Saturday, September 3, 2016

Japan 2016 part 6 : Welcome to Osaka

Assalamualaikum.

So untuk harini, aku akan continue dengan cerita ke Osaka pulak. Dari Tokyo ke Osaka, boleh naik bas/shinkansen/flight. So ktorg memilih flight, kejap je dalam satu jam setengah camtu dah sampai. Kalau naik bas dalam 8 jam mcmtu kot. Rasanya jaraknya macam dari Melaka ke Terengganu laa.

Flight pukul 8 malam, so ktorg gerak dari rumah pukul 4 pm. Pagi tu tak pergi mana2, best gilers tido sampai tengahhari, maklumlah dah 4 hari berjalan tanpa henti bhahaha. Kat Tokyo ada 2 airport, iaitu Narita dan Haneda airport. Time arrival haritu ktorg sampai di Haneda, tapi untuk ke Osaka ni ktorg naik flight from Narita. 


 Ktorg naik flight domestik Jepun, bernama Peach. Comel je nama, kaler pon comel kaler purple pink haha. Flight kecik je, yang lawaknya orang kerja di kaunter luggage tu ialah org yg sama mintak tiket sebelum departure haha. Sikit nau pekerja dia. Nasib baik pramugari orang lain, kalau orang yang sama taktahu lah den nak cakap apa.


Kat narita airport banyak pulak benda ni membuatkan diri ini terasa geram nak mencuba bhahaha. Kononnya nak satu souvenir dari narita airport. 

End up with - i dont know what the heck is this !!

8 malam dari Tokyo, pukul 10.30 malam dah sampai Osaka airport. Ktorg punya apartment boleh check in 3 pm keesokkan harinya, so malam ni ktorg ajet2 backpackers lah bermalam di airport hahaha. Kalau backpackers nak jimatkan kos bermalam, memang diorang akan bermalam di airport je.

Time turun dari flight, takde skybridge, kena lalu luar. So dapatlah snap this cute flight, Peach! Comellaaa nama peach. Peach. Peach. Ko pehal.
Sampai sini kat terminal 2, ada shuttle bus untuk ke terminal 1. Free je. Memang diorang akan sediakan bus sebab terminal 1 dengan terminal 2 agak jauh.

Alhamdulillah, arrived Osaka already ! Mari mereput di airport.

And malam tu selepas makan pasta segera, ktorg duduk dan tidur di kerusi je. Memang ramai orang yang tidur kat kerusi tu, so takde lah rasa takut sangat. Ada surau, tapi kawasan surau tu agak terpencil dan jauh dari orang ramai. Kalau datang ramai2 bolehlaa nak tidur situ, ktorg bertiga je. So better tidur kat kerusi je, ramai orang kan. 

Boleh je bermalam di airport, cuma nanti akan ada polis datang, and dia akan mintak passport. Dia tulis ape bende ntah kat buku rekod dia, lepastu dia tunjukkan kertas yang tertulis pesanan berhati-hati dengan barangan berharga daripada dicuri. So kita angguk2 jelahh sambung tidoq. Honestly aku tak berapa lena sangat pon tidurr, sebab walaupun ramai orang still rasa risau jugak.


Dalam pukul 4 pagi macamtu gerak ke surau, untuk solat subuh. Kat surau ade lah jumpa group2 malaysian, ceh kalau tahu ada orang awal2 tadi dah tidoq situ kan, lena sikit tidur dari kat kerusi tu haha. So lelap2 mata kejap, dalam pukul 5 pagi macamtu ktorg pon gerak untuk cari tempat mandi. 6 pagi dah terang benderangg dahh.

Best sangat tempat shower, selesa dan bersih. Siap ada sabun dan shampoo. Harganya ialah 500 JPY untuk 15 minit. Kita masukkan je duit, so air akan keluar. Sebenarnya 15 minit tu mandi berdua pon takpe, kalau lelaki lagi lah boleh share 3 orang kot sebab simple je kan haha sebab sorang mandi berapa minit je woi. Aku mandi 5 minit je hahaha bukan kat rumah nak lama2, tak payahlah nak bersauna ke scrub ke ape. Dapat basuh muka gosok gigi sabun ala kadar dah lahhh. Asalkan dapat segarkan badan. Yang bestnya dalam tu siap ada cermin panjang semua. Aku menyampah betul kalau pakai tudung takde cermin panjang, so i really like this shower room !
Lupa plak nak tangkap gamba. 

Lepastu bersarapan di burger king, beli fish burger. Staff situ pandai cakap terima kasihhh haha. Sapelah yang mengajor agaknye LOL. Lepas sarapan pergi pulak beli 2 days Osaka Amazing pass kat tourist information centre, kena tunggu kejap sebab kaunter bukak pukul 7 lebih kot, tu pon ramai dah beratur sebelum kaunter bukak.

Kalau mai Osaka, wajiblah beli pass ini. Sangat2 jimat oke!

 6 pagi yang terangg. Sambil tengok pemandangan sambil breakfast. Uuu burgerkingg, boleh tak nak outlet posting nanti kat Jepun? ha ha lawak.

Then ktorg ambik train ke Namba station. Di Namba station, cari coin locker untuk simpan beg, seriously masa tu menyampah gila nak kena tolak2 beg, susah nak bergerak haha. Dah simpan beg, legaaa sangat dah takyah mengusung beg. Locker tu makin besar makin mahal harganya. Share lah satu locker bebanyak beg kalau muat. Macam aku punye coin locker yang medium 600 JPY kot, share dengan liah. 

Lepastu, ktorg gerak ke Kyoto ! Cerita Kyoto ni next entry.

Actually plan nak pergi Nara selepas Kyoto, tapi MashaaAllah masa tu memang tak larat sangat2. Kyoto berkali ganda panas dari Tokyo, dahlah sepanjang malam aku tak tidur, jalan sepanjang hari lagi. Pergh. Masa tu serius rasa nak balik Malaysia je terus hahahaha. Orang cakap, bila berjalan ni 3,4 hari best lah. Bila dah lama sangat dah bosan okay we feel it now lol.


So ktorg cancel hajat untuk tengok deer dekat Nara deer park. Memang tak laratt. Sampai di Namba station nak cari semula beg ktorg tu. Tahu tak Namba station ni besar sangat sangat sangat. Ktorg sesat! Masa tu rasa nak menangis je cari2 locker beg ktorg tak jumpa. Turun naik tangga pergh pengalaman sangat hahahaha. Rasanya dalam sejam jugak berpusing-pusing cari locker tu. Aku ade ambik gamba locker tu, tapi tempatnya still tak dapat dikesan luls.


Last2 ktorg tanya security guard, dia mintak kunci locker, lepastu guard tunjukkan coin locker ktorg alhamdulillahhhh. Legaa sangat, awat lah dari awal tak tanya dia je kan senang keje hahaha.


 So i dont know why i took this picture actually, konon2 tak nak sesat atau terlupa, end up terlupa jugakkk hahahahha. Besarr weii namba station ni !

So dari Namba station, terus ke Tamade station, cari apartment ktorg pulak. Lagi sekali dalam keadaan exhausted tu kena mengangkat luggage naik tangga sebab takde lif/escalator lol. Alhamdulillah tak susah pon nak cari. Sebab website tu dah siap tunjukkan jalan ke apartment.

And i just love this apartment so much, ruang yang kecik dan sempit tapi selesa dan lengkap. Semua ada! Mesin basuh, tempat memasak blablabla.


 Ruang bawah yang sempit tapi mampu memuatkan - toilet, dapur utk memasak, tv, peti ais, water heater, rice cooker, almari. Tengah2 tu ada meja dan kerusi tapi ktorg alihkan.

Toilet yang sempit tapi lengkap. Shampoo, ubat gigi, sabun, conditioner. Tapi sempit, kalau mandi terlanggar-langgar dinding hahaha.


Lepastu tingkat atas ruang untuk tidur, ada 2 tilam disediakan, siap tuala dan bantal semua. Kat balkoni ada mesin basuh. Apa yang aku perhatikan di Jepun ni, diorang memang akan utilize kan betul2 ruang yang ada. Sebab penduduk ramai kan, so mesti ruang rumah semua terhad. So their arkitek kena bijak lah gunakan ruang semaksimum yang mungkin hahaha macam good good je aku.

Overall, Osaka is quite different with Tokyo. Kat Tokyo, kawasan bandar so kita akan dapatlaa tengok semua orang2 yang bekerjaya dan berpakaian kemas2 je semua. Di Osaka, kebanyakkannya memang ramai warga emas je haha. Osaka ni mcm kampunglahh. Ramai orang tua2 je, yang muda2 pon tak berpakaian sekemas orang di Tokyo. Yang selekeh2 je ahhaha.

Okay next time will continue with Osaka entry, stay tunedd.



Read previous entry : Tokyo Disneyland


No comments:

Post a Comment