Seriously taktahu nak tulis apa. tapi nak jugak tulis entry.
bersawang dah blog ni huhuuu.
Aku teringat masa aku tingkatan satu di asrama, hari hari mesti telefon ibu.
Ada lah beberapa kali ada program sekolah, habis program dah lewat petang. Habis program terus mandi dan kena bersiap sedia pulak untuk turun prep. Junior tak boleh turun lambat, nanti senior marah.
Disebabkan aku junior yang baik, aku jarang sekali turun prep lambat. Atau boleh kata tak pernah langsung turun lambat. Aku mandi di laundry tingkat bawah sekali, setiap kali mandi mesti bawak duit syiling untuk call ibu. Lepas sidai kain basahan kat bawah, terus call ibu. Tapi aku tak boleh cakap lama2 sebab nak turun prep. Aku cakap dengan ibu,
"Tak boleh cakap lama ni. Akak dah lambat".
Ada lah beberapa kali aku macamtu haha. Lepastu bila aku balik kampung ibu cakap
"kalau dah lambat takpayahla telefon". Tapi masa tu tetap call ibu jugak.
Walaupun disebabkan dah lambat, aku tak sempat borak apa.
Cuma telefon cakap "ibu akak dah lambat ni. Bye". LOL.
Mungkin masa tu budak lagi kot :P Naik form 2 call dua hari sekali, naik form 3 sekali sekala. Dah jadi big senior seminggu sekali atau time nak balik je baru call. Dah masuk universiti ibu yang call huhuuu.
sebenarnya cuma nak cakap walaupun saya jarang telefon ibu saya, saya sentiasa ingat dan sentiasa mendoakan kesejahteraan kebahagiaan dan kesihatan ibu dan ayah saya ;)
p/s - Final dah nak dekat.
Sekarang buat pemantauan dari whats'app & inssta je he he
ReplyDeleteOps... insta
ReplyDelete