Saturday, May 17, 2014

Farewell Dinner dan Malam Pementasan Teater

Assalamualaikum !
 tetiba je hujung sem ni banyak pula aktivitinya. 
Tapi tak sempat nak update.
Dengan test, kelas ganti lagi. Time tu jugaklahh nak buat dinner. Time tu jugaklahh malam pementasan teater. Time tu jugaklahh ada test !
Pastu hari berturut-turut pulak tu, sabor jelah haha.


Farewell dinner for final year students 9 Mei 2014.

Buat di fakulti informatik je uolls. Manade pergi mewah2 kat hotel cam koranggg haha.
Rasanya diorang sengaja buat kat kampus baru ni sebab final year students kan tak pernah merasa kampus baru.
Ku saji kan gambar sahaja lah. Sebab memang takde benda aku nak cerita. Makan makan sampai sengkak lepastu ambik2 gambar je. haha.
Takde tangkap gambar ngan senior pon sebab mana rapat ngan senior -,- Duduk plak kat meja paling hujung disebabkan nak dekat dengan makanan haha.
Disebabkan malam gelap gulita dan panas pulak tu sampai bedak cair, tangkap gambar pon gitu2 je. Biasanya kalau ada apa2 event macamni confirm penuh memori henfon tangkap gamba tapi tidak malam ni. Tak sampai seratus pon rasanya gambar malam tu haha!
whatever it is perut kenyang sampai tak larat nak makan lagi. Pastu esok bangun pagi terbayang pula karipap sate kuih yang malam tadi dipandang sepi saja haha.
Tu lah, bila di depan mata tak dihargai. Bila dah hilang di mata baru menyesal. Eh ?





Malam Pementasan Teater 10 Mei 2014. 

Untuk sem ni, aku ambik koku teater. Pelakonnya 5 org je berserta 2 pelakon pembantu lol, tapi yang lain2 kerja belakang tabir.
Aku ngan wani sebagai Pengarah teknikal dan kesan-kesan khas
Entah hape bendenya aku pon taktau hahahaha! Ikutkan jelah. Cuma kena buat montaj. Dahlah tak reti edit2 video apebenda semua ni. Tapi redah jelah.
Alhamdulillah walaupun hasilnya takdelah daebak sangat tapi sekurang-kurangnya kita mencuba ;)
Dan tak boleh blah 80% music dalam video kitorang guna instrumental lagu EXO. haha amik kau, sapa suruh exotic jadi pengarah teknikal. wkwk.
nak harapkan lagu omputih memang taklah, iolls dengar lagu Taylor swift je haha. Lagu melayu? krikkkrikkk.

Pengarah teknikal dan kesan2 khas. Gambar atas tu ada orang editkan, kekonon nak nampak kesan2 khas. End up aku segan dengan gambar sendiri, tu lah nak sangat bajet D.O haha.

The whole class with fasilitator.
Takde boys pon, bak kata En Fadlisham "kelas kita semua gegirl" .
Mana boboy tah taktau la haha.

Preparation dari pagi sampai petang.

Para pelakon.

Tahniah kepada pelakon2 yang hebat, pengarah di luar sana anytime boleh contact mereka. Mereka ni semua drama queen haha.

Karya yang dipersembahkan adalah karya Hatta Azad Khan bertajuk "MAYAT".
Tajuk cam seram tapi sebenarnya cerita komedi.
Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google haha.
Malam tu ada props mayat macam mayat sebenar kot. Tapi takde ambik gambar dengan beliau pon lol, walaupun props je tapi malam japgi mayat bebetul tido kat sebelah baru tau kuangkuangkuang.

Sekian saja, ingatkan lepas habis teater boleh berileks bersantai. Tapi kena buat report pula. Tapi takdelah susah mana reportnya, cuma kena melaporkan tugasan je.



Sekian saja update dari saya,
di kesempatan ini saya nak mengucapkan
selamat menduduki final exam kepada semua kawan-kawan sekelas Foodtecheroes !
Usah difikirkan result, tanggungjawab kita adalah berusaha sebaik mungkin dan selebihnya serah saja pada Allah. Dan cuba untuk tidak study semata-mata kerana exam :)

Study week study yer, jangan berhibernasi.
Ingat, kita manusia bukan beruang kutub nak hibernasi bagai.
Kahhh. Ini pesan pada diri sendiri juga, baru 2 hari asyik zzzz je. 

Aku kalau tidur macam taknak bangun langsung dah, bila bangun sampai lost seketika tapi kalau dah berjaga sepanjang malam pon boleh loll. 

Bye !






No comments:

Post a Comment