Thursday, January 23, 2014

Trip to Melaka

Walaupun aku duduk negeri Melaka, berasal dari Melaka dan dilahirkan di Melaka, im really looking forward for this trip ! haha Nasib baik Piya banyak tahu jugak tempat kat Melaka since dia duduk dekat2 bandar Melaka.
Kitorang pergi sini nak bawak orang KL - wani dan wahida jenjalan.
Plan asal nak bawak Ira (kelantan) tapi dia ada hal yang tak dapat dielakkan.
So lepas habis je final exam 12 January ( besday exo's Kyungsoo. saengil chuka, fighting  kyungsoo yah hehe )  kitorang terus bertolak balik Melaka malam tu jugak. Dan sampai Melaka 13 hb January. Tanpa rehat panjang ecewah, terus jenjalan pusing Melaka.
 Okay rasanya aku penah tengok gambar time kecik2 ambik gambar kat keretapi ni. 

 semestinya di kota bersejarah ! Parking kereta kat MP, lepastu jalan kaki je pergi DP, masuk muzium, naik bukit st paul, bangunan merah ke stadhuys apa tah etc. Ramai pelancong, ada pelancong Jepun cakap konichiwa kat kitorang. heheh. 
Jujurnya aku taktahu nama2 tempat kat Melaka lol tapi haritu aku ngan piya buat presentation IT pastu kitorang pilih tajuk melaka negeriku sayang. Dan time tu aku buat research pasal melaka kahkah. so bolehlaa tahu sikit2 :P :P

 Kitorang masuk muzium sebab free. tapi kapal besar tu kitorang tak masuk sebab kena bayar hahaha. Maklumlah kitorang student, hujung semester pulak tu ! Haruslah kedekut nak keluarkan duit semata-mata nak tengok benda yang secara jujurnya tak menarik perhatian kitorang (lol).
Tapi menara taming sari nak naik jugak sebab tak pernah naik :P 
RM 10, 15 minit kot lebih kurang.

 Yeayy Melaka !
Padat gila bila tengok dari atas.

 Pantai Klebang ke pantai puteri ? haha lupa :P
sebab nak tengok sunset !
Gambar atas kiri tu ada mat saleh tolong ambikkan gambar kitorang haha. sebab dia nampak aku letak phone atas pasir buat timer, takde org nak ambikkan gambar :P

 Seoul Garden! Korean foods yummmyyyy.
Sorang RM28 student price plus tax = RM 33. Tax mahal tak menahan. Time aku duduk, ada orang lalu belakang aku then aku dengar dia cakap ngan kawan dia, ''pergh mahal gila tax dia " . haha okay i got it dia pun first time makan kat situ lolll.
Tapi boleh makan banyak mana yang kita nak.
Aku rasa aku makan RM 10 je sebab tak larat. Banyak mana lah yang kitorang mampu makan. Banyak tau makanan yang aku tak rasa sebab dah sakit perut ! hahaha.
Akibat nak sangat merasa fefeeling korea sangatt, ambik kauu. 

Yang best dia pasang lagu korea tapi tak up to date langsung, pasang lagu sorry sorry. Ini zaman GROWL lah bebb eurorongggg hahaha ;P
First and last lah aku makan sini. Baik makan pizza hut kekeke. 
Tapi berbaloi lah untuk sesiapa yang kuat makan. Kalau setakat makan sikit2 tak payahlah membazir =,=

 Lastly, river cruise ! ni pun first time aku naik -,- RM 10 jugak. Agak berbaloi sebab rasa cam jauh jugak dia bawak . sambil dengar speaker pot pet pot pet pasal melaka. Ofcourse lah kitorang tak dengar, muka masing2 pon dah jadi poker sebab penat kenyang mengantuk.Time ni wani hilang fon, rupanya fon dia terjatuh sebelah kereta. Loll nasib baik piya parking tempat tersorok takde orang jumpa, kalau tak kirim salam jelahh. lesap fon kau dan malam tu gak kau balik KL dan kitorang pun takdelah mood nak bertrip lagi hahaha :P


 Second day, sebelum pergi Alor Gajah, singgah galeri lebah ! aku baru tahu ada galeri lebah ni heheh. Kat sebelah taman botani. Disebabkan free ( hehe ) kitorang masuk lah jugak. Banyak patung lebah comel2, pameran2 sarang lebah etc. Siapa minat bees boleh lah datang sini haha. Sempat gak kita belajar mesin pemprosesan madu, kan ? hahaha maklumlah baru je habis exam food engine lol.

Boleh try rasa madu. Omo sedapp macam2 perisa madu lebah. Penjaga galeri tu chinese, baik sangat. Serba salah sebab tak beli apa2. Tapi madu lebah asli botol kecik tu rm 30, kitorang dahlah pokai haha. ada jugak produk2 lain macam sabun, shampoo etc tapi mostly RM50++. Mestilah mahal, dari madu lebah asli. Dan semua patung2 dan cenderamata kat sini RM 20 je ! sorry ya amoi, im promoting your bees gallery here, next school holiday mesti ramai orang serbu you punya gallery kehkeh.lol

 Kitorang actually nak pergi kampung buku tapi tersalah jalan. Kitorang masuk hutan jauh sangat. Dah lama jalan tak jumpa jugak kampung buku. Tak memasal je exercise dalam hutan. last2 sebab dah penat kitorang tak jadi laa masuk kampung buku heheh. Boleh membaca dalam suasana hutan, aku pernah masuk sekali dulu.

Okay last ! A famosa water world. Adehh aku sebenarnya malas nak tulis pasal waterworld sebab baru je pergi haritu dengan bebudak matrik hahahaha.
Tapi kitorang pergi time cuti, kena bayar RM 41 hambekk kau.
Harga biasa RM 35. sabor jelah.
tak perlu pepanjang lebar cerita pasal A famosa. Sebab aku pernah cerita di sini.



Big ice cream ! Game baru kat A famosa. Thriller sangatt haha. Rugi plak rasa tak bukak mata time naik ni hahahaha. loll tapi seriously aku tak mampu nak bukak mata woii:p 
lepas turun dari situ pening lalat jadinya tapi bestt ! 

Tapi best lah, terubat luka di hati ini kena bayar mahal hahha.


sebelum balik. Bye korang ! maaf atas segala kekurangan layanan ;)

Okay, we stayed here ! 
disebabkan kitorang jalan sampai larut malam, kitorang duk kat homestay yang dekat dengan bandar melaka.
Homestay yang best, selesa dan murah. 
Dekat je dengan river cruise, nak jalan kaki pon boleh. 

Dan pagi tu kitorang sempat tengok perarakkan maulidurrasul dari homestay ni !








No comments:

Post a Comment