Friday, December 19, 2014

Bakery Day

Annyeonghaseyo !
Kemain korea kau.

Actually, Bakery Day ni dah lama berlalu cuma aku takde masa nak update. Lupa sebenarnya hihi. Tapi nak update jugakk sebab panjang perjalanan Bakery Day ktorg nih. Ceritanya macamni..Dr Ho bagi assignment untuk buat apa2 produk bakery. So untuk memudahkan kerja, aku sekumpulan dengan housemates aku(sebelum masuk asrama dulu) so senang nak discuss. Then Dr Ho suruh buat analysis ntok produk yg kitorang buat tu, that means kena check water content, protein, fat, etc semua lah.

So nak memudahkan kerja, kami pilih bakery product yang kering, iaitu cookies. Senang nak buat analysis kalau in dry basis, shelf life pun lebih lama kalau nak compare dengan kek atau roti. Tetiba ada masalah apa benda ntah malas pulak nak cerita haha, food analysis itu ditukar dengan "Bakery Day". 
kami kena jual produk yg kami buat tu alahhhai. sebabnya semua kos adalah dari kami sendiri. Masa lama jugaklah dari awal sampai habis sem.
So kami berlima ni dahlah tak rajin ke dapur buat cookies biskut lah ape bende. Aku lagi lah tak payah cerita pegang tepung pon tak pernah kahkah tipu gilo. So memang merumitkan sungguh lah ! First time buat cookies lah kata kan. Maka bermulalah sesi membaking dari orang terlajak pro membaking -,-

First trial : Keras macam batu bak hang ! Gigi tak cukup kalsium haruslah jangan berani mati nak cuba cookies batu kami kahhhhkahhh. Sebab terlebih tepung. Kitorg jumpa lecturer, so kesalahan kami adalah, bantai mix je ingredients lain without alter another ingredients. for eg we add oats without add amount of water. Ko ghase ? Oats absorb more water so, keras ler jadinya. Dahlah lupa letak garam. aptb.



Second trial : Modified the recipe with the guide from pn syikin. Aku tak ingatlah apa jadi tapi cookies tu still "kejung" macamtu. Kitorang menyalahkan corn flour haha tak memasal je si tepung tu yg salah.
Gamba lebih kurang sama je ngan atas, cuma tak berapa keras sangat.

Third trial : Modified lagi recipe. Kalini kitorang ikut resipi dari lab, add shortening. Tapi nak lagi menarik kitorang beli pulak coloring ! Nak buat ala-ala rainbow cookies. Banyak gaklah coloring yang ktorang beli. Kekonon nak jadi menarik.
Tak failed pun, tapi sebab apa tah kitorang tak teruskan buat dengan resipi ni. Agaknya jadi pelik kot dan kitorang tak reti nak bahagikan batter tu sebelum letak coloring.

warna kusam sebab terlebih bake kahkah. tapi rasa okay cuma ada yg manis, ade tak lol.

Fourth trial : Kitorang beli tepung premixed ! Ko nampak tak punya lah putus asa tuh. Sebab masa tu dah kesuntukan masa, banyak test lagi, mano ada masa nak tertonggeng lagi buat cookies kat lab hahaha. Dan kos pun dah saaangat banyak keluar. Memang kitorang kayooo. haha. Tapi Dr Ho reject cookies ktorang, she said this is not cookies but biscuit, then she gave another recipe, her recipe. using superfine flour, milk powder blabla which add another costs! Then ingredients used using recipe sebelum ni buang gitu je lah ?
 Huwaaa time tu rasa nak nangis je. Dahlah habis kelas terus buat cookies, pastu kena reject. aigoo.


Fifth trial : Alhamdulillah menjadi haha.
Apa beza cookies dan biskut ? Cookies melt dalam mulut, macam tart nenas hari raya tu. Kan melt dalam mulut dan mesti handle with care kalau tak hancur lahh. Biskut plak texture lebih keras, cthnya biskut oat crunch. Kracker plak lebih nipis dan cepat patah cthnya macam kraker jacobs tuh.
Unofficial name for bakery day ni saje. Soul's byte cookies ni takde terdaftar di mana2, hanya khayalan semata-mata lol.



Memang penat tapi cuba fikir positif. Haritu ada product development by final year students, borak2 dengan kakak2 seniors. Diorang cerita tentang hardships sepanjang sem tu haha. Diorang lagi susah, dahlah kena fikir produk baru, kena reject, buat banyak kali tak jadi blabla. So aku kira pengalaman buat berulang kali ni untuk 'latihan' sebelum final year nanti. Ini baru sikit kalau nak dibandingkan dengan akan datang. 


B-day.
(Bakery Day lol)

Kitorang target buat 150 bungkus bak hangg sebab kos banyak keluar, kitorang nak balik modal terpaksa buat banyak. Tapi last2 penat so lebih kurang 80 ++ bungkus je buat.
Tak larat mak nakk. Ada lebihan bahan x habis, kitorang simpan then habis bakery day sambung buat lagi. Sampai berpinar kepala tengok cookies hahahaha.

Groupmates/classmates/courmates/ex housemates haha

Terima kasih kepada semua customers tak kisahlah korang membeli kerana memang teringin nak try atau sebab kesian.
kekekeke.
Alhamdulillah habis jugak cuma last2 paket tu terpaksa lelong sebab dah hancur2. Tapi diorg cakap sedap, harapnya ikhlas lah cakap sedap tu haha. Disebabkan cookies dibuat tanpa menggunakan air, so lebih dari 2 minggu jugak shelf lifenya.

Tobat den nak buat cookies lagi =,=




1 comment:

  1. lain kali kalau biskut tu keras kejung macam tu rendam dalam susu dah tu rebus balik... letak mentega letak cis terus boleh jadi kek... cuba lah... tepung dah lebih kan... so takyah tepung lagi... hehehe

    salam kenal dan salam singgah

    ReplyDelete