CLICK HERE

Friday, October 17, 2014

Happy Mid Sem Holiday

Assalamualaikum.

Memandangkan aku jarang update blog, aku compile jelah semua cerita yang macam ada takde je untuk separuh sem ini. Sem ni macam tak banyak enjoy sangat tak banyak ambik gamba sangat hahaha.
Next entry okayyhhh.

Ohh ya, aku di rumah untuk bercuti selama seminggu untuk mid sem holiday. Tapi malangnya ada sesuatu yang menyedihkan telah terjadi. Beg aku ngan piya kena curi kat Melaka Sentral. Kitorang letak beg baju kat tepi toilet, selama ni memang macamtu pon ! kitorang mana ada usung beg pakaian pergi mana2, cuma beg laptop dan handbag je bawak. Tapi harini memang dah takdir ke ada hikmah ke apa *sobs* bila balik semula dari toilet tengok beg kitorang dua2 dah hilang. Tanya makcik cleaner kat situ, dia pon macam terkejut. Dia cakap ada lelaki pakai kemeja dah ambik dua2 beg tu. Huwaa aku terkedu ke apa buntu taktahu nak buat apa. Memang kitorang tawaf jugaklah MC time tu dengan harapan akan jumpa balik beg masa tu. Tapi tak jumpa jugak. Last2 balik berlenggang je. Nasib baiklah laptop, purse dan handphone mmg tak penah tinggal. Tapi sayang jugaklah, barang2 dalam tu hilang, baju baru aku yang mahal dan comel *lambai lambai*..notes n assignments hilang..dan macam2 lagi..dahlah aku siap beli birthday present dan keropok lekor ntok bagi kat anis. Huwaa terkilan gila ;(
Aku tak paham betei beg baju yang berat (beg kitorang dedua berat nak mampuih lagi2 beg piya. macam bawak batu bata hahaha) takde barang berharga tu pon ada org nak ambik.
Tadi kitorang tengah geram terdoa pulak orang tu accident lah ape lah hahaha.
Takpelah merangkak lah kau cari kitorang kat padang mahsyar dengan beg2 tersebut haha.

Kesimpulannya, mungkin benda ni akan jadi pengajaran pada kami supaya tak cuai sangat dan sentiasa berhati-hati. Berkali kali aku ulang pada diri sendiri this world is scary !

Adoi notes dah takde kena buat semula dahlah banyak test aptb. Kerja yang tak siap memang kena buat, kerja yang dah siap tak memasal je kena buat semula.
Pencil box, calculator pon semua aku letak dalam tu.

Cosmetics iolls pon semua hilang hahaha :P
Pengajaran jangan membazir sangat beli barang2 cosmetics lettew lols.

Happy holiday uolls.

No comments:

Post a Comment