Assalamualaikum.
Tahniah Amer ! Dah graduate ! Wargh seronok gila tengok orang ambik ijazah. Jeles haha. Lagi 2 tahun lagi tenanglah wahai hatiiii.
Amer with ayah and ibu.
Dan aku tak pergi pon konvo Amer. Sebab konvo hari Ahad, aku ada kelas hari Ahad tu. Khamis malam ayah ambik aku kat Tembila, then Sabtu petang aku balik sini semula. Bila ayah cakap "ayah hantar hari sabtu" aku terus ikutkan je tanpa membantah sebab minggu tu berderet test, kuiz dan kena submit assignment. Kalau free minggu tu memang aku bantah menangis habis habisan nak tengok amer konvo hahaha.
Sementara tu, berjalan lah di Kuala Terengganu. Ingatkan nak pergi Kelantan tapi tak sempat. Kitorang tido satu malam kat Hotel Seri Malaysia, pastu esoknya jalan kaki sepanjang chinatown then pergi pasar payang, ibu nak beli batik sutera.
Baru aku tahu tempat diorang selalu ambik gambar ni padahal dulu tak habis2 pergi Pasar Payang lol.
Chinatown.
Letak sekeping gambar dak amal aka kambing. Bosan asyik dengan dak beng je hahaha.
Untuk malam seterusnya sampailah diorang balik Melaka semula, kitorang tinggal kat 5 stars hotel(ecewah) TH Hotel & Convention Centre kat Gong Badak. Dibelanja oleh Amer hahaha. Amer kan kaya sekarang lol, dah ada duit sendiri boleh belanja family kann. Harapnya masa aku konvo nanti, aku pon dah ada kerja bolehlah belanja semua orang hehe.
Kalau aku tahu kolam renang sebesar seluas dan sebest ini, aku bawak baju renang siap2. Gituuu kau.
Budak ni lah tak habis2 nak mandi kolam. Tido jelah dalam kolam tu senang cerita haha.
Female swimming pool. Takde orang pon ! Tapi dah last day baru aku perasan ada kawasan ni kat sebelah tempat aku duduk je pun (lol) Tah apa aku pandang sampai tak perasan ponn tak tahu lah haha.
Apa pun hotel ni memang syok dan best. Ada gym, spa etc. Google lah sendiri kalau nak tahu tentang TH Hotel ni. Sebab sebenarnya aku tak sangka kat Terengganu ada hotel mewah kahkah. Taklah mewah gilo tapi aku ingatkan hotel paling better pon Hotel Sri Malaysia haha. Kat TH ni akan ada orang yang tolong angkatkan beg ala2 tetamu VVIP gitu kann. Dan banyak lagi kemudahan2 lain. Masa ni jugak ada persidangan ulama2 peringkat antarabangsa, masa tu terpinga je tengok orang pakai jubah ramai2 dengan reporter lol.
Dan tetamu VIP UMT pon ada kat sini amboii sangat tau.
Thankyou Amer ;)
Ada tak hotel lagi mahal dan best dari Tabung Haji Hotel ni ? Maklumlah nak survey ntok aku punya konvo nanti lol. Kalau den dah kerja lah kahkah.
First time ibu ngan ayah datang Tembila sejak aku pindah heee. Kesian ibu ngan ayah sesat. hihihi.
Gambar last dari ws family.
To Amer, semoga success selalu dan cepat2 lah beli kereta. Pastu beli rumah pastu cepat2 lah kawen. Aku terasa nak anak buah lah pulak, kawan2 aku semua dah ada anak buah lolll.
Bye esok ada kuiz food safety !
haha.
No comments:
Post a Comment