CLICK HERE

Thursday, April 10, 2014

Repost : tolong ingatkan aku



Assalamualaikum sahabatku... Nak mintak tolong sikit boleh tak?
 Tolong ingatkan aku Andai aku terlupakan Tuhan dalam kelapangan dan kesibukan,dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan aku jangan jadi anak derhaka,mak ayah jangan dilupa usah diluka hati dan perasaan mereka. 
Tolong ingatkan aku supaya ingat pesanan guru bukan sekadar ingatan tapi tarbiyyah berpanjangan.
Tolong ingatkan aku dengarlah dan bacalah AlQuran tika radio penuh hiburan 
tika TV penuh hindustan.
Tolong ingatkan aku  dimana Islamnya zahirku jika aurat didedahkan disingkat, diketat, dijarangkan.
Tolong ingatkan aku jadilah sahabat yang baik, sentiasa memberi peringatan sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan aku kalau bercinta biar keranaNya. Dalam memilih utamakan iman kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan aku hidup ini satu kembara.Kutiplah mutiara dalam perjalanan, moga di sana menjadi bekalan. Tolong ingatkan aku diri ini milik Yang Kuasa KepadaNya diserahkan jiwa Segala-galaNya Dialah tumpuan.

Tolong ye ingatkan aku...



No comments:

Post a Comment