Thursday, May 15, 2014

sem 4 dah habis


 Alhamdulilllah semester 4 dah tamat ! 
Saki baki yang ada ni tinggal untuk study berusaha sekuat yang mampu untuk back up balik carry mark yang macam %^%$%#%$$% itu kekeke.
semester ni rasa macam kejap sangat, sebab banyak lab. Seminggu 2 kali pergi lab, 
pung pang pung pang tetiba je dah hujung minggu. Masuk minggu baru. 
Dan berulang-ulang lagi.
Tup tup dah sampai penghujungnya.
Yeay 4 semester lagi Ya Allahhh sekejap sangat rasaaaa. 
Macam tak percaya *tampartamparmuka*

awal sem tak busy, cuma busy dengan lab report. Dahlah kelas pun banyak batal. haha. tetiba je hujung sem busy gilaaa.
Dengan test, aktiviti koku, kelas ganti, dinner lagi.
Tidur pon jadi tak cukup, siap tidur atas lantai lagi tu sebab takut tak terjaga esok hari. lol.

Dan uniSZA adalah Universiti yang paling cepat habis sem ini,
2 Jun dah habis final exam. Then sempat lagi nak berjimba inshaaAllah di Penang pulak kalini ! haha. Kawan dengan orang Penang, haruslah menjenguk kampung halaman beliau, ye dak ? haha. Takde orang korea ke kat sini, kalau tak boleh juga ikut balik Korea lol.

I'll update soon dengan aktiviti2 hujung semester ini. Entahlah lama tak tulis blog rasa malas dah nak tulis. Kena amik mood dulu. haha. 
Tapi lek luu, banyak masa kott. study week takkan nak study je, mestilah meluangkan masa beronline. So slow slow lah update haha. 

Last class ! Next sem dah masuk third year ;)


Dan hari terakhir sem ni lah ada kejadian yang berlaku haha.
Takkan dilupakan sampai bebila selagi hayat dikandung badan ewah.
Aku ngan piya otw balik dari hanta member yg nak balik rumah kat Jerteh, lepas maghrib. Then kitorang merayau sana sini cari pasar malam. Tanya orang sampai 3 kali. Akhirnya jumpa pasar malam tapi kecik gila ! Tak boleh nak dikatakan pasar malam pon. Nak beli apa pon taktahu, nak beli murtabak dah habis plak. Last2 beli aiskrim pulut je. Then masa otw balik unisza kereta habis minyak! lol. Pepaham jelah kereta sewa, diorang rosakkan meter minyak. Hanya tuhan jelah yang tahu perasaan kitorang, dahlah malam, perempuan berdua je pulak tu. Pepaham jelah kat Besut dahlah gelap dan sunyi. Kitorang call sana sini cari bantuan haha. 
Alhamdulillah ada member yang keluar pergi Jerteh malam tu, mintak tolong diorang.
OMG Thank you soo much Kak yaya dan Izzah ! Tak boleh blah masa tunggu diorang tu hujan pulakk. Menambahkan lagi dramatik kejadian malam ini haha.
Ketaq kepala lutut den. Memang tobat nak keluar malam lagi dahh lepasni. Kitorang memang tak pernah pun keluar malam, cuma bila keluar gini pulak jadinya =,=
Nasiblahhh. Aku cuma risau kalau ada orang jahat je haha. Mula2 ingatkan nak tahan kereta mintak tolong orang tapi tak jadi. Ada lah jugak beberapa orang yg berhenti kereta tanya apa masalahnya. Tapi kitorang memang taknak terima apa2 bantuan dari org tak kenal.
Dan polis pon berhenti dan bukannya tolong, dia gelakkan kitorang. Siap nak ambik gambar lagi katanya ! loll.

Okay panjang pula aku tulis. Sekali sekala ;)


[update] Kris, leader Exo M nak terminate contract dengan SME. Woahhh so heartbreaking kott. aku agak sedih lah juga. Dahlah minggu depan diorang buat concert yang pertama. Dan paling sedih, member2 exo yang lain dah unfollow Kris kat instagram dan weibo. Dipercayai kerana diorang rasa Kris dah mengkhianati diorang semua. wuuu.



EXO12.


Aku percaya dak Kris ni sebenarnya rindu kat mak dia je. 
He just want to stay beside his mom. Lol.
Who will be the next leader ? haha.


"I sincerely love the EXO members. Our motto is, 'We are one,' and like the motto says we'll become an EXO that think about EXO and our fans instead of just our individual selves. We'll work hard. Thank you. We are one. EXO, I love you.
-Suho-

"We can't stop someone who wants to leave, and he kept this from us. As we were sweating and practicing hard for our concert, we learned that one wouldn't be coming back. We have to restart preparations for the concert as 11 members. So tired. EXO, let's love."
-Tao-

Kesimpulan terakhir adalah,
 janganlah pentingkan diri sendiri ya,
tak memasal je sebab awak sorang orang lain kena bersusah payah.

Stay tuned for the next post ! haha.






1 comment: