Wednesday, August 17, 2016

Japan 2016 : Itinerary, tips dan budget

Assalamualaikum and hello everybadeyyy !

I would like to share about my trip to Japan, Alhamdulillah ! Nanti aku update lah entry setiap destinasi kami cewah InshaaAllah. Laa ni busy mencari kerja, dah taknak tangguh lagi. Banyak dah masa haku terbuang semata-mata untuk trip ini heheh. Mood update entry pon belom datang pahal tah malas sangatt.

Trip ni kitorang sisters 3 beradik je, kesian amal tak ikut hahaha. Takpelah ko pi lain kali jelah. First time jugaklah without our parents ke luar negara. Dahla from Malaysia aku dengan liah je, serius seram jugaklaaa hahahahaha. Tapi Alhamdulillah everything went well syukur sangat2.

First, itinerary dan budget.

10 hari 9 malam itinerary (Details akan dibuat next next entry haha)

Sabtu, 6 August 2016

Flight from KLIA2 to Tokyo at 2.30 pm. Sampai Tokyo Haneda airport pukul 11 malam macamtu. Sakit jugaklah pinggang duduk tegakk je luls.

Ahad, 7 August 2016
  • Shibuya (Hachiko statue, shibuya crossing)
  • Harajuku (Takeshita street)
  • Tokyo Cami mosque
  • Shin Okubo - korean town
  • Asakusa (sensoji temple, makan ramen, souvenirs)
  • Tokyo skytree
Isnin, 8 August 2016
  • Ueno (lotus park, ameyoko, ueno park)
  • Nippori (shopping japanese cotton haha)
  • Akihabara (electronics and gadgets)
  • Odaiba (rainbow bridge, statue of liberty, ferris wheel, gundam robot model)
Selasa, 9 August 2016
  • Kawaguchiko (sightseeing mount fuji)
Rabu, 10 August 2016
  • Tokyo Disneyland
Khamis, 11 August 2016
  • Going to Osaka by flight, sleep at Osaka airport
Jumaat, 12 August 2016
  • Kyoto (Arashiyama bamboo groove, Fushimi Inari Taisha)
Sabtu, 13 August 2016
  • Umeda sky building floating garden observatory
  • HEP Five Ferris wheel
  • Osaka Science Museum
  • Osaka museum of housing and living
  • Jalan2 sekitar Dotonbori
  • Tombori River cruise
Ahad, 14 August 2016
  • Osaka Castle museum
  • Tsukenkaku tower
  • Tempozan Giant Ferris wheel
  • Cruise ship santa maria day cruise
Isnin, 15 August 2016
  • Going back to Malaysia

Untuk budget, ramai je tanya budget berapa, sebenarnya ktorg takdelah buat bajet sangat pon. Maybe sebab duit parents kot, kalau duit sendiri tu mestilah lebih tahu budget kan bhahaha. Yelaaa pasni kumpul duit sendiri bole jalan korea plak muahaha. Umrah plak tunggu pegi dengan suami wakaka (tu pon kalo aku kawen lah lol)

10 hari 9 malam budget (for one person) :

1. Tiket Air Asia from KLIA2 - Tokyo Haneda Airport, Osaka Kansai - KLIA2 = RM1,399
(Actually kalau time promotion boleh dpt murah lagi. Kurang dari 1k kata backpackers yang dapat pegi dengan murah)

2. Tiket flight Tokyo - Osaka = 6,666 JPY (RM 264)

3. Kos penginapan di Osaka 3 malam = 9,000 JPY (RM 356)

4. Osaka amazing pass = 3,000 JPY (RM 118)

5. Tokyo Metro subway pass = 1,200 JPY (RM  47)

6. Tokyo disneyland ticket = 7,400 JPY (RM 293)

7. Tiket bas pergi balik Shibuya-Kawaguchiko = 3,600 JPY (RM 142)
Tapi kitorang terlepas bas, beli tiket baru. Melayang 5,000 JPY utk 3 orang haha.

8. Luggage storage at Namba station (coin locker) = 700 JPY (RM 27)
Makin besar locker, makin mahal harga. Kalau muat, share lah satu coin locker tu untuk beberapa beg

10. Transportation cost = 8,000 JPY (RM 316)
(Top up kad suica lebih kurang 8,000 JPY sorang. Tapi kad suica ni boleh guna untuk beli barang kat vending machine and convenience stores. Kitorang selalu jugak touch kad ni sesedap rasa hahaha so exact amount untuk transport aku malas nak kira, kalau nak tahu betul2 berapa harga transport boleh refer hyperdia - baca tips bawah) 

Total budget adalah : RM 3,000 apabila dibundarkan untuk seorang (Tak include kos makanan, souvenirs dan penginapan di Tokyo sebab ktorg stay rumah nunun kat Tokyo) . Kalau nak betul2 makan dan membeli bole tambah lagi RM 2,000 kot hahaha.

Few tips. Sebenarnya tak layak pun nak bagi tips, so kira ni aku share jelah pengalaman aku. Lain org lain pengalamannya, lain dugaannya, ye dak. Aku share jugaklah website2 yang aku bookmark as references. Kot2 pasni ktorg nak pergi lagi boleh refer je entry lama gituu haha. Kalau my family yang lain nak pergi lepasni boleh refer blog I jew mihmihmih. Orang lain nak refer pon bolehh.

1. Jepun negara bermusim, so kena lah tahu jugak tarikh yang kita nak pergi tu time musim apa. Janganlah time summer ko pi bawak coat tebal kejadahnye pengsan pulakk haa dehydration. Atau winter ko pi pakai baju nipis tak ke frozen dibuatnya. Selain tu ada banyak juga masa2 yang sebolehnya kita elakkan because of high crowds contohnya golden week, summer school holiday atau rainy season. Boleh tengok sini - When to travel to Japan. Contohnya kalau hujan tu kan membazir kalau ko pi disneyland bayar mahal2 lepastu banyak attractions yang tutup.

2. Transport. Boleh gunakan kad ala2 touch n go, banyak jenis kad ni. Ada suica, pasmo etc. Kita just top up je kad ni, and setiap kali nak naik train tu just touch and lepastu go. haha. Boleh je kalau nak beli tiket tapi leceh la. kalau 5 kali naik train, 5 kali la ko kena pi beli tiket. Better beli je kad ni utk melancarkan perjalanan. Kalau beli barang di convenience store dan nak beli air kat vending machine pon boleh jugak guna ya kad suica ni.


Mesin untuk top up kad suica. Ada english version, ikut ja arahan. Kalau takde tu mintaklaa tolong pak guard yang jaga kat setiap station tu. Diorang tolong je InshaaAllah haha. Kalau diorang tak paham english buatlah bahasa isyarat. Tunjuk duit, tunjuk mesin dia paham kot bhaha. Tu aku pernah baca kat blog travel, dorang communicate guna bahasa isyarat je.


Setiap kali nak guna train, touch card/masukkan tiket dalam mesin tu. Ada 2 kali touch, time nak masuk and time nak keluar.

3. Discount card. banyak gilaaaaa discount pass untuk pelancong. Aku sebelum pi sana puaslah aku baca dan pahamkan satu2 fungsi pass tu. So kalau nak jimat, korang buat research la eah tentang discount pass di Jepun. Aku nak attach skali link dah tak ingat da mana2 link. Contoh discount pass yang kami guna adalah Tokyo subway 48 hour pass dan Osaka amazing pass . Setiap function pass yang ktorang guna ni akan ku cerita di lain entry so stay tuned bhahaa (macam ado org bace je ko ni perasan). 
Tapi memang kita akan dapat penjimatan yang sangat hebat wei kalau guna pass ni so janganlah malas buat research. Ni aku sendiri yang buat research utk discount pass, nunun pon taktau pada mulanya kekekeke. Tapi kalau korang kayo tak pedulik lah berapa pun harga, sukahati lah. Cuma diorang dah nak bagi discount, yang pi bayar full price tu jadahhnye.


Osaka amazing pass yang sangat terbaik ! Kalau takde kad ni, konfemlaa tak masuk punye banyak2 tempat kat Osaka. Dengan kad ini, hanya 3000 JPY untuk 2 hari. Boleh masuk ke lebih 28 tempat di Osaka secara percuma dan free ride subway new tram and bus sekitar Osaka. Dan baaanyak lagi tempat dan restaurant yang dapat diskaun kalau guna kad ni. Tapi ktorg pergi yang free entrance jelah hehehe tu pon tak banyak tempat yang dapat cover. Kalau purchase kad ni, dapat guide book sekali, siap peta semua. Ikut je guide book tu. Recommended ! Boleh beli kat tourist information centre kat Kansai airport.

4. Bahasa. Okay ni aku pass. Semua komunikasi terletak pada nunun sebab dia paham Japan. Kebanyakkan depa memang tak boleh speaking english so pepandai lah nak communicate kalau tak pandai ckp jepun haha. Tapi yg kat tourist information centre atau kat airport tu kebanyakkannya boleh leerr cakap english. But dont worry, kebanyakkan signboard ada tulisan rumi so boleh paham la hahaha. Kadang2 english diorang macam susah sikit nak paham.
And even english sign diorang macam banyak salah jugaklah. Contohnya aku penah nampak "SMORKING AREA".


Baca ayat no 2 tu..
 Apa pun aku bukan nak condemn lah. Bagus lah sebab banyak gak tempat yang ada english, at least diorg peka dengan pelancong2. Still boleh difahami, okey lah tuu. English aku pon tunggang langgang bhaha. Nak cerita je pengalaman akuu gituu.

5. Untuk kos tambang, jadual train dan line apa nak kena naik, station apa nak kena turun dan sebagainyaa, boleh refer www.hyperdia.com. Hahh ni yang aku cakap tadi. Dari situ kita boleh agak kos transport kte berapa, dan boleh plan jadual perjalanan kita sebab siap dengan arrival time semua skali lahh. And janji jepun ni bukan macam janji melayu, beli tiket bas pukul 8 malam, pukul 11 malam baru sampai, nama je bas cepat express tapi lembab bhahaha. Mereka sangat menepati masa, satu sikap yang sangat perlu dicontohi. Guna google maps pon boleh jugak.

Seriously memang pening sebab banyak gilaaa line ! Actually kalau betul2 ikut maps tu InshaaAllah tak sesat. Nunun dah biasa guna, so jaranglaa sesat. Kalau aku buat sendiri betul2 pon kalau ikut maps boleh je kot haha. Kalau pasni nak pi Japan lagi atau pergi ke Korea yang system sama macamni boleh try sendiri kehkeh. Cuma possibility untuk sesat tu memang tinggi hahaha.


Contoh aku guna hyperdia, aku nak pergi ke Harajuku from Gyotoku. Taip je departure kat Gyotoku and arrival kat Harajuku. Lepastu dia akan keluar bebanyak routes, pilih jelah nak routes yang mana. 

Ni kalau guna google maps. Kalau line tu lain kaler maknanya kena tukar train.
Kat Gyotoku station cari Tozai line, sampai Otemachi station tu tukar plak ke Chiyoda line. 

So biasanya kalau nak ke satu2 tempat tu memang akan 2, 3 kali tukar train. Nanti dalam train tu ada la suara akan beritahu kita dah sampai station mana dalam bahasa jepun and english. So alert lah, atau kadang2 ada screen kat atas dinding train so kita tahu la kita dah sampai station mana. 

6. Makanan. Kitorg tak bawak banyak sgt makanan sebab ktorg memang plan nak lunch kat luar. Dinner je masak sendiri (rajin ke tu). Kat osaka malas masak so makan luar jugak. Tapi bawaklah jugak sardin, roti, biskut, maggi, makanan2 dalm tin. Kalau yang plan nak jimat kan kos makanan bolehla bawak sambal kering, serunding, beras, susu, bawang, halia lol ke apa2 lah. Kalau ada bajet lebih bolehla makan luar tak payah memberatkan beg huhu.

7. Mulai 1 Julai 2013, kita dah tak perlu apply visa ke negara Jepun lagi. Kalau kita pemegang passport biometric dan menepati piawaian ICAO standard (pemegang passport yang dibuat selepas Feb 2010), kita akan diberikan VOA (visa of arrival) sebelum masuk ke Jepun. Katanya untuk menarik lebih ramai lagi pelancong hahh tak payah la susah2 apply visa. Welcome to Japannn.
Sebab ramai yang masih ingat Jepun kena apply visa. Tak payah dahh okay.

Other entries will be up soon, InshaaAllah.

Bye !


Read previous entry : Pengalaman di Jepun 2016


No comments:

Post a Comment