CLICK HERE

Tuesday, August 16, 2016

Pengalaman di Jepun 2016

Assalamualaikum.

Alhamdulillah berpeluang menjejakkan kaki ke Jepun selama lebih kurang 10 hari. Dapat cover Tokyo dan Osaka. Banyak sangat pengalaman yang aku dapat. Terasa tahap kematangan diri ini meningkat satu level lagi lol. Alhamdulillah best jugak dapat tengok tempat orang. Dapat tengok gaya hidup orang Jepun yang memang terkenal dengan budaya dan sikap disiplin yang tinggi. Sejauh manakah kebenarannya ? kahh.
Sementara menunggu untuk entry lain, aku list kan beberapa perkara baru/pengalaman untuk dikongsi bersama ewah. 


1. Panas.

Seriously penat berjalan kaki dengan musim panas. Panas di Jepun adalah panas dan lembab so memang sekejap je dah berpeluh MasyaaAllah tuhan je yang tahu hahaha. Pukul 5 pagi dah terang benderang macam pukul 8 pagi dan pukul 9 pagi tu dah panas terik macam pukul 12 tengahhari. Subuh pukul 3-4 pagi, and ktorg biasanya keluar rumah pukul 9-10 pagi sebab tido balik lepas subuh lepastu malas nak bangun awal haha.

35 degree celcius di Kyoto. Kulit muka aku pedih gila even dah pakai sunblock pon tak function dah rasanya haha.

6 am. Terang macam pukul 8 pagi dah. 



2. Helpful and friendly Japanese peoples

Jepun kan sangat besar, kadang2 ktorg sesat jugak. And setiap kali sesat tu mesti bertanya kat orang, and they are very helpful! Dahlah muka senyumm je. Baikk sangat. Kalau sesiapa datang Jepun nak mintak tolong kan, sesat ke ape ke. Tanya je kat orang station tu hahaha. InshaaAllah diorang sangat membantu. Setakat ni tak pernah sekali pon kami dilayan dengan muka masam atau macam malas nak layan. Kat Disneyland haritu, ktorg nak solat and staff kat situ sangat baik and bagi ktorg solat je tepi2 tu. And takde pon yang pandang pelik. Diorang lalu pandang gitu je. Seriously aku suka dengan orang2 sini. Diorang tak ambik tahu hal orang lain dan muka senyum je especially Disneyland staffs ! Nanti aku cerita about their staffs in disneyland entry hehe.

3. Bersih.

Susah sangat nak tengok sampah bertaburan tepi jalan. Bersih sangat sangat sangat. Padahal tong sampah susah nak cari kot! Panas jugak hati aku ni kadang2 susah nau nak jumpa tong sampah terpaksa pegang sampah atau simpan dalam beg hahaha. Kat osaka je macam kotor sikit. Bukan kotor lah cuma ada sikit2 nampak sampah. Tapi sampah tu bole dikira dengan jari la. Sikitt sangat. Boleh dikatakan masih sangat bersih.


4. Berdisiplin.

Setiap kali nak naik train ke ape ke. Mesti beratur. Takde pon yang bertolak tolak ke menjerit tak sabar ke. MashaaAllah kagum sangat. Macam mana nak didik masyarakat kita supaya jadi macam ni? Ewah ko kenapa macam menteri plak nak pikir masalah masyarakat dan negara. Luls

Setiap kali naik eskalator, kena beratur sebelah kiri. Kiri untuk org malas macam kitorg hahaha, kanan tu untuk orang yang nak cepat. Tapi Kat Osaka, kanan untuk orang malas, kiri untuk orang yang nak cepat. Kenapa macamtu taktahu plak aku. Maybe lain tempat lainlah budaya nya. 

5. Pemandu yang sangat berhemah.

Setiap kali nak melintas jalan, mesti pemandu akan bagi pejalan kaki jalan dulu. Biasanya kita nak lintas jalan mesti la akan tunggu kereta lalu dulu kan. Tapi kat sini mesti pemandu kereta akan berhenti kan kereta and bagi laluan kat ktorang. Terharu sangat haha padahal masa tu lampu merah untuk pejalan kaki. And even kat jalan sempit pon diorg takkan hon orang yang jalan tengah2. Ada sekali tu aku tengok sorang laki ni jalan tengah2 tapi ada kereta kat belakang dia. Kereta tu takde pon hon2 suruh ketepi woi tapi dia sendiri yang ambik laluan ke tepi sikit.

6. Barang mahal

Sebenarnya bukan barang mahal, nilai ringgit malaysia sebenarnya yang amat rendah berbanding dengan duit mereka. Dengan include tax lagi 8%. So macam tak best lah nak shopping2 sangat ponn. Jepun bukan macam indon, pergi 1 beg pulang dengan 3 beg. Biasanya orang datang bukan untuk membeli belah pon. Contohla nak beli patung doraemon harga yg kecik besaq tapak tangan aku tu dah 500 yen. Kadang2 rasa macam kejadahnya wei mahal sangat bila convert dah dalam rm20, kat kedai dua hengget belakang rumah aku pon ada benda ni hahaha. (Ok tipu je belakang rumah aku mana ada kedai). Kiranya kalau nampak orang indon kat jepun mesti yang betul2 kaya haha.


Terpaksa beli sandal paling murah kat Ameyoko macam pasar2 je sebab kaki aku sakit takleh pakai kasut. Tapi bila convert duit Malaysia dah RM 80. Pasar je weiii adoh. Belum masuk shopping mall lagii.


7. Toilet

Toilet takde paip ! Hahaha. Yang paling worst bila few places yang takde washlet pon. Guna tisu je aiyakk. So pergi mana2 biasanya aku bawak botol kosong kot2 nak guna toilet tetiba takde air pulakk. Toilet yang ada washlet tu aku dah terbiasa guna, nak tak nak terpaksa jelah. Takkan 10 hari tak guna toilet wakaka. Tapi bagusnya tak pernah pon aku jumpa lagi toilet yang kotor, toilet yang tak flushhh yerk even kat public toilet pon bersihh.
Lepas membuang, tekan butang dua atau tiga dari kiri kat tepi tu. Nanti air keluar automatik. Boleh adjust the water pressure, nak kuat ke perlahan. Yang lawak ada certain jamban yang siap keluar macam tangan kayu nak tolong cuci ! Bengong susah2 je nak tolong haha. Yang butang muzik tu boleh tekan kalau nak absorb bunyi time membuang. Kot2 la jenis kentut kuat tu tekan la muzik tu takdela orang sebelah dengar hahahahaha. Canggih la plak jamban dia. Tak sesuai aku haha. Tapi jamban yang ni okay lah ade jugak air. Yang takde air tu memang takleh blah.

8. Solat

Solat je di mana2 tempat yang sunyi. Hahaha. Sebab tak bole expect la ada banyak surau ke masjid sepanjang jalan. Yang penting solat, jangan sebab susah nak cari masjid tiggal solat plak. Pengalaman jugak tu solat merata haha. Tapi rasanya 2 kali je aku solat tepi jalan. Kat kawaguchiko and disneyland. Alhamdulillah makin lama diorang makin peka dengan keperluan muslim. Contohnya di akihabara, ada ruang solat di kedai elektronik Laox. Di Ameyoko, ada surau yang selesa. Di airport narita, haneda dan kansai semua ada surau. Kat certain kedai2 makan muslim pon depa ada Sediakan ruang untuk solat. Di namba tourist info centre pon ada surau. Tapi kat disneyland ktorg solat je tepi2 tu sebab takde surau. Ada yg cakap boleh ke info counter nanti diorg bagi ruang solat cuma tempat besar ktorg malas nak cari haha. Kat tokyo pon ada masjid yang terbesar, Cami mosque.

Masjid di Ameyoko. Nama je masjid, tapi kecikk je. Alhamdulillah ada jugak kan tempat solat yang selesa. Sebab honestly tak khusyuk solat tepi2 jalan haha. Terasa ada 1000 mata memerhati wakaka.

9. Kaya dengan vending machine

Sepanjang jalan bersepah sepah vending machine. Dahlah cuaca panas kann. Gatal je tangan nak beli air sejuk hahaha. Kat tokyo punya vending machine bole touch je kad suica pergh lagi syok kan. Kat osaka setakat yg aku jumpa ade slot utk masukkan duit je. Sebotol air paling murah 100 yen (rm4). So berpada padalah membeli jangan jadi mcm ktorg, sehari 4,5 botol beli air. Hurm terpaksa lah kan dah haus nak wat cemana hahaha.

Macam2 air ada ! Mineral water ada yang berperisa, perisa peach dan lemon. Sedapp, untuk menggalakkan orang minum air mineral kot. Green tea kat jepun memang sangat pure, pahitt haha.

10. Menepati masa

Train dan bus semuanya sangat menepati masa! Tak lambat seminit pon. Ktorg pernah sekali tertinggal bas kat Kawaguchiko. Terlambat 5 minit je terus bas tu dah memang lesap hilang dari pandangan. Pergh melayang jugakla duit terpaksa beli tiket baru dahlah penat berlari haha.

11. Ke mana2 saja menggunakan public transport

Ke ceruk mana pon ktorg nak pergi, mesti ada train/bus. Lepastu jalan kaki. Setakat ni semua guna train la kecuali ke kawaguchiko naik bas. Rasa macam dah kurus sikit tapi sebenarnya tak pun hahaha. Dan pengalaman berhimpit himpit dengan orang jepun macam sardin dalam train takkan dilupakan kahkah. Sabor jelahh mak jemah. Dahlaa tinggi2 semua, tenggelam ktorg dibuatnya. Liah lagila lawak, dahla pendek kesian aku tengok kah! Tempat pemegang dalam train tu tinggi sangat sumpah sakit ketiak lol. Liah tak sampai so dia terpaksa je diri tepi pegang dinding wakaka. Dan orang2 jepun semua jalan laju2 aku taktahu diorg nak kejar apa. Ke memang style depa gitu kot haha. Aku suka gak tengok pakaian kerja orang kat tokyo, semuanya sepesen je. Baju putih je semua. Nampak smart gituu. Kat Osaka aku rasa mcm kampung sikit la. Sebab ramai org tua2 dan susah nak nampak org pakai smart2 mcm kat tokyo haha. Yang hensem smart pon ramai kat Tokyo kahkah.


12. Makanan

Banyak je kedai halal. Kena pandai cari la. Ni sebab aku ikut nunun kan. So makan jelah kedai apa yang dia selalu pegi. Kalau air/aiskrim/coklat/makanan lain2 tu kena tgk ingredients la. Kalau setakat buah, sayur, seafoods, no alcohol tu semua makan je. Even takde cop halal. Halal dari segi bebas dari ingredients yang diharamkan la. Contohnya ktorg makan je burger king tapi ambik fish burger. Tu cara bebudak duk oversea makan kalo semua benda nak cop halal nak makan apa haha. Haritu kesian tengok bebudak study kat korea yang kene bash kat fesbuk sebab cakap depa makan babi. Typical malaysian kemain alim bab2 makan babi padahal peluk makwe cium pakwe baju seksi tu tak haram ke agaknya. Kah!

Kennyasia, kedai makan orang malaysia kat Osaka. Ni nasi goreng sambal, 1200 yen (RM40+) Kalo nak jimat, bawak lah makanan satu luggage. Makanan memang mahal. Mahal bagi kita, tapi standard price untuk diorang la.

13.Berdikari
First time without our parents/ada orang dewasa menemani, walau hakikatnya aku ni dah kategori dewasa la haha. kitorang hanya bertiga beradik je, aku liah dengan nunun. Ramai jugak yang terkejut bila aku cakap kitorg pergi bertiga je, ingatkan pergi dengan family. Aku pon risau jugak mula2, even nunun study situ. Yelah kann tempat orang kan. Tempat sendiri pon macam2 boleh jadi. Alhamdulillah semuanya selamat, Allah permudahkan urusan kami. Takde apa2 perkara yang tak diingini berlaku. Ibu pesan selalu solat hajat and perbanyakkan doa supaya Allah melindungi. Lepas beli je tiket flight, memang dah start solat hajat dan berdoa. Kat blog mana tah cakap, bila kita travel ni, pergantungan dengan Allah tu yang penting. Aku risau je dak liah hilang sebab ramai orang haha. Ibu ayah pesan pimpin tangan liah tu hahahaha. Tapi takde lah pimpin pon, cuma aku make sure dia tak hilang dari pandangan. lol. Disebabkan Jepun susah nak dapat makanan halal, pagi2 dah memasak. Walaupun panaskan makanan dalam tin, rebus telur, buat roti telur je, rasa lah pengalaman tu kalau kat rumah jangan haraplah nak masak pagi2 buta. bhahahahah.


Overall jepun memang best cuma yang tak best nya kat tourist spots tu memang terlalu ramai orang. Rimas pulak haahahaa. Lagipun sekarang kan summer break pergh memang dasyat lah crowds. Tahap kesabaran tu kena tinggi sikit sebab kebanyakkan tempat kena beratur kalau ramai orang. Beratur bukan 5 minit. Paling sekejap pon 30 minit. Kat osaka nak naik Tsukenkaku tower kena beratur 70 minit, terus tak jadi nak naik. Tak sanggup makk! Haha. Kat Disneyland pon beratur nak naik attractions dengan keadaan panas macamtu. Pengalaman tarik luggage ke hulu hilir takkan dilupakan, dengan naik tangga subway macam hape jee haha. Penat macam nak pengsan rasanya. Setiap kali rasa penat macam nak pengsan tu, mesti pesan kat liah "kalau aku pengsan jangan lupa angkat aku". Kah.

Disneyland crowds.

Ameyoko crowds.

Osaka.

 Namba station.

Takeshita street, Harajuku.

p/s

My Japan entries will be up soon, stay tuned.  Sekarang ni busy sikit sebab balik je Malaysia terus dapat email interview invitation, Alhamdulillah. Tak ready apa2 pon, sijil2 pon tah mana2 berterabur wkwkwk. Yang paling sengal aku pon tak ingat pernah apply kerja ni sebab memang before fly haritu aku ada hantar dalam 5 applications macamtu kat jobstreet tapi dengan niat saje2 la kekonon. Tak harap pon dapat lah cuma my friends advice better pergi, kalau pergi dapat gain experience interview. OO betul jugak tu kann. Pray for me! Supaya dapat membina kerjaya cepat2 belanja ibu ayah, beli kereta, ada duit sendiri and paling penting dapat apply ilmu foodtech selama 4 tahun ni untuk ummah dan masa depan negara lol. Tapi yang sebenarnya bosan jugak tanam anggur.
Bye.

No comments:

Post a Comment