Thursday, February 27, 2014

Program Cakna Alam

26 Februari 2014.

Kampus Tembila telah mengadakan Program Cakna Alam. First event kot yang agak besar di kampus ni sebab ianya melibatkan orang luar. Aku rasa salah satu cara untuk memperkenalkan kampus baru ni jugak lah kepada orang ramai. Ada pertandingan memancing, memasak, tanam pokok, pameran dan banyak lagi lahh.
Students just terlibat dengan aktiviti menanam pokok je. Yang lain kebanyakkannya orang luar yang terlibat. Contohnya pameran jom masuk U lebih kurang camtu la, untuk bebudak sekolah sekitar Besut. Katanya 20 buah sekolah yang terlibat tapi aku tengok dalam 7/8 sekolah je :P

Dan, bebudak foodtech second year plak bukak gerai berjualan ! muehehe.
Satu-satunya gerai yang dibuka untuk program ni so agak busy sikit lah. Untung nak kata banyak sangat tak lahh tapi alhamdulillah. Dan tak semua yang terlibat dengan bisnes kelas ni. Kami yang terlibat ni hanya separuh je yang berminat, untuk kumpul duit for mobiliti program final year nanti. Dan jujurnya aku tak minat sangat berniaga tapi aku nak berniaga sebab taknak kerja sendiri lepas graduate nanti sebab nak kaya kahkahkah. 
Camni punya orang pon ada. Tapi mana tahu lama2 join benda macamni tetiba timbul minat plak kan haha.
sebab lepasni kitorg akan makin meluaskan empayar perniagaan trolloll.

 Gerai 1. air/roti/buah-buahan.
Mula2 ingatkan gerai kitorang paling tak laku tapi sebab maybe panas kan, sentiasa ada orang datang beli air. Walau air tu tak berapa nak sedap sebab masalah kordial hahaha.Roti pun ada 150 biji, tak sampai 10 biji pun yang tinggal. 

Okay lah first time, lepasni pasti boleh buat lebih baik ;)

Gerai 2.  ayam gunting/hotdog/popcorn ayam.
Takyah nak cakap lah, konfem gerai ni paling laku. 

 Gerai 3. icecream/ice blended.
Yummy sedap. aku beli icecream, ice blended. tetiba time nak habis tu pakcik tu bagi free lak icecream sorang satu. K perut kembung.

 Aku ngan piya datang amek gambar je ngan pokok time program tanam pokok lol.
Lepas wisel ditiup, semua tanam pokok. macam perasmian lah kott.
Panas oo. Moga Tembila makin redup dan sejuk dengan adanya penambahan 700 batang pokok harini haha.
esoknya tengok ada beberapa pokok yang dah mati lol. Panas sangat kot ? 

 sebelah gerai kitorang lak terletaknya pertandingan memasak berasaskan labu dan ubi. Makcik2 tu semua masak kat rumah dan lepastu masakan mereka diadili lah gituu.
Tak leh blah kitorang rasa semua makanan ni sambil buat muka ala2 juri puihhh hahaha. Heaven gila sedap pulak tu. Kreatif dan sedap !
Sampai sakit perut makan banyak sangat hariniiii.
Habis diet kitorang, tapi nak sedapkan hati kitorang cakap 
"takpe harini cheat day. lepasni diet balik". lol.

Tamat.
Terima kasih untuk semuanya harini ;)


Tak banyak sangat gambar sebab busy hahha.


No comments:

Post a Comment