CLICK HERE

Sunday, April 2, 2017

Two months story

Assalamualaikum.

Rasa macam tak percaya. Dah 2 bulan aku tak update apa2 langsung kat blog ni. Seriously time flies so fast! Bermacam macam dah benda berlaku dalam 2 bulan ini. Tak tahu nak update mana satu dulu hahaha. Salah satu faktor aku tak update blog sebab internet kat rumah sewa tu rosak lepastu i cant connect with the wifi. Pastu bila aku balik rumah je, aku tak bawa balik laptop sampailah lama2 aku terlupa.

Dan disebabkan aku nak clear handphone aku dengan gambar2 yang melambak ni, aku update blog hahah. Nak delete sayang plak, nak transfer malas, maka letak kat blog. Ade lah jugak kenangan. Bagi aku setiap gambar ada story tersendiri ecececehhh.

Firstly, first time aku bercuti 3 hari, sebab audit for first quarter dah selesai. Dah boleh menarik nafas lega! Ceritanya, we failed the first audit because of some issues and auditor came for re-visit after about a month, and we got good result, Alhamdulillah. Only Allah knows after we failed the first audit, everyday we need to fix all the things and trained crews properly. Nak cuti pun takut takut risau kalau auditor datang, hari2 prepare untuk audit, dan terpaksa bekerja lebih masa (managers dont have overtime, so we need to work hard to fix things). Alhamdulillah mungkin kerana berkat usaha keras kami, dapat juga result yang baik. Lepasni target yang lebih baik untuk next audit InshaaAllah.

Itu cerita tentang kerja,lah.

Untuk life update, takde apa sangat kot. Aku masih macam ini lah, forever alone dan kuat tidur LOL. 

Makan dengan housemates aka roommates. Kak fatin dan kak qila dua2 roommate aku, ni first time ktorg keluar makan sama2. Kitorg makan kat The Pancake House, IOI City Mall sebab kak qila manager kat situ. So dapatlah merasa pancake yang sedap gila! dan tako yang sedap sangat hehee. Sedap sebab first, memang sedap lahh dan second mestilahh sedap sebab free wakaka.

Disebabkan kekampungan aku, first time ke IKEA. LOL. Kak fatin yang ajak ke Cheras, aku ikut je. Selama ni aku wonder jugak kenapa orang suka ke ikea, aku masuk dalam tu siap menguap lagi. Bosan gila hahaha, yelah mungkin sebab belum di usia yang minat perabot ke pinggan mangkuk ke apa, rumah sendiri pun tak ada haha. Dan semestinya makan meatball. Sedap !

Macam biasa, family visit hahaha.
Setiap kali pegi kat kitty mesti singgah Alamanda, hantar nunun ke klia haritu pon singgah Alamanda, diorang kat store ckp family aku suka datang hahaha. Biar lahhh kan.

Ni plak bebudak ni hanta kat wasap. Aku nak delete so letak la sini buat kenang kenangan hahaha. Banyak selfie time closing, mana taknya kul 1 pagi baru siap keje luls. Letih dah nak membebel, kadang2 layan jelah perangai diorang.

My bestfriend, Ummi Kalthum got married secara mengejut, haha. Mengejut sebab dia tak bagitahu apa2 tiba-tiba dah jemput kenduri. and aku tak sempat ke kenduri kahwin dia. Maka aku dengan syud melawat ummi a week after her kenduri. Maaflahh, ramai sangat kawan2 kahwin aku tak dapat pergi :( Because of my work, time weekend mana boleh cuti sangat kecuali ada hal2 penting. 


Aku doakan kebahagiaan ummi dunia akhirat, aminn :D Tak percaya ummi dah kahwin dan ada hidup sendiri, terbayang balik kisah kita yang suka merepek repek dulu haha. Syud pon sama.

Untuk kawan2 lain pun sama, ramai sangat aku tak pergi kenduri, huwaaaa maaflah. Risau kenduri aku tak ada orang datang kahkahkah. 

Kak tikah, our cousin also got married on 1 April. Semoga rumah tangga yang baru dibina dirahmati Allah dan kekal hingga ke akhir hayat.

Itu sahaja update untuk kali ini. Haha. Rasa macam ada entry yang tertangguh, iaitu entry Jepun hahah. 


No comments:

Post a Comment