CLICK HERE

Tuesday, April 26, 2016

Maggi Ketam @ Besut

Assalamualaikum. 

Sebelum ni aku pernah update tentang maggi ketam kitorang makan kat Kuala Besut, memang sumpah tak sedap. Actually masa tu bukan maggi ketam, kitorang makan maggi sotong sebab ketam habis LOL. Tapi sotong dahlah tahhape hape rasa plastik liat lepastu maggi rasa apa taktau baik buat sendiri. 

Actually aku rasa maggi ketam ni popular kat Kelantan. Kalau pergi jalan2 kat sekitar Pantai Cahaya Bulan tu memang berderet deret lah gerai maggi ketam. So disebabkan kami teringin nak rasa macam mana agaknya rasa maggi ketam tu, kitorang ke salah satu gerai di Besut (bukan tempat dulu tu!).

Menu yang ada kat sini katanya adalah maggi ketam dan maggi telur sotong saja. Mula2 sampai takde orang, time kitorang nak balik ramai gila orang. Yang paling win tetiba satu bas berhenti ramai sangatt orang. Nasib lah dah habis makan masa tu. 

Maggi Ketam.
Besar gila ketam ! Ni baru lah betul2 ketam katekoo. Harga ikut berat ketam tu, kalau kat menu tulis RM13 tapi kitorang punya lebih kurang RM15 camtu. Ahh berat pulak ko ni ketam. Siap bagi pengepit lagi tu, ada meja tu kitorang nampak siap pakai macam pengetuk ke ape tah. Amboi sangat.

Maggi telur sotong. RM10.

Bolehlaa tahan rasa dia, especially for crab lovers lol. Aku ni nak merasa je, padahal tak pandai makan pon ! Seriously i cant really eat the ketam because rasa macam ade geli geleman sikit kat kaki dia dengan isi2 dalaman tu wkwkwk.
So kesimpulannya aku saje nak merasa dan saje nak membazir LOL. Kalau ibu baca ni mesti ibu pelik dah kenapa aku nak makan ketam, sejak bila suka ketam jemah oi.
Nak order maggi telur sotong lagi aku takut sebenarnya. Sotong pon aku makan yang goreng celup tepung je inikan pula telurnya kahh.

Tapi lawak juga lah sebab tak pandai makan, pastu budak2 ni ajar gigit kaki lah, ape lah. Sekali aku gigit bunyi berderap satu kedai dengar haha! Akhirnya aku give up dan menikmati maggi jelah.

Worth the money kalau anda adalah penggemar ketam! Kalau species2 macam aku ni, boleh balik rumah rebus maggi sendiri.

Bye!



No comments:

Post a Comment