Sunday, March 10, 2013

Impian yang sudah tertunai.

Assalamualaikum.

Actually sejak dari dulu kitorang teringin sangat nak rasa ICT/ikan celup tepung.
selalu dengar je kan org cakap pergi makan ICT.
Dekat sangat dengan uniSZA kedai tu, selalu lalu je tapi tak berkesempatan lagi nak pergi sampailah tamat sem 1. sobs ;( kesian.
Tapi akhirnya impian kami sudah tertunai, alhamdulillah ;)
haha ingatkan impian apa lah kan lewls.


sweet sweet with mummy.
''ibu, kitew beli cardigan baru hiksss''

Pukul 4.30 ptg keluar pergi Giant baru dulu.
Oyeahh, tahniah Giant berjaya buka lagi satu cawangan di Gong Badak.
Makin dekat lak tu dengan U kitorang. tapi kecil jelah. Tak best sgt pun.
Tak best pun terangkat kasut sepasang. haha.
Kasut banjir lah uolls, kasut getah. unisza ni selalu banjir. Kasut iolls mahal2 habis
rosak sebab basah kena air. so marilah pakai kasut yang berharga rm14.90 sahaja asalkan tahan lama. K . 


coolblog di Giant baru Gong Badak. datanglah beramai-ramai.


Makan ICT. Entahlah, bagi aku tak sedap mana pun. Atau aku dah terbiasa dgn sotong celup tepung kat kedai ikan bakar yg selalu aku makan tuh. Pastu bila tepung dia lain sikit, aku tak boleh terima. Mungkinlah. Serius sotong celup tepung yang ibu selalu buat lagi sedap harhar. 
Ikan celup tepung yang kemain teringin nak rasa tu pun tak sedap mana pun. Bagi aku lah.
 Lain org lain seleranyaa, kan ? 
Tapi sos agak sedap ah jugak. ye ke ? *raguragu*
Tapi alang2 dah sampai apa boleh buat kan. Makan jelah. 

Kitorang makan kat kedai sebelah airport kat tepi pantai tuh,
kedai Pok Long. Jumpa artis dan krew2 tv3 tau hahaha:D 
artis suam2 kuku. Market lah sikit kedai tu, artis pun datang situu uollss !
sebenarnya ada jomheboh kat terengganu minggu tu, tu pasal jumpa artis lols.

Actually nak tengok sunset. Bukan aku yg nak tengok sunset tuh,
org lain eh :P Tapi matahari pun macam malu2 nak keluar untuk hari tu, mendung je.
Nasib baik lah tak hujan. 
Pantai ni busuk gilaaa, jenjalan kejap je. Tak tahan bak hanggg

Sepatutnya nak lepak pulak kat kedai burger bakar Pok Wan, tapi kereta
sewa kena pulangkan sebelum pukul 8 malam.
So sebab nak sangat rasa keenakkan burger bakar yang org cakap enak sangat tuh,
beli bungkus jelah. Standard burger bakar RM6.50 .
Maka kami maghrib dan makan di unisza jelahh :D


makan kat unisza jew -.-

gimme more !

aku ni noob nak mampuih tau,
selama ni aku ingatkan burger bakar tu kan dia bakar dengan roti sekali. Tapi rupanya daging je yang dibakar. Dayah cakap kalau bakar roti sekali bukan burger bakar tapi burger hangus hahaha. yelahh.

Lepas makan, terus buat discussion english. Penat lahhai
tapi apa boleh buat. Assignment terlalu banyak.
Tu pun ada hati nak keluar berjimba kan ? Kasihanilah kami, bukan selalu keluar pun.
sekali sekala je sobs ;(

p/s - Terima kasih sahabat2 sayaaa. special credit to mr driver :D
Gambar takleh letak untuk mengelakkan kontroversi lollolol. ayat nak artis sangatt.
Thanks Allah for awesome peoples around me.
May Allah bless ;)

Impian saya : Nak drive sendiri, lagi bestt ! Tapi nak pergi kedai kat Lubok Cina pun aku takut,
apatah lagi jalan kat Terengganu nih =,=
Inshaallah satu hari nanti. Pasti ! HAHA. 

3 comments:

  1. alolo..jalan2 kat tepi pantai batu burukla dik..bru syahdu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak pergi Batu Burok huhu

      Delete
    2. boleh tak bagi nombor orang keta sewa....sy nak gi terangganu....ambil kat airport

      Delete