Sunday, November 11, 2012

Hukum contact lens.


Assalamualaikum.

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;


1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]

3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.

Wallahu A’lam.



Terbaca dari sebuah blog dan dikongsikan di sini.
Sebab aku pakai contact lens lah.
So takpayah pelik lah kalau kejap aku pakai speck, kejap tak pakai speck.
Rabun aku ni agak teruk jugak. Umpama orang buta jugak kalau tanpa speck.
ohh satu nikmat dariNYA telah ditarik. Bersyukurlah pada siapa yang mampu melihat dengan
jelas sejelas jelasnya.

Tapi aku ni agak malas jugak, most of the time pakai speck.
leceh jugok contact lens bagai ni actually haha.
Dan, i'm getting sick got a few same questions dari mereka yang tidak tahu,
''apesal kau tak pakai contact lens yang ada kaler ?''
Karang aku jawab berdosa haram apa semua ko cakap aku berlagak alim lah pulak.haha.
so jawapan selamat aku jawab in terms of medication lah.
Contact lens yang berwarna ada bahan kimia lah, nanti terlekat kat mata lah,ape lah. Tapi sebab utama aku mestilah sebab hukum dalam islam.
Cukuplah colourless kanta lekap saja bagiku, 
asal dapat tengok dengan terang dan jelas sudahlah.

so takpayah lah nak mata warna warni .
Kalau tak rabun pon, toksah lah pakai contact lens tu. Mata yang diberi Allah
dah cukup cantik dah tuuu :)

No comments:

Post a Comment