CLICK HERE

Saturday, May 9, 2015

Internship : Week 14 & 15

annyeong yeorobun !
Rasa macam dah lama tak update maklumlah busy kahh. 

week 14.

Aku just kena update fried noodle cake data etc dan monitor plak seasoning sachets ntok mamee chef lontong. Kalau minggu lepas, aku monitor sachets weight ntok oil paste. So minggu ni diorang packing seasoning plak. Kalau korang pernah beli mamee chef, kan ada 3 sachets dalam tu. Oil paste, seasoning dan condiment mcm udang kering, lada kering etc. Hahh benda tu lah. aigoo. Dan lepastu diorang sibuk dengan external audit, so tolong angkat dan susun2 dokumen yang nak kena check haha.

week 15.

Isnin - 5S Big Cleaning Day. sepatutnya cuti wesak day, tapi digantikan dengan gotong royong ( kena masuk keje kul 7 pagi sebab ada perasmian, dengan mamai kena bertolak dari rumah kul 6 pagi lol) .
so gotong royong lah macam kat sekolah dulu tu -,- cuma procedure ntok 5s kena ambik gambar before and after kita buat cleaning. 

Next assignment - aku dengan Zhi Zhao(another intern from UMS) kena record noodle cake temperature for MNS hot&spicy setiap jam. Penat gilo woi dahlah production line kat tingkat 4, so kitorang take turn lah ntok record temperature tu. 
Apakah itu OPRP ? It is program identified to control food safety hazard in product/process. So in this case, noodle cake temperature must be max 60 degree celcius during cooling(OPRP2).  Tak boleh lebih dari sixty, kalau temperature terlalu panas nanti akan effect packaging, mungkin akan shrink dan juga akan ada lain2 effect we never know anyway hahaha. so actually QI yang buat inspection hanya check bahagian tepi noodle cake tu. Tapi as we know the heat reached last at the centre point (Argh tak ingat pula apa nama point tu, rasanya centre point ke apa, aku pernah tulis dalam exam dapat full mark lol) . Tapi senang cerita macam ni lah, aku check temperature betul2 kat centre hahh kat situ kan paling panas. Dan surprisingly most of the noodle cake temp yang aku check tu lebih dari 60 degree celcius, so kira dah out of spec lah tu.
( ye je kau terkejut).
so actually ni produk baru, so masih didalam proses improvement. Bila dah monitor 2, 3 hari dan dapat data, aku dan zhi zhao akan analyzed the trend. Dan lepastu mungkin kita akan proposed cara nak bagi dia lagi cepat sejuk sebelum dia 'jalan' masuk packaging, increase the blower speed atau kurangkan oven temperature ke kan.
Itulah serba sedikit projek terbaru aku. pening jugak nak buat report ni, kerja makin lama makin bertambah, lagi 2 bulan dah nak habis, dari haritu asyik muka depan je yg dah siap hahaha.

Next projek - good stock inspection at Tiong Nam Logistics Holdings Berhad. 
Apakah itu good stock inspection ?
Kita buat inspection untuk produk2 yang masih elok (definition aku sendiri haha).
Kalau product yang dah expired/rosak, kita panggil bad stock inspection lah haha.
So Ms Chia (our supervisor) bawa aku dan Zhi Zhao pergi Shah Alam, sebab Tiongnam terletak di sana ! excited pula, padahal berpeluh peluh katekoo buat inspection ada lebih kurang 100 cartons. 

Actually im not sure what is actually this Tiongnam company, why the heck our products were kept there haha so im searching for it. So one of the service that Tiongnam provided is warehousing - besides providing a convenient tax-free storage for goods needing to be exported/re-exported, our warehouses' operations are run by the cutting-edge, high-volume Warehouse Management system, designed to ensure accurate, fast and smart inventory management. copy and paste from Tiongnam website. 
Klik lah sendiri kalau nak tahu :P
So actually customers akan return the good products tapi dah nak expired lagi beberapa bulan. so kita check berapa banyak expired date yang ada, sorting out according to their expired dates dan buat sampling. Samples tu semua nanti kita akan test 
(possibly moisture test, water activity, oil content dan sensory test). 
Dan kalau masih okay kita akan proceed sama ada nak dispose atau jual. Gituu.

Gambar dari google, malas pula aku nak transfer gambar.





Kat situ semua produk pelbagai jenis ada dan kawasannya saaaangat luas, sampai sesat taktahu jalan mana nak keluar, jalan mana nak masuk haha.

Itu saja tentang my 2 weeks story, inshaaAllah will continue next entry.

Okeh bai have a nice weekend everibadeyyyhhhh.


No comments:

Post a Comment