Thursday, November 5, 2015

Midsem !

Assalamualaikum.
Sibuk sangat tetiba je dah ada kat rumah, bercuti mid sem heheh.
Macam biasa lah, nak jugak update blog hahaha. 
Bagi aku menulis blog ni adalah salah satu terapi aku untuk menghilangkan stress ke, time sedih ke lol. Nampak tak besar peranan blog ni ntok aku LOL.

Class Photoshoot


Foodtecheroes, tapi tak cukup. Ada yang tak join sesi bergamba ni. aigooo.

En tarmizan's farewell party

wajib selpie.


En tarmizan akan sambung study ke german, so ktorang buat farewell party ntok beliau. En tarmizan dah mengajar kami semenjak semester 2 ke 3 tah. Byebye en tar, all the best and tq kerana mengajar kami heheh. Dia mengajar memang best dan sempoi, tapi untuk subjek en tarmizan aku tak pernah dapat A kahh ! Nampak sangat engineering tak ditakdirkan untuk aku ceh alasan je. Malas tu mengaku jelah. K.

Piya's besday celebration @ Bukit Keluang

Taktahu lah setiap kali besday piya mesti pegi pantai. hahaha ni dah kali kedua, kebetulan je kot. 
Gigih buat surprise, gigih pergi pantai musim hujan pulak tu. Aiyo.
To piya, Moga dimurahkan rezeki, diberi umur yang panjang dan bermanfaat and, May Allah bless you always !

Kat Bukit Keluang ramaiii sangat orang, lagi2 hujung minggu. Dipercayai kerana Bukit Keluang telah menjadi viral, ramai pendaki2 yg datang menawan Bukit keluang. Aku tengok siap dah bertambah tambah gerai kat situ, ada bertambah aktiviti2 air macam banana boat, siap ada kedai cenderahati. 
Lepasni ade lah pulak keychain "bukit keluang" lol. 
Dulu kitorang pegi krik krik bunyi cengkerik je. gerai pon tak sebanyak sekarang.
Kitorang celebrate kejap je, lepas ambik2 gamba balik dah sebab tak selesa orang ramai.







Ni lah definisi sebenar, makin tua makin tak matang. siap tiup belon segala kahkah. Gigih aku dengan mummy tiup belon dalam kereta, lepastu malu nak bawak keluar. Last2 tebalkan aje muka tu hahaha.

Selama ni kan students pantai timur hanya mampu gigit kuku je tengok kawan2 kat kl panjat bukit broga, eleh bangga lah tu. Tapi jangan risau kawan2 pantai timur, kita pon ada jugak ! Bukit Keluang heheheh. Ktorg belum berkesempatan lagi nak hiking Bukit Keluang, inshaaAllah akan sampai juga ke puncak tunggu jelahh. hehehe.
Sedikit gambar google Bukit Keluang :


Tak silap aku macam nampak papan ni dah roboh haha. Ni gamba tahun bila taktahu.

Puncak Bukit Keluang.


Faculty Dinner (FBIM)

Tema black and white, bertempat di Manor Beach Resort, Besut. Ni lah aku nak buat confession sikit, sejak dari aku first year sampai lah laa ni nak habis daa pun. Ni lah first time buat kat tempat yang daebak hebat sikit lol. 
Dewan memang cantik sangat, even agak kecik sikit. 

Tengok juniors ramai je yang ikut theme, tengok kat meja2 final year, jadi rainbow macam2 kaler.

Sampai sekarang aku tak faham kenapa "parental advisory explicit content"  tertulis kat button tu. Apa kaitan ? Random sangat .

Tablemates.

Food tech - Final year students.

Taktahu lah kenapa malam tu tak ambik banyak gamba sangat, aku pon malas nak upload gambar sebab banyak gamba yang gelap2 belaka. 
Macam biasa lah, annual dinner kan. Ada majlis anugerah dekan, anugerah khas, anugerah prince and princess, persembahan dari first year students etc.
Tahniah kepada semua yang ambik anugerah, ktorang foodtech final year dapat jugak naik pentas ambik anugerah dekan lol. Padahal sem 6 kite pergi praktikal, takde pointer pun, tapi they said kite bagi hadiah tapi tak dapat sijil anugerah dekan.
Hahh jadi lah tuu. wkwk.

Okay dah tu je. 
Kitorang masih macam ni buat masa sekarang, tak habis2 dengan mayokin trials, sibuk dengan itu ini untuk ke Mobility program Chiangmai inshaaAllah minggu depan, tak lupa jugak busy writing fyp proposal dan test2 yang berlambak.
aiyoo.
To juniors, nikmati masa yang ada sekarang ni sepuas-puasnya nanti dah final year dapat bernafas pun kira bersyukur lah kah. 



SELAMAT BERCUTI SEMUAA !

selalunya lelaki yang kacau perempuan, tapi ktorg gegirls ni yang selalu kacau budak lelaki dalam kelas. nasiblaa hahaha. aptb.

source : fb.




1 comment: