CLICK HERE

Friday, February 12, 2016

Hiking @ Bukit Keluang, checked !

Assalamualaikum.


Akhirnya, berjaya juga mendaki hingga ke puncak Bukit Keluang, Besut. about 20 km from UniSZA Tembila. Gigih bangun pagi2 sebelum subuh, konon2 nak tengok sunset hahaha.
Tapi mommy tak dapat ikut sebab tak sihat (Gws mommy), takpelah next time boleh pergi lagi LOL lenguh kaki tak hilang lagi dah nak pergi lagi pulok :P





Bukit Keluang ni takde lah tinggi mana. Rasanya nak sampai ke puncak dalam 20 minit camtu kot, lebih kurang 300 m ketinggian berserta jarak 2.5 km. haha tah aku tak sure. Tapi sangat curam pergh, penat tu takyah cakap la. Dahla konon2 pro, tak warm up ke ape, terus panjat. Dah berkurun jugak tak jogging petang2 ! haha. Memang takde stamina langsung ah. 

Pemandangan sangat cantik, tapi yang tak best adalah,
kalau korang pergi waktu cuti, memang kat puncak tu macam ada pesta. Terlalu ramai orang ! Dari muda ke tua, kecik ke besar semua orang ada. Sampai atas tu memang blur kejap nak duduk mana ni, ramai nau orang. Tapi kebanyakkannya lelaki la, kitorang datang ramai2 perempuan takdelah segan sangat. 

Ada yang bawak family, bawak mak ayah, nenek atuk pon ada haha.

Kawasan atas ni kecikk sangat, so tak best lah sebab ramai orang tak selesa nak duduk lama2 haha. 


Kat puncak Bukit Keluang ni, ada pondok untuk rehat2. Penuh bak hangg pondok tu.


I swear kalau pakcik ni jatuh innalillah jelaa :D
Be careful la sesiapa nak panjat, sebab takde pagar, seriau makk tengok bawah haha.


Turun bukit pun sangat curam, tapi nak turun tu take time sikit sebab sikit2 nak berhenti ambik gamba haha.

Sebelum ni Bukit Keluang memang takde orang, aku pernah tulis blog pasal kitorang picnic ke sini, Picnic @ Bukit Keluang, Besut
Masa tu belum viral lagi tempat ni. Lepas viral je aku pun taktahu mana datang ramai orang tetiba, taktahu diorang semua ni orang sini ke orang luar ke apa haha.
Dont worry la, kalau panjat sorang2 pun TAKKAN sesat punya lah, sebab ikut je trek yang ada, lagipun orang sentiasa ramai, nak takut apa kan.
(Kalau rasa nak pegi sorang2 lah, alahmak ai sedih pulak haa).

Kalau datang hari jumaat, lepas hiking ke Bukit Keluang, bolehla ke pasar besar besut setiap jumaat. Best sangat pasar tu, sangat besar dan macam2 ada !
Lepas membakar kalori, bolehlah menternak lemak pulak di pasar besut kekeke.
Penat tapi kalau berkesempatan, boleh je nak panjat lagi sekali haha! Nak stay fit lah katakan *konon*


Sunnah nabi,
"Bertakbir bila melalui tempat tinggi(Allahuakbar) dan bertasbih (Subhanallah) ketika menuruni tempat tinggi"
*as a reminder sebab masa penat2 tu apa pon tak ingat dah haha! InshaaAllah siapa yang teringat tu bolehla amalkan*

p/s.
Rasanya dah habis to-do-list di Besut :D
 Lepas habis study ni entah2 tak datang sini lagi dah.

2 comments:

  1. Hi Qila, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete