CLICK HERE

Saturday, March 19, 2016

Farewell, Nunun !

Assalamualaikum.
Goodbye and farewell to my younger sister, Nunun !
Nunun ke Tokyo, Japan to further her degree in Mechanical Engineering.
Heh kena kerja cepat, kumpul duit dan melancong ke Jepun sementara Nunun ade kat sana heee next tripp. 

Selingan *just sharing *.
Buat adik2 lepasan SPM yang berminat ke Japan dan dapat straight A's bolehla try mohon, InshaaAllah ada rezeki. Yang aku tahu serba sedikit, Nunun ambil program 
Japanese Associate Degree ataupun dikenali dengan JAD , iaitu program yang ditaja oleh YPM (Yayasan Pelajaran Mara).Program ni berteraskan 3 tahun di Malaysia dan 2 tahun di jepun. Semasa 3 tahun di malaysia, korg akan diajar segala basic mengenai bahasa jepun dan diakhir tahun ketiga nanti korg akan dianugerahkan segulung diploma dari universiti di Malaysia. Dan selepas itu korg perlu menyambung lagi 2 tahun pengajian di universiti di jepun bagi mendapatkan segulung ijazah.
Korang kena betul2 berminat lah sebab memang korang akan belajar full in japan, termasuk tulisan sekali. Aku tengok nunun buat lab report in japanese LOL. Dan ada jugak member2 dia yang dismissed (tak dapat fly) sebab failed. Biasanya kalau program tajaan ni, bila korang failed memang kena bayar balik lah jawab eah. So tanya lah diri sendiri betul2 berminat ke dalam bidang engineering, esok2 jangan menyesal tak sudah pulak nak balik kampung semula, kesian mak ayah wkwkwk.
For more info, korang boleh la try search sendiri. Atau pergi ke website MARA teruih. Buatlah keputusan yang paling terbaik dan bijak demi masa depan yang lebih cerah, gemilang dan terbilang.
Hahh gitu kan.
(Tapi aku taktahu lah 2016 ni macam mana. Sebab banyak jugak biasiswa yang dah tak ditawarkan lagi. Well, Malaysia kan..pemimpin bijak2 pulak kan hurm. Tapi InshaaAllah MJHEP ni masih diteruskan, aku ada terbaca lepasni ke korea pulak dengan bidang yang lebih luas lagi).


Nunun got her diploma in Mechanical Engineering. 
Congrates, Otsukaresamadeshta !
Long wayyy to go, i wish you all the best !

kenduri kesyukuran kat rumah. 
Alhamdulillah, Allah beri banyak nikmat kepada keluarga kami.
Amer pun dah kerja executive bank kat Cyberjaya, makin kaya lah dia.
*tadah tangan mintak duit shopping kat amer*
Semoga dengan kurniaan rezeki ini akan menjadikan kami hambaNYA yang sentiasa bersyukur.






Hasan's princesses.
Raya tahun ni, kurang sorang.

Satu family hantar nunun ke airport dengan van pejabat ayah.
Sebelum tu, sempat celebrate birthday baby besar, Aid. Sepatutnya birthday Aid 20 March, tapi kitorang sambut sehari awal dengan Nunun skali.

Happy 13th birthday Baby ! 
Moga jadi anak yang soleh.
KURUS KAN ?!
Ibu cakap seminggu sebelum ni lagi kurus, ni dah gemuk sikit sebab duduk rumah asyik makan je haha.




Kawan-kawan sekolah nunun like husna, faem, nabihah dan lain2 pon ada yang datang bagi support dan ucap babaii.
siap menangis lagi tuu haha.

Ucapan, sesi bergambar dan bacaan doa dengan pengarah program.
35 orang semuanya untuk trip yang terakhir tak silap aku. Katanya 70 orang dah selamat sampai di Jepun, alhamdulillah.
Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan untuk nunun dan kawan2, jangan disia-siakan peluang yang diberi.
Masa ni aku nampak ramai yang kesat2 air mata time wakil MARA tu bagi amanat ke ape tah haha. Aku pulok yang sedih tetiber lol.
Taktahu lah sedih nak tinggalkan kampung halaman atau sedih gembira sebab akhirnya selepas 3 tahun dapat fly gapai cita2 atau dua2 skali. I know they struggled a lot to be on that stage, im so proud of them.
Harap2 mereka boleh menjadi lebih kuat untuk degree pulak, bukan senang weii. Kita yang belajar dalam negara pun dah stress, inikan pula diorang di tempat orang dengan bahasa lain, budaya lain, etc.


To Nunun,
Jaga diri baik-baik.
Jaga iman, jaga solat, ingat Allah, ibuayah, keluarga.
Belajar lah rajin2 seterusnya berkhidmat untuk agama bangsa dan negara kehh.
Goodluck and all the best !
Doa kami sentiasa bersamamu supaya Allah sentiasa menjaga kau kat sana :D

Bye nunun!
InshaaAllah, panjang umur kita jumpa lagi.
Ada rezeki kitorang sampailaa sana nanti, InshaaAllah.

Nak tidur ZZZ.








No comments:

Post a Comment