dulu habis je satu topik ada kuiz blerghhh. 
  • setiap kali pspm, kena dapat atleast 2.00, kalau kurang dari 1.5 kena buang matrik, kalau dapat antara 1.5-1.99 akan ditukar kepada program dua tahun ( untuk program setahun ) . kalau program dua tahun diberi amaran kot. maaf kalau silap. Tapi untuk pelajar akaun, takde program dua tahun so akan terus dibuang kalau bawah 2.00.
  • kena rajin, siapa malas - K.0 lah engko kihkih. Jangan risau, kalau study bebetul takkan kena tendang punya lahh. caya lah cakap akak ni kihkih. Biasanya yang kena tendang tak ramai pun, ada dalam 1,2 orang je. rilekss
  • Ada subjek tambahan - kokurikulum, kemahiran dinamika,agama islam. Semua ni takde pointer pun, just ada gred . semua subjek ni diambil pada salah satu semester je.Nasiblah praktikum korang tu dapat koku apa, aku dulu dapat kawad.Kalau koku lain tak busy sangat, kawad busy sikit kot. sikittt je 
  • Tak payahlah nak aktif sangat duk matrik ni.haha. Tapi kalau minat sukan tu bolehlah participate untuk kakom. Dapat pengalaman. Kalau rajin lagi bolehlah join badan dakwah  atau pembimbing rakan dinamik ke, apa-apalah. Kalau rajin.
  • Jangan ponteng kelas selalu, nanti takleh ambil final exam. Lagipun rugi kalau ponteng kelas, datang matrik setahun je belajar lah. Jangan duk malas sangat
  • Jangan bercinta haha. Ada kawan aku duk sibuk bercinta asyik ponteng kelas, akhirnya kena repeat matrik. sayang kan? Nak bercinta tunggu masuk U dulu ehem. Nak lagi senang, jadilah forever alone. Eh ?
  • sabtu ahad boleh outing. hujung minggu boleh balik rumah, nak balik tetiap minggu pun boleh. Tapi kalau kolej ada aktiviti, takleh balik. Nak balik jugak, pepandai lah menyorok dalam kereta. hihi 
  • Takde buku rujukan pun takpe, aku tak guna langsung buku rujukan kahkah. Biasanya lecturer akan bagi notes. Kalau dia tak bagi, pepandai lah cari dari kuliah lain, atau boleh je beli reference book. Kat koperasi ada jual. Atau salin je notes dalam kuliah.Kat matrik takde buku teks macam kat skolah
  • Laptop tak digunakan sangat. Aku dulu tak bawak laptop pun pi matrik.Tapi siapa yang takleh hidup tanpa laptop boleh je bawak tapi kena ambil surat kebenaran dari Hep.Nak bawa tab, ipad ke apa-apalah pun boleh.Tapi kena pandai jaga.Banyak juga kes2 kecurian kat matrik ni tauu.
  • Handphone boleh bawak, nak main msj dengan pakwe dalam dewan kuliah pun boleh.Maklumlah, ada org boleh separuh mati kalau tak msj dengan pakwe dia
  • English paling banyak assignment haha. Ada presentation, research. Tapi bestlah, melatih kita untuk kat U nanti. Subjek lain, depends pada lecturer. Tapi biasanya takde, tutorial je banyak. subjek english pun takde pointer gak, just ada gred
  • Muet-ambil kat matrik. Advantage masuk matrik ni, kita akan practice muet time english class. Siap ada buku lagi, so takpayah nak pergi ambil kelas kat luar, kena bayar lak tu !
  • Pergi surau tak wajib. Tapi better pergi lah, atleast setiap malam jumaat. Jangan tak pergi langsung ! 
  • Kat matrik takde prep macam kat skolah. Malam bebas, nak study ke nak pergi library ke. atau nak tidur je pun bolehhh ! kalau ada discussion bolehlah buat kat bilik2 tutorial atau kat mana2 tempat yang selesa.
  • ada wifi. nak online dalam kuliah kalau bosan pun bolehh. Tapi fb, twitter boleh buka lepas pukul 5 ptg. Youtube diblock terus.
  • Tak boleh bawak kenderaan sendiri. Jalan je guna kaki, tak jauh sangat pun bilik tutorial-kuliah-bilik. Jalan kaki boleh juga bakar kalori haha
  • kalau kat kmm dulu wajib pakai kad matrik. ahh bencikkk kiteww.
  • setiap petang bolehlah pergi riadah yer. Aku tak pernah beriadah, petang tidur jee. typical me. ada gym, padang bola sepak dll . Gunakanlah sebaik-baiknya hihi
So nak masuk matrik ke takk ? HAHA. Fikirlah baik2 okayhh.
Kalau tanya aku semestinya aku jawab matrik paling terbaik hewhew.
especially KMM sebab dekat sangat ngan rumah. Eh ?

beberapa gambar di matrik,

Ohh kat matrik lelaki memang pupus tauu esp modul 3 hehe

Lab.

Main untuk hilangkan stress. Ini time study week ;)

My bilik. Buruk sikit kat kmm ni hehe.Maklumlah matrik pertama di malaysia.

study group di library. ahhh damnn ! miss this moment !

presentation

Main basikal bersama time koku




Banyak dah ni aku list kan. Itu saja untuk perkongsian.
Kalau ada apa-apa soalan, bolehlah tanya di ruangan komen/chatbox/pm saya di fb/twitter lolololollll. Inshaallah saya akan jawab apa yang saya tahu. Cuma untuk menolong, dulu aku nak masuk matrik macam2 bloggers aku tanya. Sebab ramai jugak juniors yang tanya, cuma aku takde masa nak buat entry macamni. 

Yang baik datang dari Allah, yang buruk itu datang dari Allah juga tapi disandarkan atas kelemahan diri saya sendiri. 
Bye !


91 comments:

  1. oo.. tapi saya punya sesi thun lepas yuran rm 250.. :) alaun rm250.. kalau kat matrik sy.. tie wajib pakai.. hehehe... xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh yuran dah lagi murah ke apa ? huhu lupa tapi bila tengok balik gambar, baru ingat, tie wajib pakai:)

      Delete
  2. SO.kene jimat2..beringat..hehehhee..

    ReplyDelete
  3. wahwahwahh . gila ahhh . baru pk nak text akak suh bebel sket pasal matrix neh . hehehe . btw , thanks ! AKAK , ogh share kat FB . mohon di share la eh . hihi .

    ReplyDelete
  4. thanx akak :]
    owg dapat matriks gambang , pahang . .
    hurm , nak tanye . .
    wifi tuhh kat semua kawasan or some kawasan je?
    btw , thanx again akak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat KMM dulu certain kawasan je mcm dewan kuliah dan kafe. kalau nasib baik, kat blok asrama pun ada je wifi. tapi certain blok je kott -,-
      kalau matrik pahang taktau lakk, depends pada matrik masing2 ah :D

      Delete
  5. Wooowww.....KMM.. banyak betol bagi tips..haha

    ReplyDelete
  6. mestilah, bangga dengan KMM lol

    ReplyDelete
  7. kak,roommate kat kmm ni blh pilih sendiri tak? atau pihak matrik dah tetapkan dan kita tak blh ubah? kita tahu siapa roommate kita masa bila ye? hee byk soalan ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. not sure lah kalau daftar sekali dengan member dapat bilik sama2 ke tak huhu. cuba lah try kalau nak sama bilik ngan member. dapat tahu roommate bila dah habis pendaftaran tu lah, bila dah masuk bilik.

      Delete
    2. thanks kak :)

      Delete
  8. kmm tu kolej matrik melaka?

    ReplyDelete
  9. Aslm..Akk kalau cuti umum khas ke wktu ble je ade??

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. not sure. kalau kmm ade gym, dapat matrik mana?check lah kat website matrik yg awk dpt tu ;)

      Delete
  11. Assalamualaikum..akak.kasut bertutup bagi perempuan tu betul ke tak kisah kale apa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. yup, tak kisah warna apa pun asalkan bertutup. Kalau di KMM lah. Matrik lain taktahu, tapi rasanya sama je semua matrik.

      Delete
  12. Kak saya pun dapat kmm jugak. Nak tanya harga makanan kat sana macam mana? Kalau nak outing blh pakai jeans tak? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, kmm best haha. Harga makanan okay laa, tak mahal pon. Kalau nak compare dekat U ni huhuu. Tapi taktahulah kalau dah naik harga sekarang :p Jeans tak boleh pakai tak silap :)

      Delete
    2. Laptop kena bawak ke kak? Sorry tanya byk solan teruja sgt

      Delete
    3. nak bawak boleh juga, tak bawak pon takpe. Laptop tak guna banyak sangat kat matrik. presentation pun pakai kertas mahjung je :D

      Delete
  13. kalau sy ni mmg jenis malas blajar caner??ok x care msuk tutorial je,,kuliah x masuk?ataupun msuk kuliah je xmsuk tutorial? T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau malas susahlah nak berjaya dik huhuu. Kecuali kalau awak dah memang genius :)
      Apa pun attendance diambil, kalau x cukup bpe % kehadiran yg ditetapkan awak tak boleh ambik final exam.
      Btw matrik setahun je. Cuba lah jadi rajin heheh

      Delete
  14. akak..saya mint jadi dr..mana sesuai ntuk saya.modul 1 or 3???

    ReplyDelete
  15. akak..saya mint jadi dr..mana sesuai ntuk saya.modul 1 or 3???

    ReplyDelete
    Replies
    1. modul 1 sebab ada org cakap, requirement ntok ambik course medic kena ada tiga2 subjek-fizik/bio/kimia..tapi ada member dulu satu kuliah modul 3 dpt ambik medic. hee. apa pun modul 1 is better :D btw goodluck

      Delete
  16. assalam..akak,sye dpt KMM..dpt blok A2..Blok ni cmne erk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm mne kita nk tau kita dpt blok mne??

      Delete
    2. sama je semua blok tu cuma berlainan kawasan jelah..kita dpt tahu duk blok mana time pendaftaran

      Delete
  17. Kak yg member akak dpat medik tu
    Sains mdul3 ker? Pointer dye bpe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, sains modul 3.
      Dia 4flat dikk hihi

      Delete
  18. Owh pastu dia smbug medik dkat mane? Dan kwan akak tu laki ker prempuan??

    ReplyDelete
  19. Kak, kawan akak tu dulu masa dpt sambung medic dekat unimas diorang tengok balik tak result spm untuk physics ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg akak tahu mmg dia akan tgk result spm tapi tak sure lah semua subjek atau ada certain subjek je

      Delete
  20. Sekarang menyedihkan, kmm dah tak boleh balik every week, balik hujung bulan je

    ReplyDelete
  21. Kak, saya dapat kmm. saya baca blog lain ada tulis nnt dpt baju kolej, baju kolej cemana? Baju kurung, kemeja or t-shirt? Wire extension boleh bawa tak? Saya baca blog lain tulis kat situ nnt ada 1 plug je, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baju kolej- tshirt je, time kitorang dulu dpt 2 tshirt. Kalau ada sukan ke/orientasi ke apa2 program kat kolej pakai tshirt tu lah.
      kat dalam bilik sorang satu plug je. kalau nak bawak wire extension, bawak je. Tapi kalau akak dulu cukup je sorang satu plug, nak charge hp je sebab akak tak guna laptop pun kat matrik. Utk iron baju, iron kat koridor. Pihak kolej sediakan iron. Tapi kena share lah ramai2

      Delete
  22. Akak sy dpt mtrik kelantan.. tp msih dlm dilemma lg nk msuk mtrik kew x.. semua nyew dlm stu kpla.. ipg lh.. u lh mtrik lh smua nyew nk.. tp ipg tu blum cmfirm lg dpt kew x.. sy nk g mtrik agk tkut sbb dk dgr kwn ckp mtrik nie suka buang org.. bg nsihat n sranan ckit.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm kan je matrik dulu..kalau dapat ipg/upu nanti bolehla fikir nak masuk matrik ke tak..Sebab matrik okay je, setahun je dah boleh ambik degree. huhu.

      Kalau belajar betul2, masuk kelas, buat tutorial, rajin inshaaAllah takkan kena buang matrik. Time batch akak dulu, utk science stream, rasanya tak sampai 5 org pon yang kena buang sebab pointer rendah. Tu pon taktau lah maybe diorang tak minat kot matrik. Ramai je yang boleh survive, so InshaaAllah awak boleh jugak :) Jangan dengar cakap2 org kalau awak tak try sendiri. Yang penting yakin dengan diri sendiri. Apa pun buatlah keputusan yang paling terbaik utk masa depan, Goodluck !

      Delete
  23. Salam kak, saya byk soalan nak tanya. Di kmm, klu outing boleh ke mana? Naik apa? Jauh tak? Masa bulan puasa, bazaar ada tak? Wifi sampai ke bilik tak? Laju ke? Lampu meja perlu bawa ke? Boleh ke klu saya nak beli barang online then post ke kmm? Barang kat koop lebih mahal atau lebih murah berbanding di luar? Boleh makan dalam bilik tak? Sorry klu menyusahkan akak nak jawab banyak banyak :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. -kalau outing biasanya kitorang naik teksi kalau nak ke stesen bas masjid tanah, dekat je 15 min dari kolej. Dari stesen bas bolehla naik bas nak ke bandar melaka ke mana2
      -wifi depends on tempat la. ada tmpt yg laju, ada yg slow. Nasib la kalau dapat bilik yang wifi slow hehe.
      -lampu meja sukahati la nak bawak atau tak.
      -boleh beli brg online, nanti cuba minta alamat pejabat kediaman dari felo asrama ke..
      -barang koop biasanya lebih mahal, tak sure lah sebab tak ingat pun harga. lagipun akak jarang beli brg kat koop.
      -Boleh makan dalam bilik dikk takde masalahh. haha.

      Delete
  24. my oh my, the information given is just wow. by the way, ada tak delivery delivery makanan hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. delivery dari siapa tuu. kalau parents hujung minggu boleh hantar makanan. Atau boleh je call pizza hut ke apa2 yang dekat2 masjid tanah tu hantar ke kolej bhaha.

      Delete
  25. salam kak.saya dapat kmm.saya cam kurang faham satu perkara ni.
    kite kena bukak akaun di bank rakyat or bank simpanan nasional untuk elaun bulanan?sbb baca kat laman rasmi kmm cakap bank rakyat,then baca kat panduan pendaftaran kpm cakap bsn..help me

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Rasanya awak ikut je kat panduan pendaftaran tu. kalau kitorang dulu pon bukak bsn je, takde pakai bank rakyat pun

      Delete
    2. Bank rakyat kena buka jugak ye dik, sorry for the late info

      Delete
  26. hanis nak tanya..
    apakah kerjaya bagi yg dapat modul 3 sains?
    boleh apply u dlm bidg ape?
    hihi

    ReplyDelete
  27. banyakkk sangat ! Kalau tak minat nak ambik sains lagi, boleh ambik bidang sains komputer (bidang ni pon sangat sangat luas, banyak lagi cabang2 dia awak search jela k).
    Dalam bidang sains pulak, semua bolehh. Bidang kimia, bio, matematik, dan banyak lagi lahh. Macam few of my classmates ada yang ambik maritim, I ambik foodtech hehe.
    Tapi rasanya bidang engineering tak boleh sebab perlukan fizik.

    Btw awak minat bidang apa? better sebelum daftar matrik ni dah ada target la nak sambung apa nanti. Kalau minat engineering contohnya, boleh la tukar ke modul 2. Kalau minat bidang2 sains makanan, sains math ke apa2 boleh je stick pada modul 3 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo. camtu.. thanks ea! tpi hanis xthu lagi dpt modul berapa.. hanis minat bidang sains yg berkaitan dgn biologi .. kimia.. fizik kurang skit. hihi

      Delete
    2. Kalau mcmtu modul 3 la paling sesuai. Goodluck :)

      Delete
  28. wah banyak yang tanya! tahun ni dapat elaun tak? ada kata takde, ada kata ada. sila jawab ye kak kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat laaa. sumber : http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-bm

      Delete
  29. Akk parents sy dah bercerai n sy tinggal dgn ayh sy.Sy xde ic ibu sy jd perlu ke sy kosongkan bhagian salinan ic ibu tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awk dah tak jumpa ibu awak lagi, sertakan sekali surat pengesahan bercerai

      Delete
  30. Akk sape yg bleh jd saksi dlm borang perjanjian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang terdekat yg boleh dipercayai. Cthnye utk akk, mak saudara jadi saksi

      Delete
  31. Salam,kalau ambil modul 3 boleh sambung dentistry tak masa degree? Sbb ada dengar modul 3 choices tak bnyk untuk sambung docterate punya course. Betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Maaf dik, tak sure. Cuba awak tengok syarat2 kelayakan untuk dentistry, tgk requirement subjek di matrikulasi.
      Tapi nasihat saya kalau awak minat dengan dentistry, nak selamat ambil modul 1, bio/fizik/kimia :)

      Delete
  32. Kalau modul 3 bleh ambik perubatan x untuk degree?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan saya ada sorang ambik medik from modul 3..Tapi tu tahun 2012 la, not sure kalau requirement for medic dah tukar skrg ni

      Delete
  33. kalau amik modul 3 boleh sambung degree in biotech tak?

    ReplyDelete
  34. Kalau kita ambil modul 2 untuk sains, boleh ke masa degree nanti saya nak ambil accounting? Sebab saya dalam dilemma lagi nak ambil apa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je, in fact students dari science stream lagi cerah peluang nk ambil course tu tapi kalau dah niat nk ambil acc time degree why not tukar terus ke acc time matrik? ��

      Delete
  35. kak, saya nak tanya.. setiap meja belaja, ade lampu belaja ke? abis klau pkol 12 malam da kene tutup lampuu, mcm mana nak study klau tak de lampu belaja hehe cuba akk share pengalaman >_< thank you kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada meja study kot. boleh je buka lampu sampai pagi pon. Yang kena tutup lampu kul 12 malam tu zaman sekolah haha.

      Delete
  36. salam kak, kalau mcm tkde basic acc tapi nak tukar dari sains ke acc akak rasa boleh tak survive? sebab saya mmg dah tak minat nak belajar bab2 sains ni. tapi, modul 2 akak rasa susah tak untuk pelajar pst?

    ReplyDelete
  37. Akak.. Sy nak tanya, betul ka pilihan yg sy buat.. Sy terima tawaran matrik tp sy lemah english? Sy confuse n takot nk pegi matrik sbb english.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. english tak masuk dlm pointer tapi penting for muet. Pergi mana2 pon kalau nak sambung degree kena ambil muet

      Delete
  38. Salam kak. Kat matriks kan, bagi perempuan, baju kurung kalau yg moden paras paha boleh ke? Yg takda cutting or ikut badan but paras paha?

    ReplyDelete
  39. akak, kalau sy amek modul 3 sains.. nnti boleh ke sy nk amek degree psikologi?

    ReplyDelete
  40. assalam kak, nnti sy nak amek degree psikologi. antara 3 modul sains tu, yg mana sesuai untuk sy? or any suggestions?

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum akak.. Saya dapat diploma in science kat uitm and matrik PDT aliran science... Which is better ek?

    ReplyDelete
  42. salam kak, akak rasa kalau dpt modul 3, boleh sambung pharmacy tak ?

    ReplyDelete
  43. kak, kt matriks wajib ke pakai tudung?

    ReplyDelete