Monday, February 8, 2016

Misi mencari asam rong biji getah

Assalamualaikum.

This short CNY's holiday, kitorang ke Pahang !
i need to find 'asam rong' samples for my final year project.
Im currently working on it so i will not write in details about my project, next time eah after i siap semuanya haha. Mula2 nak pergi dengan amer je tapi ayah nak pergi satu family. Ayah cakap cemana laa ko nak harapkan dak amer tu. Time kitorang bertolak pukul 10 pagi tu pon, dia masih menyelubung bawah selimut haha.
Aid cakap dah nama dia pun Muzammil - orang yang berselimut. LOL.

Kebetulan kot semua orang ada balik bercuti, so ayah booking bilik kat Hotel Seri Malaysia Temerloh. But the journey was so boringg, sepanjang perjalanan tu nampak hutan je. Ayah said kita try dulu cari asam rong kat sini, kot2 kalau ada tak payah pegi jerantut. Sampai hotel, kitorang tak buat apa cuma lepak2 dalam bilik (wifi laju wei!even dalam hutan haha) dan swimming haha. Bestnyeee swimming kat swimming pool (padahal tak pandai swim pon. Sink ade lah). 





Malamnya, keluar makan sambil jalan2 kat pasar. Bosan ZZZ takde apa pun yang menarik dekat temerloh ni. 




Esok paginya(Ahad), kitorang merayau sekitar pasar tani di temerloh. Cari2 asam rong tak jumpa, tanya makcik penjual dia cakap orang temerloh tak makan asam rong, cuba cari kat Kuala Krau atau Jerantut.

So kitorang terus vrooom ke Jerantut. On the way ke Jerantut, singgah Kuala Krau. Tanya2 makcik penjual, katanya dia ada jual tapi time kitorang datang tu dah habis haha takde rezeki la makcik tu. (kitorang pon takde rezeki jugak).

Dan akhirnya ke Jerantut. Lebih kurang 1 jam dari Temerloh. Cari2 pusing2 tanya orang, akhirnya dapat juga jumpa pasar sari. Masa kitorang datang dah pukul 11 pagi, masa tu orang pasar dah mula kemas2 barang nak balik. Masa ni hanya mampu tawakkal jela kalau jumpa. Kalau tak jumpa, memang pergi Pahang ni untuk holiday je, objektif utama tak tercapai haha.
Cari2 kat bahagian jual sayur, tiba2 aku ternampak ada sorang makcik jual asam rong dalam balang, alhamdulillah. Tu pon tinggal beberapa gerai je tak tutup lagi. Rasa nak peluk je makcik tu LOL over giler. Makcik tu jual 2 jenis asam rong, satu daripada biji getah, satu lagi daripada buah perah.



Satu bekas kecik berharga RM5.
Asam rong ni sebenarnya adalah makanan traditional Pahang, terutama bahagian Jerantut, Raub, Ulu tembeling etc. Ianya dimasukkan dalam masakan biasanya dibuat gulai atau sambal. Uniknya, ia diperbuat daripada biji getah yang dikutip yang kemudian dikeringkan dan diperam dalam balang sebelum digunakan. On the way ke Jerantut tu aku perasan memang banyaklah kebun2 getah. Ramai taktahu yang ianya boleh dimakan sebenarnya, aku sendiri kalau tak ambik foodtech dan tak buat tajuk ni, memang sampai ke sudah aku taktahu haha.
Ilmu Allah itu kan luas, seperti yang tercatat dalam surah luqman ayat ke 27,
sekiranya pohon2 di bumi menjadi pena dan laut menjadi tinta, ditambah lagi tujuh laut sesudah kering, takkan habis-habis dituliskan kalimat Allah.
 gituu kan.
Interview makcik tu sikit2, ambik no telefon dan lain2 info. Katanya ada orang pernah bawak masuk asam rong bertanding dan menang tempat pertama. Aku pun pernah juga terbaca tentang brosur pertandingan inovasi yang ada orang mempertandingkan asam rong ni.

Berdekatan dengan pasar besar tu jugak, ada deretan gerai2 dan beberapa gerai tu ada menjual lauk gulai asam rong. Yang tak bestnya, pekerja gerai tu very rude ! Kitorang tanya elok2 dia nak marah2 pulak waddeheck. Mula2 kitorang ingatkan nak makan nasi lauk gulai rong tu, tapi bila pekerja tu sangat rude (taktahu la pekerja atau tauke kedai) terus tak jadi makan. Bungkus je lauk tu, bawak balik. Ayah nak ambik nasi, aku cakap "ayahhh jangan makan nasi dia. kita bungkus je, and lauk tu je".

sebenarnya kalau nak diikutkan hati panas aku ni, memang tak hinginlah aku nak beli lauk ko tu hoi. Nasiblah kitorang datang dari jauh. Luckily my parents jenis yang malas nak melawan, ayah cuma cakap "takpela. pengalaman kita, manusia ni memang macam2".
Urgh ayah so calm haha, kitorang dahlaa orang luar. Macamtu ke cara kau berniaga, semoga berkat dan makin maju jaya lah perniagaan makcik dan pakcik yer dengan budi bahasa yang sangat sopan santun tu. Aku ingat nak promote kedai dia, nak ambik gamba semua tapi lepastu aku terus hilang mood. Spoil ! 


Gambar google, malas aku nak ambik gambar sendiri. Kalau baik layanan mereka, baiklah yang aku tulis kat sini. Buruk layanan mereka, buruklah aku tulis kat sini ye dok? 
Gerai dia ni pernah masuk surat khabar, ada blogger pernah tulis dalam blog dia, masa diorang datang tu pekerja kedai melayan sangat baik dan peramah. So aku terkejut jugaklah dengan layanan diorang tadi. Agaknya dah kaya dan famous (perasan la tu!) terus lupa diri alahai manusia. Kaya tu jugak satu ujian Allah, takpelah moga makcik pakcik dapat hidayah kesian pulak aku tengok ish3, saya sebagai orang muda malu dengan perangai orang tua yang sepatutnya tunjuk contoh baik pada yang muda HAHA.


Gulai asam rong ikan kenerak, sejenis ikan sungai.
Pedas menyengat bak hangg. Ini kira makanan exotic tau haha.
Ikan dia bolehlaa tahan sedap, gulai tu taktahu nak describe rasa macam mana. Rasa dia sangat unik, ada rasa kelat, lemak2, masam2 sikit lepastu ada rasa rangup krup krap asam rong. Tapi makanan pedas is not really my taste sebab kalau aku makan pedas mesti sakit perut haha. 

Sebelum balik, singgah Temerloh semula. Yang famous kat sini sudah semestinya ikan patin. Sepanjang sungai tu banyak betul dijual ikan patin/tilapia yang dibela dalam sangkar. Sekilo RM17. Ibu belilaa beberapa kilo buat buah tangan. Katanya tak sah kalau tak beli ikan patin kalau ke Temerloh. Ikan2 ni dijual fresh. Kalau ada orang nak beli baru dia tangkap dari kolam haha.



Ikan patin tempoyak sangat famous di siniii.
 ibu ayah je makan ikan. Kitorang semua ambik lauk ayam, padahal ayah cakap lauk ayam kat rumah pon ade ! haha. Aku rasa laa sikit, sedaplah boleh terima tekak aku wkwk.
Kebetulan ramai orang balik kampung, mak ngah masakkan ikan patin tempoyak. Sedap ! Semua orang makan pulokk.

Im so lucky to have a very supportive parents, mereka sanggup ke Pahang semata-mata untuk projek aku, im so touched :D even aku tak minta pon ibu ayah bawak ke sana. 
The only thing that i can do is trying my best, InshaaAllah.

"sesungguhnya berserta kesulitan itu ada kemudahan. Bila engkau telah selesai, maka tegaklah. Dan hanya pada tuhanmu, hendaklah engkau berharap"
Al insyirah, ayat 6-8.
p/s.
Cuti sekejap sangat niii :(

1 comment: