CLICK HERE

Tuesday, October 25, 2016

Hari Jubah Saya

Assalamualaikum.

23 October 2016.
Akhirnya, officially graduated yeay! Alhamdulillah Ya Allah, segala kesusahan, kepenatan dan pengorbanan selama empat tahun plus setahun di matrik berbaloi jugak dengan kejayaan ini. Even rasa terkilan sikit, pointer sikit je lagi nak first class degree hekhek. Takpelah, ada hikmah kot, banyak lagi rezeki Allah bagi pada aku. 

Contohnya, already got a job before convocation. Masa aku tengah busy fyp haritu aku ingat lagi, aku call ibu. Cakap risau belum start cari kerja lagi. Sebab aku memang target nak kerja sebelum konvo. Tapi masa tu ibu suruh fokus je dulu kat fyp. And dimurahkan rezeki dapat melancong ke Jepun selepas habis exam, dan balik je terus dapat kerja. Itu bahagian aku, setiap orang rezeki lain2 kan.

Selalu jugak baca confessions kat internet tentang kesusahan graduan sekarang nak mencari kerja, and bersyukur aku tak perlu menunggu lama nak dapat kerja. Dan aku harap kawan2 seangkatan lain yang belum bekerja, banyakkan bersabar dan teruskan berusaha dan bertawakkal pada Allah. Ada rezeki, cuma lambat sikit. Itu maknanya Allah nak kita teruskan berdoa. 
And enjoy lah dulu zaman belum kerja, dah kerja nanti konfem stress wakaka.

Oke back to konvokesyen story.

Sampai je Terengganu hari Sabtu dalam pukul 4 petang, terus ambik jubah dan pergi photoshoot tepi pantai. Gigih nak jugak bergambar even aku ni hah tak check in hotel langsung, terus pegi bergambar hahaha.

Untungnya universiti pantai timur ni, ada pantai untuk bergambar. 





Balik hotel, terus booooommmm tidur. Penat gilers. Tak sempat pergi jamuan malam tu sebab pukul 8 tu semua dah pengsan. Maaf kawan2, memang tak dan nak pegiii.



Esoknya, hari bersejarah kami ! Selfie la sementara beratuq nak masuk dewan tu. Rindunya kat kawan2 haha. Ktorg sempat jumpa kejap je, serius la lepas habis je majlis masing2 nak cepat. Ada yang nak balik rumah cepat, dan susah nak jumpa dahlah sebab semua nak approach family kan. Sampai skrg rasa macam sedih jugak sebab kejap je dapat borak2 dengan kawan2 uuuuuu.



 Bachelor of food technology, UniSZA.
Batch 6.



I love youuu ibu ayah :D




Di kesempatan ini, nak jugaklah buat appreciation post. 

First, terima kasih ibu dengan ayah. Terlalu banyak pengorbanan ayah ibu untuk akak, dari kecik sampailah dah dewasa ni hah. Sampai dah kerja ni pon, ayah ibu sanggup hantar dan jemput training ke kuantan, hantar ke putrajaya, belikan macam2, bagi duit dan macam2 lagi lahh, semuanya untuk keselesaan dan kesenangan aku. No words can describe betapa aku sgt menghargai dan berterima kasih pada ayah dan ibu. Kadang2 bila aku penat belajar. Kadang2 bila aku rasa nak give up. Kadang2 bila rasa down sangat, bila teringat semua pengorbanan ibu ayah, memang terus kuat. Ibu ayah memang sumber kekuatan aku. Sekarang ni pon bila aku penat kerja, bila aku penat rasa nak lupakan semua, mesti aku fikir ibu ayah dulu. Terima kasih sgt3. Taktahu nak balas macam mana, ijazah ni untuk ibu ayah! Please keep pray for me, sebab tanpa doa ibu ayah, memang tak ke manalah aku. Semoga segala penat lelah dan pengorbanan ibu ayah dibalas dengan syurga, Aminn :)

Second, terima kasih juga untuk families and siblings yg lain yang beri sokongan dan mendoakan.

Third, terima kasih para guru dan pensyarah yang mendidik. Terkilan kejap sebab tak sempat jumpa lecturers after bergambar. Kelam kabut je pergi, tak sempat nak jumpa lecturers yang dah banyak berkorban. Terima kasih prof, dr dan semua lecturers! Jasamu dikenang!

Fourth, terima kasih kawan2 seperjuangan. Terutama kawan2 rapat aku yang bersama since first day orientation week lagi! Of course wa, mommy dengan piya. Sampai 4 tahun melekat jelah dengan diorg sampailaaa graduate sama2 Alhamdulillah. Dulu kita berangan je kan, tak sangka dah konvo akhirnya. Tanpa korang jugak, tak tahu macam mana hidup di unisza ni, konfem suram dan sepi je kan tanpa lawak sengal masing2. Terima kasih atas segala ilmu, perhatian, sengal2 dan segalanya lah. Terima kasih sebab ada di sisi selama 4 tahun ni. Jumpa lagi korang !! Goodluck untuk future masing2, majlis kahwin sesapa nanti kita jumpa la erk. Waiting for who will get married first. Wakaka.



Dan terima kasih kepada semuaaa tak terucap rasanya. Kejayaan ini tak mungkin tercapai tanpa anda semua. Kawan2 sekelas yang banyak tolong saya, especially time fyp ramai yang tolong. Thank you sangatt.

Konvo sehari je, lepastu dah back to normal life. Kena hadap kerja balik dah, itulah kehidupan kan. Back to my no life LIFE haha. Of course kehidupan aku masih panjang. Masih hijau dalam dunia pekerjaan, baru nak berjinak-jinak dengan kehidupan luar yang sangat mencabar. Segalanya kena buat sendiri, dan aku yakin itu semuanya pengalaman untuk mematangkan aku. Dan mestilah pencarian untuk seorang suami soleh pon harus bermula. hahahaaha. Degree dah ada, kerja dah ada, everyone will be like KAU TUNGGU APA LAGI ?! Okay lah aku sebenarnya nak tunggu tukar kereta tahun depan hikhok.

Lastly, officially a bachelor of food technology holder and already an alumni of UniSZA.

Bye!

2 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete