CLICK HERE

Saturday, July 4, 2015

Internship : #week23

Salam 18 ramadhan ;)

Alhamdulillah dahh 18 hari puasa..Internship pon tinggal lagi 5 hari je lagi tasabarrrrrr. 

Walaupun nak habis, tapi aku dengan Zhi Zhao masih dengan project OPRP2 kitorang lol. Sebelum ni, ktorg cuma kena record noodle cake temperature untuk satu production line sahaja, tapi sv ktorg suruh pulak record data untuk ALL PRODUCTION LINE. mak aii. Ada production line - A, B, C, D, F, G, I, K. Dan setiap production line atleast kena collect data untuk 2 hari. Dan untuk satu production line which have more than one products - for example, Line G. Ada 2 products - plain noodle dan M.export 85g. Disebabkan berat each of noodle cake itu berbeza, maka kami kena record data 2, 3 kali sampai lah cukup data tuh.

So officially project ni dah 2 minggu hari hari bebb aku ngan zhi zhao ulang alik keluar masuk production line tapi tak siap2 jugak. Minggu depan which is my last week pon aku still kena continue collect data. Yelahh, takkan nak biarkan aje projek tu tak habis. Tidak bertanggungjawab namanya haha dugaan sungguh di bulan puasa ini. Panas kot berpeluh peluh den collect data kat back end tu -pepaham jelah, bahagian steamer/fryer kat back end. Operator bangla yang kerja adjust mee masuk dalam tray tu pon ada kipas sorang satu tau ! lol. Tapi aku cuba buat sebaik mungkin, sebab aku fikir this is my last project so bertahanlah wahai hati, bertabahlah wahai jiwa. Sebab aku seriously always thought im very lucky to get experiences like this. Never thought yang aku akan buat praktikal in a big company which I learned a lot ! Sangat sangat banyak. 
Sambil menyelam minum laa air kan hihi. I mean masa collect data tu, jalan2 lah wondering around kat back end, kat packing line. Observe org buat keje..haha best seh. sebab semua tengah busy kerja, takde sapa pedulikkan kau. 

Tapi yang penat nya sebab di bulan puasa lah..kadang2 aku rasa nak pengsan je jalan2 kat line tu. seriously, haha. Dan first time si skema zhi zhao mengadu kat aku yang dia pon dah malas nak buat projek ni  haha. Hoi kalau ko malas, ko tak fikir ke aku ni lagilah berganda ganda lagi malas dari kauu. hahaha. biasanya dia jenis yang akan buat dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat tak macam aku, awal2 lagi dah feeling aduhaiiii. haha. Tapi kalau orang yang rajin pon dah jadi malas, orang yang sedia malas ni jadi apa pulak nii?! haha. sebab aku dah nak habis intern, aku jadi kuat sikitlah. Kalau tak hurm tak dapek den nak bayangkan macam mano.

Tapi alhamdulillah report aku dah hanta 2 minggu sebelum habis, siap dengan borang completion sekali aku hanta awal-awal. Haha. Malas nak buat last minit, aku tak boleh kalau kerja tak siap. Nanti aku nak tido pon tak tenang asyik mengigau lol. Tengok, dah hanta report legaaa aku. Boleh update blog dengan senang hati, dah bpe minggu tak update angkara siapkan report, boleh beribadah dengan tenang, bershopping dengan tenang dan sebagainya hahaha.



selamat berpuasa !

babai.

No comments:

Post a Comment