Thursday, September 19, 2013

new life @ new campus - kampus unisza tembila, Besut

Assalamualaikum.

7 september 2013.

kitorang pindah ke new campus di besut. Secara mengejut. Tak sempat
nak peluk puas2 kampus gong badak tuh hahaha.
Tak ramai pun yang pindah, ada lah lebih kurang 500 orang je. Fakulti informatik
dan fakulti kitorang ( Fakulti pertanian bioteknologi dan sc makanan ) atau lebih
popular disebut sbg FPBSM. Ohh ya, aku belum cerita lagi kat blog ni yang fakulti teknologi
makanan telah digabungkan dengan fakulti bioteknologi menjadi lah FPBSM . So no more fakulti teknologi makanan di unisza ni dahh hokayyy !
Tapi kitorang je paling senior dalam fakulti ni sebab hanya junior2 first year yang pindah sini. Senior2 third dan fourth year belum pindah sini lagi, mungkin sem depan. Doakanlah lab cepat siap okayhh :)

Jujurnya mula2 sampai sini rasa nak nangis.haha. Dahlah duduk pendalaman, wifi pun takde. apa pun takde ! Nak keluar susah sangat. Rasa macam 
dah terputus hubungan dari negara luar haha. Tapi alhamdulillah. pihak pengurusan
agak cepat lah jugak bertindak. Dalam masa seminggu kafe, kiosk, kedai fotostat, washing machine, perkhidmatan bas ke bandar, alatan sukan, etc semua dah disediakan. cuma wifi je entah bila nak ada =,= 

Kawasan asrama dan fakulti sangat jauh. kitorang kena naik bas kalau nak pergi kelas. Actually benda ni biasa je untuk
student U lain. aku selalu je dengar member kat U lain yang kena berebut naik bas pastu ucap syukur sebab kat unisza pergi kelas jalan kaki je :) Tapi bila dah pindah kampus yang lebih besar kitorang dapat rasa plak perasaan diorang,kena berebut naik bas. Tapi takdelah berebut pun,sbb bukan ramai pun student kat kampus ni.i mean buat sementara waktu ni.
lepasni taktaulah kan, sebab student pindah sini secara berperingkat.

tunggu bas. setiap kali tunggu bas snap satu gamba :P

kawasan asrama. besar gilaaaa *muka teruja*

fakulti informatik. Fakulti kitorang tak siap lagi, so buat sementara waktu
 kelas menumpang di fakulti ni

Kalau nak ceritakan kesusahan kat sini of course banyaaakk hehe. 
Tapi bak kata Dr kamarul ain,kita pioneer.
biasanya yang pioneer lebih berjaya sebab kita sentiasa berfikir untuk selesaikan masalah yang kita hadapi.Bukannya sentiasa hidup senang lenang. betul jugak tu, what to expect bila berada di tempat yang baru macamni? pembangunan yang besar macamni ofcourse memerlukan masa yang lama. 10 tahun akan datang belum tentu dah siap sepenuhnya.
so kena banyak bersabar :)

bilik asrama still sama macam kat gong badak dulu, cuma sini berkonsep hostel la, bukan macam apartmen kat kampus lama. satu bilik 2 org. seronok betul merasmikan katil, almari, meja study baru. aku nak buat cop kekal menandakan aku lah org pertama yang guna bilik ni haha.aku takde roommate. best gila tau takde roommate,
aku bebas buat apa pun tanpa perlu consider roommate.contohnya ampaian aku yg conquer sorg.meja study ni dah selamat jadi pantry.katil kosong pun jadi tempat aku lempar barangan.nasib baik aku tak guna dua2 almari haha.kalau nak melepak pun kat sini lah, takpayah consider org lain.

Kalau nak beli barang2, ada di pekan kuala besut ataupun nak lagi besar di Jerteh.
Kat Jerteh semua ada la. supermarket,guardian,kfc,pizza hut,secret recipe,stesen bas pun kat situ. Lebih kurang setengah jam dari Unisza.
Haritu aku survey tiket. Melaka-Jerteh rm57. Mak oii. Mahal gila. Dulu Melaka-Kuala Terengganu rm43 je. InshaaAllah aku nak try naik train dari Kelantan plak lepasni kehkehkeh. Rugi betul rasanya kalau tak jejak ke Pulau perhentian atau ke Kelantan. Dahh dekat wehh dengan jeti kuala besut ntok ke Pulau perhentian. No matter what happen aku mesti nak pergi sebelum tamat pengajian. hahahaha.

 Pekan Jerteh.


itu saja cerita mengenai pengalaman di kampus baru besut. Walau perit ( lah sangatt !) 
, ia satu pengalaman yang manis.
Nanti dah tua nanti mesti teringat ingat hahaha lol.

Bye, xoxo !

Thanks mummy for da wifi. Laju dak aku update ? hohoho.


103 comments:

  1. all the best ye kat camus baru tu,,kami kat gong badak terpaksalah hadap bangunan lama lagi..unisza oh unisza

    ReplyDelete
  2. akak saya dulu lepasan asasi sains uitm. klu gred upu saya 2.89, agak2 berapa keberangkalian saya untuk dapat tawaran ijazah bidang teknologi makanan ? last batch yang masuk dalam range pngk berapa ?

    ReplyDelete
  3. apply saja gerenti dapat. nnt kita jumpa disini.. ;=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh apply je. Pngk dalam 3.0 above tp apply je dulu, masuk dalam first choice. inshaaAllah ada rezeki.

      Delete
  4. kt tembila ni, berapa fakulti sebenarnye diorng set up ek?..setau sy ada 2 je...btol ker?tenq

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, officially skrg ni ada 2 fac saja. fakulti informatik dan fakulti biosumber industri makanan.

      Delete
  5. Akk saya dpt unisza.. hehe.. klu course komputeran internet kt kampus tembila ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah ! Welcome to Unisza ! hehe.
      yupp. kos tu kat kampus tembila..sebab fakulti awak kat tembila..kat offer letter ada mention nama kampus kan

      Delete
  6. salam kak . sy dapat kampus tembila kos pembangunan perisian. tp sy duk area kuala terengganu. besut jauh la. huhu. bole x kalau sy nk tukar kampus ? sy nk kampus gong badak T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm..hehe kalau dah kos tu memang kat tembila laa dik..mana boleh kat gong badak..fakulti awak kat tembila..
      mana ada jauh..akak ni lagi jauh dari melaka hahaha.

      Tahniah and All the best!

      Delete
    2. salam akak,saya bru dpt reslt upu 16/17 tdi, dpt kos smeeee lh pembngunn perisian hehe, best tak kos tu akak, org mmg mant it, tapi takot pulak rasa hahaha

      Delete
    3. Semua kos di unisza best hahaha

      Delete
  7. Assalamualaikum...akak saya dapat kos bioteknologi dan pertanian di unisza...so kiranya t saya pun tempat kediaman kat besut jugak kew...??

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum...akak saya dapat kos bioteknologi dan pertanian di unisza...so kiranya t saya pun tempat kediaman kat besut jugak kew...??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..tahniah..ya, kos awak kat besut. kita satu fakulti ;) Fakulti biosumber dan industri makanan. Welcome !

      Delete
  9. slm kak..sy fakulti undang dekat tmpat akak ke..sy dr jdt.
    tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Fakulti undang2 di kampus gong badak.
      Tahniah and all the best !

      Delete
  10. Assalam, saya fakulti informatik. Nanti time pendaftaran daftar dekat gong badak kan? Pastu barang2 letak dekat mane? sebab sy dkt kat dekat tembila besut. Klau orientasi dkt gong badak and stay sana seminggu, nanti pindah besut naik bas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ya, pendftran kat gong badak. Lepas orientasi, akan pindah besut. Lori disediakan untuk angkat barang2(nanti label la beg masing2)dan bas disediakan dont worry. sepanjang orientasi nanti, akan dapat bilik kat gong badak. So barang boleh simpan kat bilik tu. Kalau nak senang takpayah kemas barang sepanjang orientasi sbb nanti nak pindah jugak kann huhu

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  11. Assalamualaikum..nk tnya asrma dkt unisza katil single ka double?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. katil single , takde double decker huhuu.

      Delete
  12. Thank you for reply :) btw dekat tembila mmg takde tmpat shopping mall ke? dalam kampus tu ada koperasi tak? Ada mesin atm bank apa ye kat sana? Line wifi kat sana apa yg paling laju? Celcom? Yes? Maaf tanya banyak2 :') Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. pasaraya ade kat bandar jerteh, tapi takdelah shopping mall :D
      dalam kampus ade mcm koperasi tapi tak banyak sgt barang2 keperluan. Ktorg slalu kluar bandar je kalau nak beli barang..mesin atm ade bank islam je sebab unisza guna bank islam. Not sure about celcom, but yes quite okay, kitorg pernah guna yes.

      Delete
    2. Salam ....sye dpt kos teknologi makann di unisza ...sye dftr di gong badak ,lepas seminggu orientasi bru di pindahkan ke besutkan...sye nk tanye psl pakaiann hari pndftrn & mase orientasi...hari pndftrn pakaian bebas or kena pki tudung warna putih & kain hitam?....btw kak kos teknologi mknn senang x nk dpt pointer tinggi?

      Delete
    3. Salam ....sye dpt kos teknologi makann di unisza ...sye dftr di gong badak ,lepas seminggu orientasi bru di pindahkan ke besutkan...sye nk tanye psl pakaiann hari pndftrn & mase orientasi...hari pndftrn pakaian bebas or kena pki tudung warna putih & kain hitam?....btw kak kos teknologi mknn senang x nk dpt pointer tinggi?

      Delete
    4. Salam ....sye dpt kos teknologi makann di unisza ...sye dftr di gong badak ,lepas seminggu orientasi bru di pindahkan ke besutkan...sye nk tanye psl pakaiann hari pndftrn & mase orientasi...hari pndftrn pakaian bebas or kena pki tudung warna putih & kain hitam?....btw kak kos teknologi mknn senang x nk dpt pointer tinggi?

      Delete
    5. wslm..tahniah dpt foodtech ! Foodtech best sngat hahha,
      yup, lepas orientasi baru akan dipindahkan ke kampus tembila.
      setahu saya, pakaian semasa hari pendaftaran adalah bebas. tudung putih/kain hitam tu ada pakai sekali sekala semasa orientasi, depends pada arahan oleh fasilitator.
      pointer tinggi senang je nak dapat kalau rajin study, rajin buat assignment, rajin dtg kelas pendek kata nak berjaya kena rajinlahh inshaaAllah. Goodluck and all the best junior !

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Salam akak.kalau aktiviti koko yang tembila mcm mane?dia start petang ke pg??ada x cadangan utk yg kurang suka koko

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tak suka koku ? Tak suka koku sukan/persatuan ? Haha. Kalau mcm akak ni pun tak suka sukan so join persatuan mcm teater/khidmat masyarakat je hihi. Perjumpaan koku biasanya seminggu sekali, waktu hujung minggu. Tp depends jugakla pada penasihat masing2

      Delete
  15. Akak.terima kasih.tp nk tanya satu soalan lg.kalo bus dr tembila ke stesen bus kat bandar kuala terengganu.dia ada jadual jugak ke?ke ada setiap masa??ke ada bus unisza sendiri?atau bus luar?sorry bnyk tanya. :).terima kasih bnyk2 sbb membantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ada jadual tu cuma bas kita nak pergi kelas.. kalau nak pergi kuala tganu kena pergi sendiri la naik bas luar kecuali kalau ada program universiti diorg akan sediakan bas. kenapa, awk org kuala tganu ke ?

      Delete
  16. Bus nk pergi kelas tu dia ada tiap masa atau pagi sekali ptg sekali?kampus mmg jauh ke dr kolej kediaman?xlah akak.bus luar tu nk cari kat mane?stesen bus jauh xdari universiti?blh jln kaki ke?maaf bnyk sngt tanya ni.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bas ke kelas ada lah dalam 2 jam sekali, hihi. kampus ke kolej kediaman dalam 1.5 km penat gak la kalau nak jalan kaki. kalau nak bas luar kena ke jerteh. Dari uni ke jerteh dalam 20 minit, kena ambik teksi/sewa kereta/guna perkhidmatan van ke stesen bas jerteh.

      Delete
  17. Jauh jugak.van tu mmg ada kat kolej ke??xpekan akak bnyk tnye ni kn?hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. its okay, biasa la newbie banyak soalan hehe. van tu org luar, kena call kalau nak guna perkhidmatan dia. jgn risau, nanti ramai yg buat iklan kereta sewa kat kampus huhuu

      Delete
  18. Mcm tu ye.hehe.terima kasih banyak2 ye kak sbb bnyk membantu. :)

    ReplyDelete
  19. Salam kak.ada satu soalan lagi.bdk2 tahun satu kena pakai kemeja ke?ke ada jugak yg pakai tshirt biasa??terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pakai formal pada hari pendaftaran. Kalau nak pergi kelas tu pakai tshirt pon boleh.

      Delete
  20. Salam akak, saya akan pindah ke besut esok... dpat animal sc kat tembila... akak org melaka kan... saya nak tny, akak slalu balik melaka naik ape... bas or flight yg murah... tiket akak slalu beli brape rm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. selalu balik naik bas jeh, tak pernah naik flight pun. tapi ada jugak member yg naik flight, flight kadang2 dapat murah kena selalu survey tiket lah. tiket bas melaka-jerteh antara RM50-RM60 depends pada bas

      Delete
  21. Salam. Nk tanya, kt mana awk buat latihan industri?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. mamee double decker, melaka. kenapa eh ? :)

      Delete
  22. Assalamualaikum akak, saya nak tanya kalau kos komputer mmg dkt kampus tembila eh? Best tak environtment dia? semua baru eh? saya ingat nak apply dkt sini lah hihi macam best je lepastu tentang hostel sebilik berapa org? and one more thing kalau nak apply degree Universiti lain boleh tak ke kena sambung di Unisza jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..ya, fakulti informatik komputeran di Tembila..kampus tembila ni masih baru lagi, sekarang ni makin banyak pembangunan yang dibuat sikit2, inshaaAllah. Hostel satu bilik 2 orang, tempat baru kan..so memang hostel selesa la. hehe.
      And akak tak berapa paham soalan awak yg terakhir tu..awak sekarang diploma ke ? kalau awak diploma unisza, boleh sambung degree ke universiti lain. menjawab soalan tak ? hee

      Delete
  23. Diploma teknologi maklumat kampus gong badak or besut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kos awak under fakulti informatik dan komputeran, semuanya kat tembila..termasuk diploma dan degree

      Delete
    2. Akak ade wasap tak? Saya nk pm. Tanye pasal kampus tembila ni. Kalu ade beri nombor tepon ye kak.. tq

      Delete
    3. Akak ade wasap tak? Saya nk pm. Tanye pasal kampus tembila ni. Kalu ade beri nombor tepon ye kak.. tq

      Delete
    4. awk pm fb bole tak ? Kat tepi blog ni ade banner fb :)

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Sorry salah hantar 2 kali pulak.. hehe

      Delete
    7. Tepi blog kat mana kak? Tak jumpe pun..

      Delete

    8. fb email : qilanisahasan@gmail.com

      Delete
    9. Tepi blog kat mana kak? Tak jumpe pun..

      Delete
  24. Assalamualaikum,saya nak tnya,,untuk apply post graduate kos pertanian dan bioteknologi mcm mana ye? Trima kasih..
    fnjblack@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam. You can apply online here:
      https://pps.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=42&Itemid=101

      Delete
  25. Assalam akak. Saya suka gila blog akak. Buat saya suka gila dekat food tech. Saya lepasan matrik. Pointer 3.62 . Akak rasa saya boleh dapat tak food tech unisza ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. wowwww glad to know that ! InshaaAllah boleh, pointer awk tinggi dah tu, akak dulu 3.5 je haha. yg penting kalau awak betul2 nak, masukkan kat choice no 1 tau ! All the best, akak doakan awak dpt foodtech unisza ;)

      Delete
    2. Wahhhh. Yeayyyy. Semangatnya bila akak cakap mcm tu. Pilihan 1-3 saya, saya memang letak unisza. Tapi food tech saya letak choice 2 . Bcoz i'm still confuse nk letak dietetik atau food tech utk 1 choice .

      Delete
    3. sama lah kitee. dulu akak letak first choice dietetik. second choice foodtech. Tapi takde rezeki dpt dietetik, alhamdulillah foodtech yg terbaik haha

      Delete
  26. Owrait. Tengs akak. Risau sgt. But now dah semangat semula. Doakan saya tau. Temgs for ur information n ur support. Luv u. Muahh. Btw, blog akak memang nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq ! Get me know if awak dpt unisza okeyhh.

      Delete
  27. Akak nak tanya .. ade beze ke kos sain pemakanan dgan food tech kat unisza ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beza dik..kalau sains pemakanan tu under fakulti sains kesihatan. Foodtech under fakulti industri makanan.
      Foodtech more to industry and technology - cthnye new products/machines/quality control and more.
      Sains pemakanan akak tak berapa tahu secara mendalam but it is more to nutrition.
      Senang cerita, sains pemakanan work with peoples, foodtech work with machines and technology.

      Delete
  28. Salam akak .sy nak tnya kalau fakulti sains kesihatan (sains pemakanan) .kampus dia kat mana eh ?gong badak or tembila besut ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Kalau fakulti sains kesihatan dekat kampus kota. Kampus kota ni kat Kuala tganu jugak, lebih kurang setengah jam dari kampus gong badak

      Delete
    2. Oh macam tu. Terima kasih. Tpi kan akak saya xbrapa sure kos sains pemakanan tu under fakulti apa. Sbb dah google tdi. Kjap ad kat fakulti sain kesihatan. Kjap tak. Btw saya dapat unisza! Hahha best tak akak unisza?

      Delete
    3. Tu kos baru..tak silap under fakulti sains kesihatan sbb penah nampak kat portal. Tahniahhh haha. Bolehlaa best la jugak unisza haha. Goodluck ye

      Delete
  29. As salam akak,skrg wifi xde lg ke kt sna?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Dah ada wifi daa. Tp nasib ah kadang2 tak dpt wifi jugak haha

      Delete
  30. Environment kompus kota best tak akk ? Sy dpt smbg sc makanan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pernah duduk sana pon hehe. Tapi masa first n second year penah ade lab kat kampus kota. Kampus tu kecikk je. Utk fakulti perubatan. Bestlaa kot. Dekat dengan bandar haha

      Delete
  31. Haha...ok...akak dh grad ke?stkat ni..brpe rmai yee pljr kt tembila?mmg pluang ntuk dduk hostel after first year mmg tipis eh kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yupp. Dah habiss inshaaAllah grad tahun ni. Bpe ramai tu x sure la tapi makin lama makin ramai la intake kat kampus tembila. Susah sikit nak dpt hostel haha sebab hostel terhad. Tapi akan ada hostel baru dibina, tak sure bila siap. Awak doa la tahun awak hostel tu siap, ade la chance duk asrama haha

      Delete
  32. Salam akak. Sy dpat kos network security. Kat tembila gak kan? Tapi kna dftar kat gong badak dulu. Lpas dftar terus ke kampus besut ke? Atau pergi daftar je? Satu lagi, masa daftar kena pakai baju kurung biasa je kan? Hehe. Maaf banyak tanye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya lepas daftar akan orientasi seminggu dulu kat gong badak. Yup, baju kurung biasa jee

      Delete
  33. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum, kak Nisa. saya Norjihan. saya dapat uniSZA di kampus besut kos teknologi makanan. nak tanya, asrama dia mcmna ye?

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. Assalamualaikum, kak Nisa. saya Norjihan. saya dapat uniSZA di kampus besut kos teknologi makanan. nak tanya, asrama dia mcmna ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Hai junior ! 3 blok asrama, 2 blok perempuan, 1 blok lelaki. Satu bilik 2 orang, katil single. Best jugaklaa asrama sebab kampus besut baru lagi kann. Ada wifi cuma maybe certain tempat wifi x berapa kuat. Tingkat bawah sekali ada mesin basuh, dryer, pantry, water cooler. Apa lagi awak nak tahu erk hehe btw gudluck

      Delete
    2. hee maaf lmbt respon semula. anyway, dah selamat menjadi pelajar baru unisza. hehe. and yes, kampus besut agak cntik drpd kampus gong badak even jauh sikit dri bandar. suasana yg sgt mnenangkan disini sesuai untuk bljar inshaaAllah =)

      Delete
  37. Hai kak, nak tanya. Facility sukan apa je yang ada di kampus tembila, besut ni ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Ada pusat sukan, and boleh la pinjam basikal/bola/racket etc.
      2. Outdoor gym
      3. kayak pon ada sebab tembila ada tasik
      4. memanah
      Rasanya tu je kot. hehe

      Delete
  38. Salam akak. Saya dapat kos biotech pertanian.Saya nak tanya masa orentasi nanti pakai baju apa ye? Pihak unisza ada beri baju ke?

    ReplyDelete
  39. Salam akak. Saya dapat kos biotech pertanian.Saya nak tanya masa orentasi nanti pakai baju apa ye? Pihak unisza ada beri baju ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. unisza ada bagi baju, and biasanya pakai baju kurung je

      Delete
  40. Akak Kat sne duk dlm k? Atau sewa Kat luar? Klu sewa akak tak no pemilik rumah sewa. Sbb tkut x dpt duk asrama nnt.

    ReplyDelete
  41. Akak klu nnt klu Ada info ttg pemilik umah sewa blh x email sya hanna_aten97@yahoo.com

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum...Qila Nisa...dan adik2 lain...maaf mencelah...akak nak tumpang iklan...akak pemilik umah sewa sekitar unisza tembila...sesiapa yg perlu umah sewa blh wassap 014 5253589..tq

    ReplyDelete
  43. Assalamualaikum akak. Saya nak tanya kalau saya nak tukar course kepada dietetik boleh ke?. Kemudian, foodtech mudah ke dapat kerja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh tukar course tapi perlu masuk kelas dalam 2 minggu mcmtu, lepastu proceed ke dekan fakulti untuk penukaran kos. Nanti dia akan tengok lah requirements dan kekosongan yg ada utk tukar kos. Bagi sy foodtech senang dpt kerja, 90% seniors foodtech dah kerja, akak sendiri lepas habis study terus dapat kerja alhamdulillah.

      Delete
    2. Assalam akak, boleh sy tahu akak kerja apa dan di mana skrg? 😅

      Delete
    3. Wslm. Lepas habis study, im working with Burger King as assistant manager setahun setengah. Now Operation executive in retails dah lari bidang hehhe.

      Delete
  44. salam kak, nk tnya..kalau dari diploma foodtech nak ke degree foodtech, boleh transfer kredit tak?..tapi sy lepasan diploma uitm

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm yup boleh. sbb ada classmate dari poli transfer kredit

      Delete
  45. Assalamualaikum kak, saya bakal menyambung ism teknologi maklumat (informatik media) saya nak tanya sepanjang sesi orientasi ada pakaian wajib tak ? Selain tu , adakah kalau kita berpindah dari gong badak ke besut masih mempunyai roommate yang sama ke sudah ditetapkan juga ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. orientasi ada pakaian ditetapkan, boleh rujuk kt surat. Rasanya ada dpt time terima offer letter kot. gong badak n besut different roommate

      Delete