Friday, June 3, 2016

Perkara yang anda perlu tahu tentang Teknologi Makanan, UniSZA

Hello and assalamualaikum.

This is my honest opinions after finished my 4 years degree in Food Technology, UniSZA. This entry might be useful for those yang masih terfikir-fikir nak sambung course apa nanti and wondering macam mana agaknya foodtech course ni, dahlah kat UniSZA pulak tu, hahh gitu. Diharapkan korang yang terbaca entry ini akan ubah segera fikiran untuk memberi peluang kepada Foodtech Unisza haha. Konfem tak menyesal, InshaaAllah. Yang mana tak minat pon boleh jadi minat tau. Ko jangan include aku, sebab first choice aku memang Unisza pon utk choice selain RU no wonder lah di sini tempat aku hahaha.

This is follow up entry, untuk sesiapa yang terbaca entry ini, kindly please leave me a comment/email me for any missing or wrong informations here, I will do the editing immediately. This is the least thing I can do to promote Foodtech course and UniSZA, I apologize in advance :) Promote memang promote, tapi aku tak menipu tau, kalau aku cakap best tu, best lah ! Apa2 info yang aku bagi memang betul2 jujur berdasarkan apa yang aku rasa dan lalui sepanjang 4 tahun as a foodtech student in UniSZA hahh kannn. 

1. Teknologi Makanan di UniSZA adalah untuk pengajian sarjana muda sahaja. So applicants yang berminat dengan kursus ini mestilah daripada kalangan lepasan matrikulasi/asasi/diploma/stpm yang layak.

2. Syarat kelayakan (sumber dari website UniSZA).

Calon stpm
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C+ pada peringkat STPM dalam mata pelajaran berikut: Biology / Chemistry / Physic / Mathematics (M) / Mathematics (T) 
  •  Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:  Bahasa Inggeris / Biology / Chemistry / Physics / Mathematics / Additional Mathematics 
  • Mendapat mana-mana SATU(1) Gred C mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran diatas 
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (BAND 2) dalam MUET 
  • Tiada kecacatan anggota serta pertuturan dan buta warna
Calon Matrikulasi/Asasi
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 
  • Mendapat sekurang- kurangnya Gred C+ dalam mata pelajaran berikut: 
  • Biology / Chemistry / Mathematics / Physics 
  • Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut:
  • Bahasa Inggeris / Biology / Chemistry / Physics / Mathematics / Additional Mathematics 
  • Mendapat mana-mana SATU(1) Gred C mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran diatas 
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (BAND 2) dalam MUET 
  • Tiada kecacatan anggota serta pertuturan dan buta warna
Calon diploma sains/diploma yang berkaitan

  • Mendapat sekurang- kurangnya PNGK 3.50 
  • Mendapat sekurang- kurangnya Gred C pada peringkat SPM dalam mata pelajaran berikut: Bahasa Inggeris / Biology / Chemistry / Mathematics / Physics / Additional Mathematics 
  • Mendapat mana-mana SATU(1) Gred C mata pelajaran lain tidak termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran diatas 
  • Mendapat sekurang- kurangnya Tahap 2 (BAND 2) dalam MUET 
  • Tiada kecacatan anggota serta pertuturan dan buta warna

Suka saya ingatkan, syarat kelayakan di atas ialah syarat2 MINIMUM. From my experience, all of my classmates semuanya pointer 3.0 above dan minimum band 3 muet. Tapi kalau anda memenuhi syarat2 minimum, apa salahnya mencuba ;)



3. Foodtech unisza terletak di UniSZA Kampus Tembila, Besut, Terengganu. Read about Besut Campus here : UniSZA kampus Tembila. Tapi dah ada beberapa pembaharuan, any question can ask me below.


4. Course ini adalah di bawah Fakulti Biosumber dan Industri Makanan (FBIM). Nama fakulti ni selalu bertukar-tukar, sepanjang 4 tahun ni dah 3 kali tukar, FBIM ni adalah yang latest (2016). Foodtech have our own jabatan atau kita panggil school- School of Food science.


5. Applicants berjantina lelaki are encouraged to apply ! haha. Sebab kos ini kekurangan lelaki, recent batch ada sorang je lelaki OMG. Yang lelaki tu janganlah fikir foodtech ni masak2, tanggapan itu adalah salah sama sekali. Dari korang dok berebut ke engineering tu, baik masuk foodtech. Foodtech is engineering too, food engineering. Bukan masak-masak tauu ! Masak2 tu kos like kulinari dan yg berkaitan, bukan sini tempatnya haha. Time aku praktikal dulu, my boss cakap dia kalau boleh nak pekerja lelaki tapi nak buat mcm mana, kebanyakkan foodtech students 90% adalah perempuan. So aku boleh cakap kalau korang lelaki,  peluang kerja tu sgt cerah dahlah kerja industri ni berat2, terpaksa pula perempuan yang buat semua kerja. Tapi yang lelaki tu janganlah pula lembik dari perempuan yer, hahahaha.

6. Total semester ada 8 semester bersamaan 4 tahun pengajian, 7 semester pembelajaran teori, 1 semester latihan industri (semester 6). Credit graduation requirement  is 120 credit hours. Korang boleh baca my 24 weeks  internship experience here : Internship. So korang bolehlah dapat gambaran sikit2 apa yang aku buat during practical haritu, tapi lain2 tempat lain2 lah juga pengalaman dan cabarannya. Untuk subjek apa yang aku ambik, korang boleh tengok : sem 1sem 2sem 3/sem 4 sem 5 / sem 7 / sem 8.

7. Tentang makmal2 dan infrastruktur di UniSZA, banyak jugak alat2 yang canggih, walaupun kita uni baru, equipments yang ade takdelahh kite pakai zaman tok kaduk punya teknologi. Ada banyak lab yang berkaitan, semua lab luas2 tau. Antara lab yang ada ialah Microbiology lab, Microscopy lab, Organic Chemisty lab, Biochemistry lab, Bakery lab, drying lab, Muscle lab etc. Banyak lagiii tak larat I nak list kan. Actually aku cari jugak unisza infrastuctures tapi tak jumpa, nanti dah jumpa aku bagi sini. Tapi setakat ni alat semua ada, especially kalau korang nak buat research project nanti. Aku cakap ADA, tapi tak semestinya cukup hahahah. Ni aku nak jujur kat sini, few equipments ada yang tak cukup so korang kena take turn contohnya take turn untuk guna dryer atau oven, tapi tu semua tak jadi masalah lah. Kicik punya hal, itu hal kita boleh settle, semua lu punya senior graduate sudah. Alatan2 canggih semua ada youu, HPLC, FTIR, Texture analyzer, DSC etc. Alat ape tu kakk. Hahh tu yang ko kena masuk foodtech unisza. lol. Batch terbaru lagi untung sebab aku tengok haritu ada banyak equipments baru masuk, dan yg terbaru dengar kata sensory lab akan dibuka, canggih gitu. Untung ekau.

8. Students tak ramai yeaaaaa. Satu batch setakat ni paling ramai dalam 40 org camtu kot. Bagi aku lagi best la students tak ramai dari ramai-ramai. Korang nak buat program apa pun senang. Korang nak diskus pon senang. Lecturers semua kenal korang. Tak pening kepala. Kurang orang kurang masalah, tak gitu ke.

9. Sepanjang 4 tahun pembelajran ni, korang akan didedahkan dengan dunia industri makanan yang sebenar, selain latihan industri. Contohnya melalui lawatan2, macam ktorg ke LKIM, Dunkin Donuts, MPOB. Depends la pada rezeki batch korang tu haha, dan depends jugak pada lecturer nanti nak bawak korang ke mana, ada junior ke pertima, dan kilang2 lain. Best kann. Tolonglah rasa best, jangan bagi aku best sorang2.

10. Peluang pekerjaan ? Ya ampun banyak sangat. Few of my friends ada yang dah kerja pon, kitorang baru je habis study haritu. Aku belum kerja lah sebab aku memang tak apply lagi kerja, aku ada plan lain bulan 8 ni :P Tapi bolehla aku nak bagi sikit2 contoh peluang pekerjaan.
Pekerjaan paling popular adalah QA/QC. Setiap kilang2 makanan sangat memerlukan QA/QC. Mereka ni lah yang akan mengawal proses dari penerimaan bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, sampailah ke tangan pengguna untuk memastikan makanan yang sampai kepada pengguna ni adalah bersih dan selamat. Gigih pula aku tulis dalam bahasa melayu, biasanya belajar dalam english haha.

Halal officer/exec. Mereka ni diperlukan contohnya di JAKIM utk audit kilang2 makanan contohnya, dan kalau di kilang makanan pon ada jugak halal exec ni (kalau company besar yang ada halal certificate, contohnya tempat aku intern, mamee).

R&D officer/exec. Ni pulak korg akan terlibat dengan kajian dan penyelidikan untuk produk2 makanan, contohnya kajian terhadap makanan baru/idea baru. Kitorang belajar marketing haritu, dikatakan bahawa sesuatu bisnes perlukan idea baru setiap beberapa bulan untuk memastikan pengguna tak bosan dengan sesuatu produk itu. Contohnya bulan 1 memperkenalkann minuman coklat. Bulan 3 minuman coklat hi fibre. Bulan 5 pulak minuman coklat kurang manis. Bulan 7 lemak berkrim pulak, hah dah kurang manis nak berlemak pulak hahh Sukahati ko lah kompeni diorang kan. Tapi setiap nilai tambah/add value tu, perlunya seorang food technologist macam aku takleh sesuka hati ko je haipp!

Usahawan. Kalau minat business, boleh bukak kilang sendiri. Semua ilmu korang dah ada, sampai bila nak kerja ngan orang kan haha. Sebab selain ilmu2 foods, kitorang jugak belajar account, marketing, entrepreneurship dan engineering. Walaupun ada antaranya kitorang belajar yang asas je, its okay lah, at least kita tahu dari langsung tak tahu apa2!

..dan banyak lagi lah. Penat lak aku nak taip. Kalau kerja di government contohnya pegawai sains di universiti, majlis perbandaran bahagian perlesenan gerai, pensyarah, science officer di jabatan kimia dan baaanyak lagi tak tersebut rasanya.

InshaaAllah peluang dan rezeki sentiasa ada. Yang penting ikut pengalaman aku intern dulu kan, kena tahan lasak sebab kerja di industri ni memang banyak cabarann. Kena tahan sikitlah. Dan berdasarkan pemerhatian aku sepanjang aku intern dulu, org sentiasa keluar masuk, 6 bulan aku intern, rasanya 10 kali jugak exec bertukar hahha. sampai aku terfikir eh senang ke dapat kerja zaman sekarang ni ? Dengarnya susah, tapi they quit their job like "ahh penatnya harini. Boss I nak berhenti" and quit just like that. Omooo. Tapi lecturers selalu pesan jangan sikit2 nak berhenti kerja. Asyik2 tukar kerja. haha, InshaaAllah doakan kami kuat !

Dan jujurnya korang tak payah risau pasal eh ade kerja ke takde kerja ambik foodtech ni? Selagi adanya manusia atas muka bumi ini, makanan sentiasa diperlukan. Selagi itulah food technologist diperlukan. Betul tak betul tak. Contoh yg lain ialah, katakanlah ada kes keracunan makanan dan mangsa mengambil keputusan untuk saman pengilang makanan tersebut. Bila mangsa hired lawyer, that lawyer need us untuk memberi nasihat tau dakk. Lawyer tu berhujah berdasarkan bukti2 yang food technologist berikan. Contoh bukti, hasil ujian makmal menunjukkan adanya e.coli dalam makanan yang menyebabkan keracunan. Berdasarkan undang2 makanan, mereka boleh didenda sebanyak blablabla. Ni sebabnya kita belajar juga food forensic and food law. Interesting, isnt?

That's all. 

Terharu bila ada orang cakap dia jadi minat gila dekat foodtech sebab baca blog aku, thank you so much ! Sebenarnya saya ni orang tengah je, yang membuatkan awak minat tu ialah Allah yang menggerakkan hati awak ;D

Any question can ask me below! Sebab aku tak tahu apa yang orang nak tahu. Dan sy prefer kalau awak komen kat sini, at least org lain pon boleh baca dan secara tak langsung kita berkongsi. Tapi untuk yang shy shy cat nak email pon takde masalah !

p/s,
Haritu ada baca dalam surat khabar, unisza adalah salah satu universiti yang terlibat dengan program yang berkonsepkan 2 tahun latihan industri, 2 tahun lagi pembelajaran dalam kelas. Im not sure with that, so anyone yang ada update terbaru boleh comment di bawah ye, Tq!

42 comments:

  1. nice post. selamat bergraduasi :D

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum kak, alhamdulillah banyak maklumat yg saya dapat from blog akak ni.. saya dapat tawaran foodtech kat sini jugak.. Nak tanya, kalau naik flight better turun KB ke K. Trrganu? saya dari Johor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm tahniah. Better turun KB kot kalau foodtech sbb kampus kat besut. Tapi kalau kat k.tganu pon tak jauh sgtt.

      Delete
  3. Saya dpt kos foodtech utk nk smbung degree ni. Tpi bila baca akak ada mention psl kena bljr account,engineering..sy jd xkonfiden sbb sblum ni xprnh pun bljr accounting dn sy xminat fizik. Risau pulak dibuatnya..
    Btw,kos ni lbih kurang sama ke ek dgn dietetik /sains pemakanan?

    ReplyDelete
  4. Tahniah dpt foodtech! Akak pon tak penah blaja account. Haha tapi jgn risau, satu sem je blaja account. Tu pon yg basic je. InshaaAllah boleh. Akak pon tak suka fizik hahahaha tp terpaksa la blaja engineering tu. Awk cuba la sedaya upaya kk minat fizik hehe. Sbb penting jugak utk foodtech blaja engine kan cth utk design machine.
    Foodtech lain dari dietetik n sains pemakanan. Foodtech lebih kpd machine, technology, kualiti n keselamatan makanan etc

    ReplyDelete
  5. Ohh hmm sy aslnya nk dietetik tp yela..xde rezeki. Rezeki dpt kos yg ni.Saya jd minat la jugak nk bljr kos mi lepas baca akak punya blog ni tp saya xyakin yg sy boleh bawak fizik nnti..Mcm mana yer.. :(
    Btw kak,gaji paling rendah dn paling mahal bila dh kerja nnti berapa ya utk lepasan foodtech ni? Sy trtanya2 sgy yg ni..yela sbb zmn skrg duit sgt penting. Hehehhe

    ReplyDelete
  6. Ohh hmm sy aslnya nk dietetik tp yela..xde rezeki. Rezeki dpt kos yg ni.Saya jd minat la jugak nk bljr kos mi lepas baca akak punya blog ni tp saya xyakin yg sy boleh bawak fizik nnti..Mcm mana yer.. :(
    Btw kak,gaji paling rendah dn paling mahal bila dh kerja nnti berapa ya utk lepasan foodtech ni? Sy trtanya2 sgy yg ni..yela sbb zmn skrg duit sgt penting. Hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak dulu ponn nak dietetik haha. Tp rezeki ke foodtech alhamdulillah okay je, Allah knows best kann. InshaaAllah boleh nyee fizik tu jangan risau. Sebab semua ada kaitan dengan foods kalau awak minatt inshaaAllah boleh bawak kk.
      Gaji? Haha. Biasanya fresh graduates ni sama je dikk gaji semua. Starting 1.8k-2k paling rendah utk degree(kebiasaannya) tp depends jugak kalau comp kecik tu tak dpt lah gaji tinggi2 haha. Akak tak mintak kerja lagi so nak cakap diri sendiri nye tak bolehla kan haha. Yg penting jgn memilih kerja (peringatan utk diri sendiri jugak) haha. K goodluck!

      Delete
  7. Okeyy thanks for the advices, kak !:D Btw sy dgree kt unisza jugak nnti. Hehe akak pon gudluck !

    ReplyDelete
  8. Okeyy thanks for the advices, kak !:D Btw sy dgree kt unisza jugak nnti. Hehe akak pon gudluck !

    ReplyDelete
  9. Ohh hmm sy aslnya nk dietetik tp yela..xde rezeki. Rezeki dpt kos yg ni.Saya jd minat la jugak nk bljr kos mi lepas baca akak punya blog ni tp saya xyakin yg sy boleh bawak fizik nnti..Mcm mana yer.. :(
    Btw kak,gaji paling rendah dn paling mahal bila dh kerja nnti berapa ya utk lepasan foodtech ni? Sy trtanya2 sgy yg ni..yela sbb zmn skrg duit sgt penting. Hehehhe

    ReplyDelete
  10. Kak.klu lepasan matrik.tp modul 2.xamik bio.lepas x syarat dye tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup lepas syarat. sorry for super late reply !

      Delete
  11. Assalamualaikum kak . Boleh tak terang sikit ttg yuran utk course ni di unisza .

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak . Boleh tak terang sikit ttg yuran utk course ni di unisza .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Alamakk tak ingatla yuran berapa sebab akak pinjam ptptn. And dah siap tolak yuran selalunya. Dalam 1k tak silap.Yuran asrama dlm 400 lebih

      Delete
  13. Salam kak nak tanya, let say saya dari diploma food tech dpt smbung degree food tech dkt unisza boleh transfer kredit x? Then if klau dpt transfer kredit tahun tu dpt dipendekkan ke atau still sama 4 tahun?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm ya boleh transfer kredit. Tp kalau ikut pengalaman, nak tunggu grad tu sama je 4 tahun. sbb ada few subjects yg hanya dibuka time tertentu je. Cuma kalau transfer kredit, ada few semesters yg awk akn masuk kelas senior, and ada few sem yg awk rilek2 sikit

      Delete
  14. Nakk tnya,akk yng qualification for spm tu at least menng kene dapat c eh dalm subject biology, chemistry,physic,addmath ke salah satu je?

    ReplyDelete
  15. Akak, kalau spm addmath saya D tapi 3 subjek lain tu dpt c+ keatas dan time matriks saya amek modul 3 boleh ke lepas?

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abaikan opinion orang sebab awak yg nak belajar. Kalau minat apa salahnya kan hehe. Tapi honestly you 4flat can get better, kalau dietetik pun ok jugak. Ala ala doktor + foodtech hahahh😂

      Delete
  17. Akak.saya nak tanya, course food technology ni, belajar biology yang mendalam atau basic? Dia lebih keraha chemistry and physics or biology?

    ReplyDelete
  18. kak saya nak tanya kak kata bidang ni tough sampai ada yg quit jadi soalan saya:
    1. mcm mna 'tough ' yg dimaksudkan
    2. adakah bidang kerja hanya di kilang atau ada di premis kerajaan?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tough tu depends pada diri masing2 lah, belajar semuanya susah kalau tak minat betul tak hehee. InshaaAllah ramai je yg survive, yg quit tu hanya 1% je haha

      Yup ada peluang kerja kerajaan! Pegawai teknologi makananan, can search more ya. Apply through spa mcm biasa

      Delete
  19. Assalamualaikum, kak dh kerja apa ya sekarang? Ok ke salary sbg graduation food tech dgn ekonomi sekrang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. After graduated i join Burger king management trainee. So ada training sebulan terus jadi assistant manager BK. Kebanyakan fast food macam kfc dominos mcdonalds etc ada program untuk fresh grad macamni, basic around 2k++.
      Tapi sekarang i dah tak stay dalam bidang dah, i kerja retail. Kalau nak cakap pasal gaji bagi i biasa2 je, sebab gaji jugak i resign, sebab dapat offer lain yg lagi tinggi walaupun lain bidang. Goodluck!

      Delete
  20. As salam dik nak tya...klu pointer 3.20 bole ke mohon utk degree foodtech di unisza...tq

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, saya nak tanya, adakah kos ijazah sarjana muda pembangunan makanan halal ni ialah teknologi makanan yaa atau sebenarnya berbeza yaa??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm course tu di mana ya, unisza atau di uni lain😅
      Itu bukan teknologi makanan, tapi ada kaitan juga lah. Dalam teknologi makanan pun ada belajar tentang halal juga

      Delete
  22. kak nak tanya kalau dapat gred yang rendah daripada c untuk salah satu subjek yang spm tu kan , okay lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. requirement yang ada di website tu adalah minimum requirement

      Delete
    2. Asslam nak tanya kos ni ada belajar math ke

      Delete
  23. Assalamualaikum.. Nak tanya.. Kat unisza tu blh tak buat collaboration
    utk dgn org luar utk buat product makanan or healthy food. Tq

    ReplyDelete
  24. Aslm akak, saya lepasan matrik, tpi x ambil fiz, boleh mohon ke

    ReplyDelete
  25. Salam akak mcm mane nak contact akak ye ? Sy ada byk bnda nk tanya psl kos ni 😩 boleh email sy tak aqilahnur942@gmail.com

    ReplyDelete
  26. akakkk, kalau time kat matrik tak amik physics boleh ke apply, tapi time spm amik physics and dapat A jugak

    ReplyDelete
  27. Slm ...blh bg tau x apa beza kos enginering food proses dgn kos food tech

    ReplyDelete
  28. Assalam..kak, nak tnye...klau nk masuk course ni mmg wajib ade fizik, kimia and bio ke?🥲

    ReplyDelete