Friday, March 20, 2020

KOREA 2020 : DAY 2

Assalamualaikum.

Sebelum ke story Korea ni,
nak update sikit, 
Malaysia telah melaksankana perintah kawalan pergerakan selama dua minggu, 18 March 2020 hingga 31 March 2020, di mana semua dikehendaki mengawal pergerakan, just stay at home dan semua premis yang tidak berkaitan tentang keperluan asas hendaklah ditutup, termasuklah outlet tempat kerja aku. Pasar borong, pasar tani, rumah ibadat, masjid, dan mana2 aktiviti melibatkan perhimpunan awam juga ditutup selama ini. Ini adalah kerana virus COVID-19 yang bukan saja menyerang Malaysia, malah telah mengakibatkan kematian beribu penduduk di seluruh dunia. Setakat entry ini ditulis, kematian di Malaysia adalah sebanyak 3 orang, manakala yang dijangkiti pula telah meningkat naik kepada 1000++ orang. Wah tiber macam pemberita pula. Alhamdulillah aku dan keluarga masih sihat dan selamat, semoga Allah melindungi dan mengampuni dosa2 kita semua. Sentiasa berdoa semoga semua ini akan berakhir.

Boleh dikatakan sangat2 rezeki kitorang sempat ke Korea sebelum corona outbreak, sebab dua hari selepas kitorang balik, dah start merebak virus tu. Dan Korea memang antara negara yang sangat terjejas, sekarang ni memang takde pelancong ke sana kecuali pelancong degil dan jenis berserah nak kena penyakit lol. Ramai sangat yang kerugian bukan sedikit sebab terpaksa membatalkan percutian, termasuklah kerugian pakej2 tour korea. Allahu semoga Allah mengurniakan rezeki yang lebih besar buat kalian amin :D

So disebabkan dah cuti dua minggu mereput di rumah ni, aku dapatlah update segala cerita yang tergendala. Diharapkan sehari dapatlah siap satu entry aminn :D

So untuk hari kedua di Korea, aktiviti kitaorang adalah shopping di Namdaemun dan Myeongdong street ohyeahhh.
Okay cuaca sangat2 sejuk ok, kadang rasa nak shopping pun takde mood hahaha. Tapi nasib baik tour guide bawak shopping dalam kedai, so takdela sejuk sangat time beli souvenir tu. Pastu kalau sejuk sangat acah2 masuk dalam kedai sebab nak rasa heater haha. Fuhh tiba2 rindu kesejukan Korea! 

Di Myeongdong, banyak betul kedai2 kosmetik yang femes, ko sebut jelah nak apa. Nature republic, tony moly, etude house, innisfree, the face shop, banila co, laneige, etc semuanya ada! Tapi for me, yang betul2 murah hanyalah face mask je kalau convert haha. Aku beli mana yang betul aku pakai je, mcm bb cream, pencuci muka, face mask, blusher mcmtu la. And aku beli campur2 product.
Sebab kulit aku jenis boleh tepek je semua benda, setakat ni aku pakai semua takda apa masalah pun, so kena tengok jugak jenis kulit masing2 oke. 
And paling berpatutan adalah nature republic bagi aku. I love the foundation, menyesal beli 2 je haha. Cari kat shoppee takde jual uhuks.

 Myeongdong street.

 Actually banyak je kedai lain mcam kedai kasut JD dan FILA tapi kitorang x masuk sebab just target nak beli kosmetik je haha.

Banyak kedai accessories macamni, masuk nak bergambar je bukan beli pon haha.
Namsan tower tapi tak nampak sangat ditutupi kabus pagi.


Kedai tshirt paling murah di Namdaemun, 4000 won sehelai. Kat myeongdong tshirt mahal okee 10000 won.

 Kedai souvenir di Namdaemun. Please jangan beli souvenir kat tempat lain selain kedai harabeoji ni. And kedai ni sangat femes dalam kalangan pelancong Malaysia, diorang gelar kedai cik salmah. Peramah sangat anak beranak ni, pastu murah pulakk tu souvenir kat sini. Sangat2 berbaloi sebab tengok kat myeongdong harga jauh beza sangatt.

 Beli gelang kat kedai ni.
Aku tak beli pun sebab bukan jenis suka sangat pakai accessories.
Yang beli kat Sabah 3 tahun lepas pon tak pakai lagi haha.

 Beli kerongsang korea kat sini. Harga berbeza ikot size. Yang kecik dan sederhana tu kalau campur 3 for 10k won.

 Souvenir shop with oppa, beli cap dak beng dengan telinga arnab tu. Pakai kejap je pastu rasa semak, balik Malaysia bagi kat Dudu haha.

Infront of our guest house, Alice Residence.
Ramai orang Malaysia kat sini :D


Kat myeongdong jangan lupa singgah restoran Kampungku, sedap gilaaa tomyam dan ayam goreng dia. Staff pon orang Malaysia, and usah disebut lagi, restoran ni memang popular dalam kalangan pelancong Malaysia. Ada surau sekali k kat sini. Kitorang singgah makan dua kali kat Kampungku. Sebelum balik tu singgah lagi haha.

Will continue with day 3 story haha stay tuned.


No comments:

Post a Comment