CLICK HERE

Tuesday, June 14, 2016

Resepi ibu : Nasi ayam

Assalamualaikum.

Haritu ibu ajar buat nasi ayam pulak. haha,

Sos
blender beberapa ulas bawang putih, cili merah, air, garam dan gula secukupnya, serta sedikit sos cili dan sos tomato. Adjust la sampai nampak mcm pekat sikit, cair sangat tak cantikk.

Ayam
1. Rebus ayam bersama sedikit halia. Air rebusan ayam tu simpan.
2. Perap ayam selama 2-3 jam bersama kicap, gula/madu, kunyit, garam, spice(ape tah nama dia, rempah mende tah lol). Kalau perap lama sikit baru sedap.
3. Bakar ayam selama lebih kurang 50 minit . separuh masa tu terbalikkan ayam. Kena tengok2 jugaklah ni.
Untuk kicap, lepas dibakar nanti akan ada kuah kicap, so makan yg tu jee.

Sup
1. Panaskan minyak lebih kurang 2 sudu dalam periuk. 
2. Masukkan bahan tumis berserta bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih dan (semua yg terdapat dalam sup bunjut tu haha). Bila dah naik bau, masukkan ayam yg dipotong kecik2. Then masukkan lada hitam. 
3. Masukkan air. Masukkan sup bunjut adabi. Garam sikit. Last skali masukkan kentang. 
4. Nanti hiaskan dengan daun sup.

Nasi
1. Tumiskan bawang putih/bawang merah/halia/buah pelaga/bunga cengkih/kulit kayu manis/bunga lawang bersama butter sampai kuning dan naik bau.
2. Masak nasi macam biasa, guna air rebusan ayam tadi. Masukkan bahan tumis bersama butter tadi dan daun pandan ke dalam periuk. dan sedikit garam.

Kalau ada susu cair, tambah sikit, takde susu cair pon takpe.
Kalau nak kaler, tambah serbuk kunyit sesudu dua.

Ayam sepi. Gamba nasi tak snap.
Ni masakan sihat sebab ayam ni tak goreng pon haha. 

Nothing beats mom's cooking !

Happy Ramadhan !

No comments:

Post a Comment