CLICK HERE

Tuesday, June 7, 2016

2 Ramadhan : Amal daftar @ KMM


My annoying sister, Amal daftar di Matrik Melaka harini. Seriously la dak amal memang suka buat aku annoyed with her haha. Kesian daftar bulan puasa, tapi ada untung jugak sebab mesti orientasi takde lah kena beriadah ke apa. The best part is diorg dapat shawl siap inner neck utk orientasi bhahaha. Ktorg dulu dpt tudung indon kot. Nampak tak perubahan zaman tuu, they assumed that semua org pandai pakai shawl. It was like "semua kena pakai shawl. Ni 2016 beb takkan shawl pon tak reti pakai". 

Hmmm dekat je pun matrik ni, 15 minit dari rumah. Ayah cakap golek2 pon dah boleh sampai  (ni kategori lawak ke ape sebab taktahu nak gelak ke nak ape haha).


I miss KMM so much ! Bila tengok bilik2 kelas dulu (lupa dah panggil apa bangunan tu, bangunan akademik ke ape tah), terbayang balik pulak moments KMM dulu. Tengok bilik dak amal, terbayang balik pulak tempat aku study dulu. Untuk bebudak matrik, nikmatilah suasana belajar yang selesa, sebab bilik memang luas! Dengan meja luas, serba serbi selesa. Nanti korang dah masuk U, berhimpit-himpit la kat asrama nanti ikut pengalaman aku la tengok hostel UMT dan USIM haha. U lain aku taktau, tp kebanyakkan U memang camtulah style satu bilik 4 org (kecuali Unisza, hostel unisza memang selesa dan luas, satu bilik 2 org privacy gila, ni aku tak nafikan kelebihan Unisza hahahaha). 



Rasa nak study matrik balik pulakk hehehe. Zaman matrik zaman paling singkat dan best. Kejapp sangatt dan happeningg sangat bagi aku. Takde masalah apa nak fikir, fikir belajar je tetiba tup tup dah habis. Aku rasa memang takde masalah langsung laa, dahlah aku balik tetiap minggu, weekdays pulak busy dengan kelas bhahaha.



Yang terbaru, aku dengar kat radio tadi, kementerian pendidikan akan menganugerahkan sijil matrikulasi mulai tahun ni, so lepasan matrik boleh mintak kerja guna sijil matrik! Atau pendek kata nya, sijil matrik ni laku lah mulai tahun ini. Sepatutnya lama dah ekau buat macamtuu, matrik ni bebudak belajar pulun habis habisan end up sijil matrik ktorg tak laku pon. 
Tapi bagi aku ada buruknya jugak, buat bebudak yang taknak sambung belajar lagi, diorang kerja terus guna sijil matrik. Padahal rugi kot kalau tak sambung degree ! Lagi2 zaman sekarang ni, org berlumba-lumba nak belajar sampai master phd, berlambakk. Kalau sijil matrik tak laku, at least diorang akan berusaha keras untuk dptkan pointer tinggi seterusnya ambik course yang bagus2 untuk degree, itu lebih terjamin masa depan la.

Tak gituu kee?


For Amal, belajar rajin2. InshaaAllah, you can do it ! Aku yakin kau boleh dapat atleast pointer 3.7 ke 3.8 ke, lagi bagus 4flat sebab matrik ni memang senang ! Senang kalau rajin, tu je yang aku boleh cakap. Dalam masa setahun ni, just fokus pada study je, InshaaAllah bolehh berjaya. Kekadang aku menyampah dengan org cakap matrik susah takut kena tendang. Ahh ko tak belajar memanglaa kena tendang. Cuba ko rajin belajar takde maknanya kena tendang. Orang malas memang suka carik alasan. Ko malas tu cakap malas, senang cerita jangan nak alasan sangat wkwkwk. 

Birthday budak lorat Amal, last 1 June. Ni lah contoh dia mengannoyedkan aku dengan paksa aku beli kek dia. Nak secret recipe lak tuu, sampai Cheng ktorg cari kek. WARUNG KEK MASJID TANAH KAN ADA. hahahahahhaha. (inside joke aku dengan amal).


p/s :
Aku rasa menyesal sikit sebab tak belajar bersungguh lagi kat matrik, boleh dpt 4flat puas hati sikit kekekeh. 

No comments:

Post a Comment