CLICK HERE

Sunday, June 12, 2016

Resepi ibu : Nasi Tomato simple !

Assalamualaikum.

Harini kite buat nasi tomato! Sebab ibu ngan ayah hantar aid ke rawang, and hantar liah ke usim. So aku kena hantar amal balik matrik, ibu suruhlah masak, lalu aku pon bercadang untuk goreng ayam bersalut tepung je, nanti kuah pepandai ko lah beli sendiri hahaha. Tapi dak lorat amal tu sebut nak nasi tomato pulak, amboi sangat kan. Ko tahu tak akak ko ni noob gila memasak ?

Haha tapi kesian kat dak amal takde bekal nanti. And memang ktorg tak pernah beli makanan bazaar ramadhan, not our style, kembang tekak ibu cakap kahkah. Ibu lebih suka masak sendiri, kalau time puasa our multitasker ibu akan buat banyak2 menu siap untuk makanan lepas terawih lagi. Hebatt, aku potong timun pon terkial kial kahkah, practice make perfect la. Tadi beli barang, lalu kat bazaar taktahu nak beli apa, dengan makanan kebanyakkannya terdedah. Haih rasa nak saman je peniaga2 yg tak mengamalkan food safety ni (ko sape nak saman org haha). Last2 beli murtabak sebab nampak dia buat depan mata, kalau kuih2 tu tak payah nak beli la, entah2 dah basi hahaha. Malangnya kuah murtabak tu dah basi ceh (rasa nak saman lagi). 
Sesiapa yang nak berniaga tu beringatlahh, amalkan lah food safety and quality (actually bukan sebarang orang boleh menjual!, kena pergi kursus pengendalian makanan blablabla) I ade sijil, I boleh jadi food handler kehkeh LOL. bahaya kot food poisoning! Boleh menyebabkan kematian, jangan ingat nak untung je. 

_______________________tamat bebelan, back to the main topic______________

Aku tulis resipi kat sini supaya senang aku buat rujukan di masa hadapan (cewah tak nahan di masa depan tu). Malas aih nak tulis2 kat kertas yang lepastu tah mana2 aku campak. Resipi ni ibu ajar pagi sebelum bertolak lepastu aku hafal lol, memang senang dan simple sangat untuk orang tak pandai masak haha! Nasi tomato ni senang sebab ade satu lauk je yg wajib, ayam masak merah. Pastu tambah acar timun je.

Nasi tomato
3 cawan beras
1 cawan susu cair
1 cawan sos tomato
3 cawan air
garam secukup rasa (agak2 je sesudu kecik)
Butter

Bahan tumis : ( ni ibu dah siapkan, tinggal nak tumis je)
3 ulas Bawang putih 
5 ulas bawang merah
halia
buah pelaga
bunga cengkih
kulit kayu manis
bunga lawang

1. Tumis bahan tumis di atas bersama butter hingga kuning dan naik bau.
2. Masak nasi macam biasa, beras + tambah bahan tumis, air 3 cawan, susu cair, sos tomato, garam.
Nasi tomato sesuci ramadhan. 
Kalau rajin hiasla dengan tomato ke, daun2 sup ke, salad ke. Aku malas.


Ayam masak merah
Ayam gaulkan dengan kunyit dan garam, lepastu goreng lerr.

Untuk buat sambal, ibu memang dah siap2 blend kan bahan tumis banyak2. Setiap kali nak masak ambik je dlm peti ais, takdelah setiap kali nak masak time tu lah baru nak potong bawang, kisar cili semua. Bahan tumis ni aku ambik je dari peti ais hikhik(halia/bawang putih/bawang besar/serai) begitu juga dengan cili kering dah siap kisar.

1. Tumiskan bahan yang dikisar sampai garing dan harum
2. Masukkan secawan air asam jawa, gula dan garam secukupnya. Disaster gila main agak2 jelahh bulan puasa ni kan.
3. Gaul bersama ayam


Ayam masak merah purnama merindu.
Kalau ada kacang pis kan sedapp.

Siap untuk dibekalkan kepada amal dan ade sorang kawan dia. Dan jugak lauk untuk berbuka harinii, syahdu gila berbuka bertiga je ( ibu, ayah, aku ) takde org kat rumah . Nak buat air pon rasa malas, minum air kotak je hahaha.

Ni resipi paling mudahlah untuk beginner kihkih. Ada banyak je resipi lain kat internet, tapi kat sini resipi dan cara ibu masak. Tu barulah namanya resipi turun temurun hahaha. Time aku skolah dulu, ibu selalu bekalkan nasi tomato, pastu bebudak dorm cakap nasi tomato ibu sedap. Time jamuan akhir tahun dorm, diorang siap request nak nasi tomato hikhik. 
Tapi yg aku buat takdelah dpt rasa sebijik mcm ibu buat, baru first try kennnn.
Tapi nasi jadi mcm kurang masak huwaaa sebab periuk nasi tu kena tekan 2 kali cook rupanya kalau buat nasi tomato kalau tak dah perfect daa haha. Tapi dak amal cakap okay je, hah okay lah kan.
Dulu ibu rajin jugak tulis blog bila dapur berasap keke tapi skrg dah takde, sementara aku banyak masa lapang ni, let me update kekeke.

Nasi tomato, checked !



No comments:

Post a Comment